Tuesday, May 15, 2012

adab ketika memandu

assalamualaikum semua..:)


jom kita bercerita tentang adab memandu. adab memandu yang paling penting, haruslah ikut peraturan jalan raya betul-betul kan. penat cikgu kat sekolah memandu tu ajar. walaupun masa ceramah, memang tak dengar apa yang dia cakap. hihi.


satu lagi adab memandu yang aku belajar dari ayah aku adalah, sentiasa memaafkan orang lain dan sabar. sepanjang aku hidup, tak pernah sekali pun aku dengar ayah aku ni marah pemandu lain. bunyikan hon pun kalau dah nyaris-nyaris nak accident. kalau kita marah pemandu lain, mesti ayah aku cakap,  "kadang-kadang kita pun buat silap, kenapa mesti nak marah orang lain. diorang pun kadang-kadang buat silap juga. tak payah hon-hon. lagi gelabah orang tu nanti." terus tak jadi marah. ^__^


lagi satu yang aku belajar, jangan hon orang yang bawak motor dan basikal. hon tu boleh buat mereka terkejut. tak pasal-pasal terbabas pula. yang ni memang aku sokong. masa aku pergi kerja naik motor dulu, tak suka dengar bunyi hon. terkejut weh. rasa nak gugur jantung.


jadi, sekarang ni aku belajar jadi seperti ayah aku. tenang, sabar dan sentiasa memaafkan semasa memandu.


i love u dad..^__^

Monday, May 14, 2012

petang yang segar bugar

assalamualaikum semua..:)


nampaknya petang ni mata ni segar bugar je. tak terasa lemau seperti petang-petang lain. kenapa boleh jadi begini? ini semua gara-gara terlajak tidur di surau waktu rehat tadi. habis lunch hour pukul 2 petang. tapi aku bangun pukul 2 lebih. -___-" nasib baik lah bos tak masuk office. 


disebabkan rasa segar bugar begini, haruslah semangat nak buat kerja. kena siapkan kerja cepat ni. rabu dah kena hantar.

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...