Friday, April 6, 2012

penghabisan voucher buku

31 mac hari tu pergi teman adik bongsu menghabiskan voucher buku dia yang tinggal RM100 tu.
tanya kat tokey kedai buku tu, dia kata hari tu adalah hari last.
sebab dia tak dapat apa-apa notis dari pihak bank tentang lanjutan tempoh tamat tu.


maka bila dengan ketidak tahuan mahu membeli apa,
maka kitorang sepakat membeli ini.

-
-
-
-
-

kami sepakat membeli papan carrom ni.
harga dia RM85.
balance dia tu kitorang beli barang entah hape-hape lagi.


tapi kira okey jugak beli carrom nih.
boleh buat main masa lapang.
^___^

budak-budak tak takut dengan polis

tadi tengah syok-syok main game, dapat call dari kakak aku.
memang kacau konsentrasi sahaja.


dia bercerita yang dekat sekolahnya ada satu program ceramah tentang jenayah.
yang datang ada lah dalam 10 orang pegawai polis.
bukan yang pangkat rendah-rendah tau.
pangkat ASP, lepas tu apa ntah lagi pangkat nya.
tah tahu pulak pangkat-pangkat polis nih.
student yang terpilih dengar ceramah ni pulak bebudak form 2.
tahu je lah kan betapa cenonetnya bebudak form 2 nih.


tapi, bebudak ni punya lah tak takut dengan polis tu.
sesuka hati je buat bising, main lompat-lompat masa polis tu masuk dewan.
bila polis tu suruh diam, 
boleh diorang ni pergi ejek polis tu.
memang langsung tak ada adab sopan dan tatasusila.


tengok lah bebudak tu.
kalau dengan polis pun tak hormat and tak takut.
apa tah lagi dengan cikgu kan.

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...