Wednesday, August 26, 2015

seronok tengok masterchef australia 2015

MCA7 Final Top 24 

Ni first time aku layan Masterchef Australia ni. Baru langgan Astro Lifetime, Starwold bagai tu. Memang sharp pukul 8 hari-hari, aku dah stand by depan Tv. Dan semalam habis sudah series 7.

Billie McKay 

Billie menang. Yeay!! Kagum sangat dengan dia ni. Dah la tenang sangat dia buat kerja. Laju pulak tu tangan dia bergerak. Hebat! Lagi-lagi final semalam. Perghhh.. No wonder Chef Henston (pakai spec) terus offer Billie kerja dengan dia.

Serious aku tengok final semalam, aku ikut menangis. Syahduuu weh. Even Billie dengan Georgia tengah fight untuk menang, tapi diorang tetap support each other. Tak ada langsung sifat dengki mendengki tu.

Jessica, Billie, Reynold and Georgia Masterchef Australia Season 7 
Jessica, Billie, Reynold, Georgia

Happy je kan diorang walaupun diorang tengah compete antara each other. Sebab tu aku suka tengok series ni. Friendship diorang memang kuat. Tak ada dengki mendengki. Tak ada jelous sana jelous sini. Tolong menolong. Support each other.

Kalau masterchef Malaysia? penuh drama sangat. 


Thursday, August 20, 2015

Al-Fatihah buat Tok

Assalamualaikum,

Kembali bertugas lepas cuti EL 2 hari. Pagi Selasa lepas dapat panggilan Tok (Nenek Suami) telah kembali ke rahmatullah. Tok meninggal selepas 4 hari di hospital sebab jangkitan kencing tikus. Ya Allah. Semuanya berlaku sekejap je. Baru rasanya raya hari tu bergurau, berborak dengan Tok.





Satu-satunya gambar kenangan Husna dengan Tok (bertudung hitam)

Semoga Tok ditempatkan dikalangan orang-orang beriman dan diampunkan segala dosa. Amin.

Al-Fatihah buat Tok.

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...