Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

Friday, March 23, 2012

kenapa sanggup lari ikut kekasih?

sekarang ni makin banyak kes pelajar perempuan lari ikut kekasih.
sampai orang naik bosan nak baca berita macam ni.


tapi salah siapa semua ni jadi?


budak-budak yang terlibat ni banyak budak sekolah.
masih muda sangat.
tengok orang lain bercinta, 
nak bercinta juga.


tapi kalau nak bercinta pun, berhati-hatilah memilih pasangan.
adakah pasangan itu betul ingin menjaga kita.
ataupun pasangan itu hanya ingin mengambil kesempatan semata-mata.


mungkin alasan mereka, tension dekat rumah.
asyik kena marah je dengan mak ayah.
kena buat itu kena buat ini.
nak buat apa-apa pun, kena halang mak ayah.
 kadang-kadang mereka ingatkan mak ayah tak sayangkan mereka.


mula bercerita dengan teman lelaki yang kononnya penyayang sangat.
 dik, kalau lelaki tu baik, dia takkan suruh adik lari rumah tau.
kalau lelaki tu baik, dia akan suruh kita hormat orang tua.
kalau lelaki tu baik, dia tak kan bersekongkol nak tolong kita lari dari rumah.
kalau lelaki itu baik, dia akan sentiasa bagi kita nasihat yang ibu bapa adalah segalanya.


mak ayah mana yang tak sayangkan anak.
macam kes siti nur fatiha tu, 
mak dia dah pun maafkan dia.
walaupun mak dia malu besar.
tapi tetap memaafkan anak.


jadi, untuk peringatan sendiri dan semua,
berhati-hati dalam sesuatu perkara.
berfikir dahulu sebelum berbuat sesuatu.

Wednesday, February 29, 2012

Nasib ‘lelaki buih’

'lelaki buih' bersama isteri dan 3 anaknya


HYDERABAD: Seorang lelaki berusia 62 tahun yang digelar ‘lelaki buih’ kerana badannya yang dilitupi ketumbuhan mendedahkan bagaimana dia dilayan lebih buruk daripada haiwan terbiar oleh orang ramai. Tubuh Mohammad Umar mula mengalami ketumbuhan pada tangannya ketika dia berusia 14 tahun dan sejak itu tumor tidak berbahaya berkenaan merebak secara perlahan-lahan ke seluruh anggota tubuhnya.

“Saya lelaki baik. Dan saya boleh bekerja keras. Tetapi paras rupa saya menjadi masalah kepada orang ramai. Tidak ada orang yang suka melihat saya atau mendekati saya. Ia memusnahkan kehidupan saya,” kata Mohammad.

Mohammad yang berasal dari Hyderabad, India, dilahirkan sihat. Ibunya mempunyai ketumbuhan pada tangannya tetapi tidak di tempat lain. Tanpa disedari, wanita itu menurunkan penyakit yang lebih agresif kepada anaknya. Ibu Mohammad meninggal dunia pada 2001.

“Saya dilahirkan dengan kulit yang lembut dan licin. Saya tidak tahu apa yang tumbuh pada tubuh saya ketika berusia 14 tahun. Tetapi ibu saya menyedari ia sama dengan yang ada pada tangannya dan membawa saya berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.

Tetapi, lama kelamaan, keadaan Mohammad bertambah teruk. Ketika berusia 20 tahun, tumor tumbuh secara rambang di beberapa bahagian badannya.

“Saya tahu ia akan bertambah teruk. Saya sedar ia akan menjadi mimpi buruk bagi saya,” katanya.

Doktor memberitahu dia boleh menurunkan penyakit itu kepada anaknya jika dia berkahwin.
“Doktor tidak memberi jaminan tetapi ia mungkin berlaku. Ia menghantui kehidupan saya selama beberapa tahun. Saya tidak pasti sama ada saya akan berkahwin,” katanya.

Tetapi akhirnya, dia berkenalan dengan Farhat-un-Nisa, 45. Mereka bercinta dan berkahwin, Farhat tidak pedulikan penyakit suaminya ketika itu.

“Mohammad lelaki yang baik dan pemurah. Keluarga saya memberi amaran mengenai masa depan saya yang akan menjadi rumit jika penyakitnya bertambah teruk. Mereka mendapatkan nasihat doktor bagi pihak saya. Tetapi saya tidak mempedulikannya,” kata Farhat.

Pasangan itu dikurniakan dua anak dan kedua-duanya membesar tanpa mewarisi penyakit Mohammad. Bagaimanapun, lama-kelamaan, Farhat hanya boleh melihat seluruh tubuh suaminya dilitupi tumor besar yang gatal. “Saya tidak boleh berbuat apa-apa. Doktor berkata penyakitnya tidak boleh diubati. Ia mengubah sikap suami saya. “Dulu dia begitu bahagia tetapi selepas itu dia menjadi begitu takut. Kami berusaha keras untuk hidup dan membesarkan anak kami,” kata Farhat.

Dalam pada itu, Mohammad dipecat daripada jawatan sebagai pembantu bagasi di sebuah stesen kereta api tempatan. Dan sejak itu, tidak ada orang yang bersedia untuk mengambilnya bekerja. - DM

sumber : metro online

Saturday, November 12, 2011

3 maut nahas kereta rempuh pejalan kaki

YAN 12 Nov. – Tiga maut manakala dua lagi cedera parah apabila sebuah kereta yang dinaiki empat orang terbabas lalu merempuh seorang pejalan kaki dalam kejadian di Batu 13, di Jalan Sungai Petani-Alor Setar dekat Bukit Besar di sini awal pagi ini.
Jurucakap polis berkata, dalam kejadian kira-kira 2.45 pagi itu, pemandu dan seorang penumpang kereta serta pejalan kaki itu maut di tempat kejadian.
Katanya, identiti kesemua mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu masih belum dikenal pasti.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Yan, manakala mangsa yang cedera dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.
Jurucakap itu berkata, punca kemalangan sedang disiasat.

sumber - utusan


kata hati : seram bila tengok berita-berita tentang accident ni..

Friday, November 11, 2011

nahas bas - lori (4 maut, 5 cedera parah)

SLIM RIVER 11 Nov. – Empat terbunuh dan sekurang-kurangnya 5 cedera parah dalam kemalangan membabitkan sebuah bas rombongan sekolah dengan sebuah lori pasir di KM 382, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat susur keluar Behrang dekat sini empat pagi tadi.

Bas terbabas ke bahu jalan lalu terbalik sebelum dirempuh lori pasir dari arah belakang. Bas dari SMK Air Merah, Kulim, Kedah dalam perjalanan ke Genting Highlands. Mangsa yang maut adalah seorang guru, Siti Hajar Ahmad, dua pelajar Khairul Anuar Azhan, 15, Maisara Zaidi, 15 dan seorang awam yang membantu mangsa yang identitinya belum dikenalpasti. - Utusan

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...