Showing posts with label nafsu membeli belah. Show all posts
Showing posts with label nafsu membeli belah. Show all posts

Thursday, April 19, 2012

gigih bertarung dengan nafsu sendiri

huh! payah betul berkeadaan begini.
masuk blog sana, online shops.
masuk facebook sini, online shops jugak.
harus lah nafsu ingin membeli tu sangat membuak-buak.
belum lagi bila berjalan-jalan masuk kedai ke kedai.
tengok itu teringin. tengok ini teringin.

ingat senang ke nak kawal nafsu nak membeli itu ini.
susah woooo bagi aku yang memang suka beli itu dan ini.
kalau keluar tak beli apa-apa, rasa macam tak puas hati je.
mesti nak jugak beli walau getah rambut harga seringgit.

sekarang ni dah lama tak beli baju dan handbag.
nak kata tak ada yang berkenan tu, memang tipu habis lah tu.
kalau buat list mana yang berkenan kat online shop yang berlambak-lambak tu, tak cukup 1 page.

 
memandangkan sekarang dah bekerja, dan hanya berbaju kurung pergi kerja,
terpaksa batalkan niat beli blouse-blouse yang comel-comel tu.
kat dalam almari tu pun banyak baju yang tak terpakai.
bukan taknak pakai, tapi tak tau nak pakai pergi mana.
duduk kampung ni, mana aje lah nak pergi kan.


sebab tu bila si adik dan si kakak balik kampung,
melenggang diorang tak payah bawak baju.
dari hujung kepala sampai hujung kaki, semua main rembat dalam almari tu.
fine..tipu lah semua kan. haha. tapi selalunya memang baju lah diorang kebas.
siap ambik tak pulang-pulang pun ada.
tapi takde lah nak marah pun.
share baju antara adik beradik tu perkara biasa.
baju adik laki aku pun kadang-kadang aku kebas. hakhak.

copp..panjangnya entri ni. dah lah..nak stop..
bosan pulak orang baca nanti.


Sunday, March 6, 2011

shopping.. satu keperluan atau habit?

SHOPPING.. adakah satu keperluan atau habit atau pun nafsu semata-mata? tapi, kalau aku mungkin nafsu semata-mata.. T.T

tak tahu macam mana nak ubah.. tadi konon keluar tak nak beli apa-apa. sebab semua kelengkapan diri dah ada.. and dah cukup pun.. tapi tiba-tiba terbeli kain pasang and rantai.. T.T sedih lagi sekali..

bukan setakat pakaian je yang x boleh kawal...


makanan juga...ni cuma gambar hiasan..kongsi ramai-ramai ni..memang jadi macam ni.. (alasan membela diri.)


bila dapat shopping, muka akan senyum begini..tapi bila pulang, muka jadi sedih..tengok dompet dah tak ada duit.. T.T

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...