Showing posts with label kuih raya. Show all posts
Showing posts with label kuih raya. Show all posts

Wednesday, August 6, 2014

tat nenas sedap

 

Hari ni je aku dah melantak separuh bekas tat nenas dekat office. Sedap giloooss.. Gebu, lembut dan tak manis. Mula-mula tengok rupanya, macam tak best je nak makan. Sekali makan. Hambekk.. Tak boleh berhenti. Tak bagi orang lain dah. Makan sendiri je. Haha.

Monday, July 14, 2014

resepi semperit mudah

Assalamualaikum...


Alhamdulillah, sabtu lepas dapat juga siapkan 1 adunan semperit. Tiap tahun mesti buat semperit ni sebab senang dan simple. 


Resepi bonda :

1 buku buttercup
3/4 cawan gula aising (gula kastor pun boleh tapi kena blend bagi halus)
1/2 sudu teh esen vanilla
3 cawan tepung castard (diayak)
3/4 cawan tepung jagung (diayak)
2 biji kuning telur
ceri merah atau manik sebagai hiasan


Cara-cara :

Pukul buttercup dengan gula sampai kembang
Masukkan kuning telur dan esen vanilla. Pukul lagi sampai kembang
Gaul sebati dengan tepung castard dan tepung jagung. Uli sampai doh tu cantik je tak melekat dengan jari. Kalau doh masih lembik, tambah tepung castard atau tepung gandum.
Picit dalam acuan semperit.
Hias denganceri atau manik.
Bakar dalam oven dengan suhu 175 °C selama 15 minit.

Aku dah buat supper dah kuih semperit ni. Rasa macam kena buat lagi je sebab dah ngap sendiri. Tak dan raya. hukhuk.

1 adunan tu aku boleh dapat 2 balang saiz sedang.

Wednesday, August 15, 2012

popia simpul dalam pembikinan


sekarang ni tengah gigih nak siapkan popia simpul ni. ada lagi 2 paket kulit popia nak kena siapkan. memang kitorang sekali buat popia ni banyak. sebab semua suka. yummyy..^__^


ada yang tanya aku buat berapa jenis kuih tahun ni. jawapannya 6 jenis. 3 jenis dah siap. 3 jenis lagi kena siapkan. bahan dah beli. rugi kalau tak buat pulak kan.


bab buat kek, aku bagi mak dengan azee buat. sebab aku fail buat kek. haha.

biskut semprit siap


biskut semprit dah siap.
ada lagi 3 jenis nak kena buat.
terpaksa ambik cuti jumaat ni demi nak siapkan biskut raya aku.
-___-"

Tuesday, August 14, 2012

coklat chip cookies siap!


choclate chips cookies dah siap.
sukaaaa... sedap..
hakhak. tak malu puji sendiri.

Monday, August 13, 2012

biskut tart nenas siap. ^__^


yeay. biskut tart dah siap sebalang.
hasil berguru dengan mak ni.
selalu kitorang buat tart bentuk bunga tu.
tapi tahun ni mencuba tart gulung pulak.
tapi nanti kena buat 1 adunan lagi.
akak aku dah sibuk nak sebalang. -___-" 

Tuesday, June 19, 2012

biskut raya - biskut kuaci

hari tu, aku ada teman sepupu aku pergi kilang buat kuih raya ni. dekat je dengan rumah aku. orang jauh-jauh dah ramai sampai situ. tapi aku? ini lah pertama kali aku jejakkan kaki ke situ. hahaha. sepupu aku yang datang dari rawang pun sanggup datang pasir panjang untuk beli kuih raya tu. tapi dia nak jual kat rawang lah kan.


sampai je rumah tu, perghhhhh..bau wangi kuih raya dah semerbak je. nasib bukan bulan puasa. -__-" tuan rumah pun siap hidangkan sepinggan kuih raya macam-macam jenis. untuk bagi rasa. walaupun aku tak pernah datang beli kuih raya dekat kilang tu, tapi aku tau kuih dia semua sedap wehhh. sebab bila raya rumah sedara mara aku yang duduk sebelah sebelah rumah aku tu, semua kuih yang sama. semua kuih dari kilang tu. haha. sebab tu aku tak pernah beli kuih raya dekat situ. confirm sama je dengan jiran-jiran sebelah. aku beli kuih raya jauh order dari port dickson walaupun harga hampir 2 kali ganda mahalnya. -__-"



biskut atas ni nama dia suria delight..tapi aku panggil biskut kuaci je. sebab dia letak kuaci. banyak tu kuaci dia. sedap sangat. ni first time aku makan biskut kuaci ni. beli sample je dekat kilang tu. nanti nak raya baru beli sebekas besar tu terus.

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...