Showing posts with label laptop. Show all posts
Showing posts with label laptop. Show all posts

Tuesday, June 12, 2012

laptop rosak = mati kutu

laptop aku yang rosak kat rumah tu, masih belum dibaiki lagi. dah hantar kedai. dia kata nak repair, RM700. peerghhhhh...baik beli baru. bak kata pipie, dah macam nak repair enjin kereta dah gayanya. tapi sayang la dekat laptop tu. dah 4 tahun bersama. sobs sobs.


sekarang ni, bila laptop tak ada, memang mati kutu malam-malam. tak tahu nak buat apa. tengok tv pun, tengah-tengah malam bukan ada cerita menarik. rindu nak layan drama korea dengan drama jepun.

Sunday, May 20, 2012

laptop rosak

salam ahad semua..:)


sekarang ni agak kebosanan di rumah. sebab laptop dah rosak. wahh..sedih..tak dapat nak main game malam-malam. tak dapat nak layan drama korea dengan jepun malam-malam. 


setelah 4 tahun berkhidmat, inilah pertama kali dia buat hal. on je, dia tak nak hidup. on lagi, dia taknak hidup jugak. apakah masalah dia? memang kena hantar kedai lah nampaknya. -__-"

Friday, May 18, 2012

cuci-cuci laptop

salam jumaat semua..:)


kalau dah nama laptop ni, asyik nak berhabuk je. sebabnya memang letak je atas lantai atau meja. tak pernah nak simpan elok-elok. hikhik. maka, bila habuk dah seinci, haruslah kena cuci bagi bersih.


set pencuci harus ada. 5 ringgit je nih.

huruf-huruf yang dah dicabut. ni first time aku cabut nih. sebab dah memang bersawang habis lah kat celah-celah huruf tu. kena susun elok-elok. nanti carca marba nak pasang balik.


sesi berus-berus sawang.


ha..kan dah bersih. sedap sikit mata memandang. ^__^


entah bila akan muncul lagi kerajinan macam ni. -__-"  tapi benda macam ni pun nak cerita kan. tak ada benda lain ke. -___-"


..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...