Showing posts with label tutorial. Show all posts
Showing posts with label tutorial. Show all posts

Tuesday, May 19, 2015

tutorial buat bouquet bunga simple


 1) bahan-bahan yang diperlukan 
  • bunga (aku pakai bunga plastik je)
  • kertas tisu 2 warna
  • salotape 
  • gunting
  • reben
 2) Ambil bunga. Gubah Jadi bentuk bulat macam ni. Ni kena susun ikut kreativiti. Boleh campur bunga kecik-kecik untuk lebih berseri gituuuu. Lepastu, salotape batang bunga tu semua bagi tak tercabut.

 3) Bentang kertas tisu, lipat macam lipat kipas tu.

4) Haaa.. gini jadinyaaaa. Pegang bahagian bawah gitu. Biar bahagian atas tu kembang macam kipas.

5) Balut kertas bentuk kipas tadi dekat bunga yang dah kita gubah tadi. Haaa. Tengok, separuh je kan. maksudnya, kertas tak cukup panjang. So, ambik lagi kertas yang sama. Repeat cara 3 dan 4 dan balut dekat bunga sampai cover sekeliling bunga tu. Dah siap, boleh la salotape bagi kertas tu tak tercabut.

 6) Ulang balik step 3, 4 dan 5 untuk kertas yang warna lebih kontra

 7) Tadaaaa.. Siap dah. Oh ye. Dekat batang pegang tu, boleh la balut dengan reben. lilit-lilit aje. Untuk seri. Lupa ambik gambar. Hihi.






Monday, July 7, 2014

Tutorial kain gendong baby

assalamualaikum.
pagi-pagi ni jumpa video ni dekat facebook. macam comel sangat tengok wrap baby macam ni.
tak payau susah-susah beli penggendong bayi tu.
boleh pakai ni lah nanti bila dah ada baby nanti. ^__^


Wednesday, March 13, 2013

tutorial - diy doodle atas mug


bahan :

1. mug putih kosong
2. permanent marker pen berbeza saiz.

i love using black and red marker!


first, lukis lakaran kasar guna marker pen saiz halus ye.
nampak senget?
abaikan. baru lakaran kan.


haaa...guna marker saiz lebih besar, ikut semula lakaran tadi.
time ni, boleh lah kita cover sikit-sikit yang nampak cacat tu.
senget lagi?
tak apa.
senget itu seni.
^____^


lepas tu, boleh lah tambah sikit corak kasi naik seri kan.
suka warnakan merah dekat tengah tu supaya boleh kasi naik sikit corak tu.
lepas tu boleh lah sambung buat banyak-banyak bunga.



tadaaaa...hasil selepas di tambah bunga, tangkai dan daun.


hasil 4 bijik mug yang dah siap.

soooo, cuba lah ye.
^___^
jimat kos kalau nak bagi hadiah dekat kawan-kawan.


Friday, July 20, 2012

tutorial jahit manik pearl bracelet


ada yang bertanya tentang cara jahit manik macam dekat atas ni. tapi aku ni sangat lah tak pandai nak buat tutorial ni. tapi meh sini meh. aku share tutorial yang aku guna buat rujukan. 

nak tahu macam mana? klik tutorial ni ye. tutorial tu guna dua jarum. tapi aku ni kan malas. guna 1 jarum je. ^__^  untuk jahit 2 lapis dekat lengan dan selapis dekat bawah baju, hanya ambil masa 3 malam sahaja. ^__^

Thursday, May 10, 2012

cara guna chopstick

assalamualaikum semua..:)


jumpa ni kat facebook kawan.
haha..aku rasa aku macam ni kot. konon nak guna chopstick. tapi lama-lama hilang sabar nak try guna. kalau mee tu boleh lagi. kalau nasi tu memang payah lah kan. -__-"

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...