Friday, May 4, 2012

sepit-sepit rambut kecil lagi comel

assalamualaikum semua..:)


alkisahnya waktu jalan-jalan cuci mata haritu, jumpa sepit-sepit rambut comel-comel. terasa macam, "wahhhh..comel banget ni..." colourful lagi. nak beli untuk diri sendiri? haruslahhh tidak. tak kuasa duduk rumah nak hias-hias rambut bagai barbie doll. lepastu rambut dah comel-comel, bantai baring-baring, golek-golek tengok tv. -__-"


disebabkan masa tu anak sedara ada dekat rumah, terus terasa nak beli untuk hana mustika. bukan beli seketul dua tau. berketul-ketul. rasanya berpuluh bijik ada. haha. gila punya mak ngah. "nasib lah tika dapat mak ngah macam ni." siaplah rambut tu nak dikerjakan.


 keluar je kedai, terus aku sepit rambut budak tu. haha


 haa..nampak comel sikit ada aksesori rambut tu..


ni masa dia nak balik port dickson dah hari tu.
haruslah aku yang mendandan si kecik ni.
kan nampak gugurl banyak sepit tu. ^__^

menu diet untuk breakfast?

salam jumaat semua..:)


breakfast apa pagi ni? pagi ni aku cuma breakfast kismis dan air mineral. macam orang diet je kan? diet kah? oh..tidak sama sekali. muka ni nak diet? tak ada makna lah. dah la pantang nampak makanan. terus ngap ngap ngap sampai "erkkk"..sedawa..


disebabkan tahap kemalasan nak pergi beli breakfast, maka ngap aja lah apa yang ada kan. kalau kismis tu sampai berpuluh-puluh ketul masuk dalam perut, mahunya tak kenyang. -__-"  lunch nanti baru pergi jalan-jalan cari makan.


siapa-siapa yang cuti esok, mesti bergumbira je kan hari ni. mood ceria je..pagi ni bangun pagi mood baik je. sebab esok cuti. ^__^

Thursday, May 3, 2012

hana mustika the gadis motor

assalamualaikum semua..:)



hana mustika bersama motor barunya.


sebelum ni dapat hadiah kereta baru dari embahnya. kali ni motor baru dari tok k nya. untunglah jadi cucu sulung. balik kampung je dapat barang. belum masuk baju-baju lain lagi. perghh..tak muat kereta daddy dia nak sumbat barang. haha. lain kali balik kampung kena bawak lori.



gambar first tadi nampak macam lelaki. gambar second ni gugurl sikit. siap pakai gaun. seksiiii.sebab si tika ni baru nak masuk 7 bulan, harus lah dia tak pandai lagi naik motor tu sendiri. kaki pun tak sampai. haha. kena pegang. tok k nya memang tak sabar sangat nak belikan motor ni. dari sebelum lahir lagi nak belikan motor ni. padahal tika ni baru belajar meniarap. kihkih.


baru selasa lepas tika balik port dickson. dah rindu pulak dekat dia. tak sabar nak tunggu cuti sekolah. tunggu tika balik kampung lagi.

enaknya kismis

assalamualaikum semua..:)


kismis. siapa yang tak kenal kismis, boleh google ye. copp..ada ke orang yang tak tahu kismis tu macam mana ek? -___-"  kismis ni sedap kan. kalau makan memang payah je rasa nak berhenti. asyik nak makan, makan dan makan lagi.


sekarang ni pun still tengah mengunyah kismis lagi. ^___^

Wednesday, May 2, 2012

hadiah dari mekah

assalamualaikum semua..:)



inilah sekotak bungkusan yang sampai hari isnin lepas. bungkusan ni hadiah dari my ex roomate masa dekat um dulu. sakinah husain. terharu juga rasa. walaupun dah lama habis belajar and tak jumpa, tapi dia still belikan ole-ole masa dia buat umrah hari tu. 



inilah isi dia. tu beg bunga-bunga. isi dia ada sejadah. sama corak and warna dengan beg tu. cantik. sebab berbunga-bunga kan. nama pun minah bunga, memang lah suka bunga-bungaan nih. yang macam pen tu, perfume. wangiiiii...


terima kasih sakinah husain. rindu ni. rindu juga dekat ex roomate lagi sorang. zetty suhaily. entah bila dapat jumpa lagi. T__T

Monday, April 30, 2012

pergh..berat kot budak kecik ni.

assalamualaikum semua..:)



see..tembam tak anak buah aku ni..
jom tengok gambar full hana mustika ni jom.
 
 

see. gambar full hana mustika.


tembam kan budak kecik ni. tengok peha dia. besar betul. mak cakap, budak kalau susu badan semata-mata memang boleh jadi chubby macam ni. dengan ketembaman pipi yang mebulat-bulat tu. geram rasa nak cubit cubit je. sekarang ni aku tengah kesakitan tangan sebab mendukung budak ni.

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...