Monday, August 4, 2014

Raya di rumah Mertua

Tahun ni merupakan tahun pertama aku beraya di rumah mertua. Perasaan? Bagi aku perasaan tu biasa sahaja. Tak adalah nak sedih sangat. Sebab kita kena anggap family mertua tu sebagai family kita juga. Sayang suami, sayangkan juga keluarganya. 


Pengalaman yang paling stress adalah, Jemmmm!! Haha. Almaklumlah, sebelum ni steady je balik Sekinchan kan. Lengang je tak payah nak ngadap jem beria-ia. Kali ni, balik ke Jengka. Hambik kauuuu.. Sepatutnya 2 jam dah boleh sampai golek-golek atas katil, ko golek-golek lah dalam kereta 8 jam. 

 

Haaa.. Nampak duyut-duyut kereta tu? Dari gelap bawak ke tengah hari ko baru sampai. Subuh pun tepi highway je. Sebab tak sempat nak sampai RnR. Tapi ni semua pengalaman. Kalau tak, tak merasa la jem balik kampung kan. heeeee..


Dekat rumah mertua, tak beraya sangat sebab tak ramai sangat kaum kerabatnya. So, dah pesan dkat suami siap-siap, ready stamina untuk raya dekat rumah aku pula raya ke3 sampai raya ke6. Haha.

 

8 comments:

Masya said...

selamat hari raya .. hihihi merasa jugak pengalaman blk kg tempuh jem...

norhidana said...

btl tuh anis, kt raya mana pun ok jnji raya kan.... thn ni akak pun raya kg mertua thn dpn raya johor pulak...

Unknown said...

Hehe. nasib baik tak balik kampung naik kereta. balik naik flight je. Kalau naik kereta alamatnya sampai ke sudah tak sampai2. beraya dalam laut china selatan je lah jawabnya. hehehe

selamat hari raya! :D

HeNRieTTa JoSe said...

Selamat hari raya...8 jam jem...errr....bru rasa pengalaman blk kg kan..

Azhafizah MN said...

suasana raya yang baru di rumah mertua kan

MizzTina said...

ehehe..sbr je la.. pasni akan selalu tempuh jem ye..

shura shushi said...

Selamat hari raya U :))

Mimie said...

tahun turn raya umah akak..ari sabtu lpas balik umah mentua

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...