sebentar sahaja tadi adik aku telah menyatakan masalahnya.
dimana komen-komen beliau di blog orang lain masuk dalam kotak spam.
(huh..skema nya ayat. -__-"_
jadi, sebagai kakak yang baik..( sekali sekala perasan tak pe kan? -__-" )
gigih lah godek-godek tanya uncle google.
lalu terjumpa entry pasal problem ni.
tapi entry tu bukan bagi solution.
dia pun alami masalah sama macam si budak azee ni jugak.
dan aku tertarik dengan 1 komen ni.
daripada nur intan syafinaz
kalau tak nampak, klik gambar tu ye.
dia kata dekat situ, bila guna laptop lama, masuk spam.
bila guna laptop lain, ok je.
mungkin disebabkan malware atau virus dalam laptop.
jadi, aku suruh azee komen guna laptop lain.
dan hasilnya..
tak masuk spam.
jadi, adakah laptop budak ni yang bermasalah?
tapi memang laptop dia teruk pun.
hang aje.
hahaha...
pergi format lah azee oiii...
