Showing posts with label baju kurung. Show all posts
Showing posts with label baju kurung. Show all posts

Monday, June 1, 2015

kisah pagi ahad di pasar shah alam

Al kisahnya aku tengah gigih mencari baju raya ikut tema warna hijau lumut. Perggg. Bapak aih payah bebenau nak cari baju siap warna hijau lumut ni. Nak hantar tailor memang tak dan dah la. Kalau boleh memang aku nak settlekan baju raya sebelum puasa, sebab malas nak jalan waktu bulan puasa.

Jumaat tengah hari tu aku dah pusing 1 masjid india. Tak jumpa yang berkenan. Terasa diri ni dah tua pulak bila jalan masjid india, tapi tak ada nafsu nak shopping macam zaman anak dara dulu. Sekarang nafsu shopping kat barang anak je. 

So, suami suggest pergi pasar pagi ahad dekat stadium shah alam tu. Bukan senang tau suami nak ajak pergi tempat crowded gini. Semangat la pukul 8.00 pagi gerak dari rumah. Sampai sana dalam pukul 9 gituuu. 

Tapi mak aihhh. ramainya orang. Besar pulak tu tempatnya. Tapi tekad, kena jugak dapatkan baju raya tu. Penat datang dari jauh. Harung orang ramai gini. Husband dengan husna dah give up awal-awal. So, diorang tunggu dalam kereta, aku sesorang la duduk keliling pasar tu.

Tengah jalan, jumpa carpet pulak. Rembat la sekeping buat hadiah mak. Murah la kot saiz besar 10xberapa entah ukuran dia. RM120.

Dah nak penghujung pasar, Finally!!! aku jumpa baju kurung siap warna hijau lumut. Aku nampak ada orang tengah beli. Aku tanya, ada lagi tak? Dia rasa macam dah habis warna tu. Tapi dia try cari. Dannn.. Ada wehhh. Suka aku. Tak sia-sia datang.


inilah dia hasil tangkapan. Baju kurung modern jenis kain cotton tenun gitu. Harga RM110 sepasang. Dapat RM95 lepas mintak tawar. Legaaaa...

Baju Husna tak jumpa lagi.. Huwaaaa..

Tuesday, June 19, 2012

bila dah bosan pakai baju yang sama

kerja ni, memang hari-hari pakai baju kurung. kalau dulu masa zaman belajar, tak sempat nak pakai baju kurung. tapi sekarang sampai dah bosan pakai baju kurung. walaupun dalam dua minggu mustahil untuk pakai baju kurung yang sama, tapi lama-lama, tetap rasa bosan dengan baju tu. nak juga cari baju kurung yang baru. -___-"


bila dah cari baju kurung yang baru, haruslah keluarkan belanja kan. so, cara nak jimat adalah dengan membuat sistem barter. aku akan kumpul baju kurung yang aku dah bosan pakai dan akan bagi pada akak aku. dia pulak akan kumpul baju dia yang dah bosan pakai, dan bagi pada aku. ha...walaupun tak beli baju baru, tapi dapat pakai baju yang kita tak pernah pakai lagi. ^__^


kami adik beradik memang dah biasa kongsi baju. tak payah cakap nak pinjam pun. main sarung je. macam hak milik sendiri. sampaikan baju adik lelaki pun kitorang sebat je pakai. kehkeh.

Thursday, May 10, 2012

jom jahit manik di baju kurung

assalamualaikum semua..:)


terima kasih ye dekat semua yang wish goodluck untuk interview semalam. interview berjalan lancar. cuma tunggu keputusan sahaja. terima kasih juga sesiapa yang datang jenguk sini. nanti akan dibalas kunjungan itu ye. ^__^


kali ni nak bercerita tentang aktiviti menjahit manik dekat baju kurung. aku memang pantang bila buat baju kurung plain. rasa tak meriah pulak. harus lah berkobar-kobar nak bagi blink-blink. tapi kalau nak ikutkan dah lama tak beraktiviti jahit manik ni. last buat untuk baju raya tahun lepas.



 baju dan manik-manik dah tersedia. see..berkedut seribu baju tu..main gumpal-gumpal je. -__-"  beli manik renda yang dah siap tu senang. cantik dan cepat dipasang. semeter RM5.80 je. beli tu pun tak sampai semeter.
 

see. dah siap pasang dekat tangan. tapi tangan je la baru siap. labuci-labuci untuk leher haruslah belum siap lagi. buat sikit, berhenti. buat sikit lagi berhenti. nanti bila dah siap, baru tunjuk ye. ^__^

Tuesday, April 24, 2012

gila kain pasang

asalamualaikum semua. :)


memandangkan sekarang ni asyik pakai baju kurung je hari-hari, buatkan aku jadi gila bila tengok kain pasang. gila tu bukan gila ketidakwarasan akal. tapi gila macam, "wahh..cantiknya kain ni. kain pasang tu pun cantik..nak beli ni..nak beli tu.."


dulu selalu kutuk akak sendiri yang asyik shopping kain pasang je. sekarang ni hambekk kau. diri sendiri pulak yang tak boleh nampak kain pasang. agak-agak berkenan je, beli. lepas tu balik rumah.., "mak..anis beli baju lagi..nah ni jahitkan.." 


dekat almari tu ada sepasang lagi baju kurung belum pakai. sebabnya malas sangat nak jahit manik. baju kosong. rasa tak ceria pulak bila tak ada blink blink nya. entah bila mood nak jahit manik nak sampai ni. -___-"

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...