Showing posts with label voucher buku. Show all posts
Showing posts with label voucher buku. Show all posts

Friday, April 6, 2012

penghabisan voucher buku

31 mac hari tu pergi teman adik bongsu menghabiskan voucher buku dia yang tinggal RM100 tu.
tanya kat tokey kedai buku tu, dia kata hari tu adalah hari last.
sebab dia tak dapat apa-apa notis dari pihak bank tentang lanjutan tempoh tamat tu.


maka bila dengan ketidak tahuan mahu membeli apa,
maka kitorang sepakat membeli ini.

-
-
-
-
-

kami sepakat membeli papan carrom ni.
harga dia RM85.
balance dia tu kitorang beli barang entah hape-hape lagi.


tapi kira okey jugak beli carrom nih.
boleh buat main masa lapang.
^___^

Monday, February 20, 2012

tolong habiskan voucher buku lagi

sabtu lepas, sekali lagu aku telah bermurah hati membantu adikku untuk menghabiskan voucher buku beliau.
destinasi kami adalah, Pustaka Chew, Sungai Besar.
kedai ni ada macam-macam alat tulis dan barang-barang yang best-best.
novel-vovel, tiada sama sekali.


disebabkan aku memang gila alat tulis, memang seronok sangat la duduk dalam tu.
ambil bakul, terus masukkan apa yang minat.
hajat nak habiskan seratus.
tapi...
nak habiskan rm50 pun jenuh.
maka..
rm50 je lah kitorang guna.

Monday, January 16, 2012

jeles tengok orang ada voucher buku

weekend lepas aku dah mengepaw voucher buku adik perempuan aku.
suruh dia beli novel 2 bijik.
seronok jadi akak macam ni.
haha.
so, lepas ni nak paw voucher buku adik lelaki pulak.
lepas tu nak paw voucher buku teman lelaki pulak.
hahaha.


inilah akibat bila jeles sebab dah habis belajar.
T___T

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...