Showing posts with label handphone. Show all posts
Showing posts with label handphone. Show all posts

Friday, September 5, 2014

Review - Handphone Asus Zenfone 5


Alhamdulillah. Ada rezeki angkat phone baru. Memang dah lama survey nak tukar phone. Sony Xperia J aku sebelum ni asyik hang aje. Main game pun tak best. Aku dok survey Lenovo je sebelum ni. Sebab murah. Heeee. Idok la aku nak beli phone memahal ni. 


Kebetulan hari tu jalan-jalan lunch dengan suami dekat Wangsa Walk. Alang-alang, dia nak tengok fon sekejap. Memang dia mencari phone Asus ni. Aku pulak, Asus? Best ke? Macam tak best je.


Tapi bila dah belek-belek kat kedai tu, Eh, Macam best je. Harga pula RM650. Not bad. Besau, laju pulak tu. Lagi murah dari phone Lenovo yang aku nak beli tu. Terus ambik 2 ketul untuk aku dan suami sekali. Heeee. Trade in phone lama yang tak best tu, dapat la 2 bijik phone dengan harga RM860.


Yang aku suka, kamera dia. Bagi aku dah cukup cantik. Berbaloi sangat dengan harga.

Photo 
 Pagi di Putrajaya.

Photo: GoodDayFellas
 Pagi waktu on the way naik LRT pergi kerja.


Maka, sangat puas hati beli handphone ni. Harga mampu milik dan berbaloi sangat. Aku perasan, sekarang dah mula ramai juga yang pakai handphone Asus ni. 


Sebenarnya kedai aku beli ni agak mahal sikit. Kedai lain boleh dapat RM599 je sebijik.

Tuesday, February 14, 2012

review handphone : sony ericsson txt c13i


sumber gambar dan specifications : SINI

handphone ni aku baru pakai dalam sebulan.
sesiapa yang nak beli handphone yang murah, boleh cuba handphone ni.
RM300 (setelah ditawar-tawar dengan muka tak tahu malu) + memory card 2gb


handphone ni handphone biasa sahaja.
macam sony ericsson yang lain.
bukan lah yang canggih-canggih. (tengok harga la kan.)
cuma keypad sahaja yang ditukar.


yang best :

1) dia ringan sahaja.
2) camera 3.2 megapixel : standard camera handphone sony ericsson lain. tapi tak secantik gambar handphone sony ericsson cyebershot 3.2 megapixel. sobs sobs.
3) ada wifi - online pun best guna handphone ni.
4) harga tidak terlalu mahal.


yang tak best :

1) kadang-kadang handphone lambat sedikit. (bila nak tunggu delete all mesej)
2) tak ada 3g (tapi bukan keperluan pun 3g ni. online pun laju je.)
3) handphone ni susah nak jumpa dekat kedai. maka memang susah lah nak cari screen protector dan casing. dulu seminggu aku cari screen protector tau.
4) tak disertakan dengan usb cable. (orang kedai tu cakap. " phone murah, dia tak bagi usb cable" cis..terhina aku. haha.)


jadi, aku rate 7/10 untuk handphone ni.
entah berapa tahun aku akan setia dengan handphone ni.
sebab aku bukan jenis yang sibuk tukar-tukar handphone.
kalau dah betul-betul rosak, baru tukar.
itupun cari yang murah.
haha. bukan kedekut tau.
JIMAT.


p/s : buat review handphone ni, sebab dulu payah betul nak jumpa review pasal handphone ni.
mana tau ada yang nak review kan. ^__^

Wednesday, January 18, 2012

putih itu suci, tapi kesuciannya susah dijaga

putih itu suci.
putih itu pun bersih.
tapi siapa kata senang menjaga barang bewarna putih.?


tapi kenapa aku harus membeli handphone bewarna putih.
tak pasal-pasal kena berhati-hati dalam setiap perkara.
tak mahu handphone kotor.
kalau baju boleh rendam dalam clorox.
kalau handphone?

Wednesday, December 21, 2011

NOKIA ASHA 303 sangat menawan hati

sekarang ni aku tengah mencarik-carik handphone.
handphone aku sekarang ni dah uzur aku tengok. T__T  sayang wooo phone ni..
tapi kalau dah rosak je, nak buat macam mana kan.. 


sooo.. handphone idaman kalbu aku sekarang ni..

v
v
v
v
v
v
v
v



ini lah dia nokia asha 303
sedap pulak nama dia..boleh buat nama orang. haha

confirm la aku berkenan yang colour merah kan..
baru la menyerlah gituuu..
setakat ni harga yang aku tau RM480 + memory card 2GB


ni yang kena menyimpan duit ni.. nak dapatkan handphone idaman kalbu punya pasal..
nak tengok specification dia dekat SINI.

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...