malam tadi, balik ot agak lewat. seperti biasa, drive berhati-hati. orang rabun silau memang kena hati-hati kalau drive malam. yang aku perasan, kereta malam tadi berdesup-desup lajunya. memang malam-malam orang bawak laju-laju ke? sebabnya, aku tengok belakang kereta aku berderet kereta. dalam sekelip mata, aku jadi kereta last kat belakang sekali. -___-"
lagi satu sebab aku kena berhati-hati adalah disebabkan penunggang motosikal. kenapa? sebab kebanyakan motor malam tadi tak ada lampu belakang. bahaya betul. nampak bayang-bayang je macam benda gerak-gerak. sekali rupanya motor. nasib baik tak langgar.
penunggang motosikal, sila periksa lampu belakang anda ye. kalau duduk bandar, tak kisah lah sebab cahaya terang benderang. ni jalan kampung. nak jumpa lampu jalan pun payah. sudah lah jalan gelap, motor gelap, baju gelap, helmet gelap, kulit pulak tak berapa cerah. -__-"

