Sejak sebulan ni, susu badan mula merundum jatuh. Sehari dapat paling banyak 12oz je.. Padahal kena bawak taska 12oz ke 16oz..
Kes susu merundum ni jadi sebab aku dah mula jarang pam dan waktu pam yang tak teratur. Maklumlah, kerja tak menentu. Kejar masa nak pam susu. Tak sempat nak makan. Bila tak makan, susu pun tak banyak. Lama-lama, susu jadi sikit. Kadang-kadang 5oz je.
Aku mula ambik supplement habbasyi oil. Yup. Susu jadi makin pekat. Nak kata makin banyak tu, tak jugak. Kuantiti sama, cuma makin pekat. So aku boleh adjust sebotol untuk husna, cuma 3oz instead of 4oz. Sebab susu pekat, Husna minum cepat kenyang.
Tapi tetap tak boleh jadi. Sebab stok susu yang sebelum ni ada dalam 20 botol, tinggal 4 botol je.
Last week sempat berborak dengan kawan seperjuangan pam susu sama-sama time rehat. Dia ada jumpa someone waktu kena pergi bengkel. Mommy tu boleh pam 10oz dalam masa 15 minit sahaja!! sehari dapat 30oz!! wow!! sangat kagum.
rahsianya??
Waktu pam susu yang teratur. 2 jam sekali dia pam susu. Memang mula-mula perit. Tapi lama-lama, hasilnya akan buat kita happy.
Maka, start hari semalam, aku dan rakan seperjuangan pam susu aku ni tekad nak pam susu secara berjadual. setiap 2 jam sekali.
Doakan ye.. :)
"Good luck ummi.."
12 comments:
semoga dipermudahkan segala urusan :)
good luck anis...
tapi memang kite sedih bila susu dah mula drop.. huhuhu
nak pam setiap 2 jam sekali pun kadang tak sempat.. huhu
anis buat power pumping...cari di google power pumping bubblynotes... ada cara nak tambah susu balik... In Shaa Allah...
inshallah..jgn stress..moga ada hasil jugok nanti yeee...minum banyak air yee
Anis kena banyak minum air dan consume susu juga jadi susu pun sedap buat Husna. Kena rajin sikit Anis demi anak. Kakak doakan semoga berjalan lancar..
cute nya baby anis
besar pengorbanan ibu2 bekerjaya ni
nak besarkan anak
dan nak cari nafkah untuk suami
akak doakan moga dimudahkan urusannya
Gud luck
memang mencabar sikit time menyusukan anak.apapun semangat kena kuat
dulu saya selalu tewas bila part nk pam susu 2 jam sekali.kerja duduk kaunter..bila kerap tinggalkan kaunter kawan2 pun x brapa suka.so saya pump setiap 4 jam..terpaksa
Usaaha tangga kejayaan..anis pasti blh
salam perkenalan anis.. salam blogwalk... betul kena pump ikut time.. insyaAllah rezeki untuk anak ada.. hihi.. dulu ms zaman mengepam eija tak tau juga ptt la merudum sb pump ikut suka... eija ambik supplement shaklee utk lgkapkan nutrisi :)
#follower 776
ui comelnya diaaa
comelnye Husna, geram tgk :)
semoga dipermudahkan
Post a Comment