Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Monday, August 10, 2015

Jamuan raya office

Cerita lama peram, baru nak update. 

Hari ni baru nak share gambar-gambar jamuan raya office 30 julai hari tu. 





Sepatutnya tema baju kitorang maroon + coklat. Baju sedondon semua gugurls. Tapi ada masalah dengan tailor. Sudahlah lambat siap. Baju semua bapok besor gedabok!

Last2, semua korek baju lain dalam almari.

Nampak buah-buahan je semata? Sebab department kitorang kena sediaka  buah-buahan tempatan. Dah dari pagi semua sibuk gotong-royong potong buah.


Tuesday, August 4, 2015

throwback gambar raya : tema hijau

Lama kepam gambar raya ni, hari ni nak penuhkan gambar kat sini. You all layan gambar kitorang je lah ye. :)

anak menantu cucu semua cukup. Husna maintain tidur

 Menggila depan rumah.

 4 beradik.

 Gambar proper sikit

 Adik beradik ipar duai tak ada kerja

 Port wajib tiap tahun ambil gambar

 Tok K dengan embah bersama cucu-cucunya

 Port baru ambil gambar

 Beratur ambik duit raya

gambar last cuti raya

Monday, July 13, 2015

mood kerja kelaut

Pejam celik pejam celik, dah nak raya dah kan. Seriously sangat sekejap masa jalan. Tak sedar dah nak dekat sebulan. Sibuk kerja, sibuk lagi dengan husna.

Persiapan raya pun ala kadar je tahun ni. Semalam je dapat rembat sikit baju husna dekat Aeon AU2. Ummi Abah tak shopping pon. Jimat tahun ni. GST wehhhh..

Alhamdulillah, cuti 4 hari dah approved. So, esok tengah malam balik kampung aku dulu, raya ke 2 petang-petang baru balik ke rumah mertua. Hopefully tak jem seteruk tahun lepas.


Si kecik mata daun 
 
Selfie on the way pergi buka puasa dengan officemate husband. Besar dah anak dara i sorang ni. :)
 
Mood kerja hari-hari last nak raya ni memang agak kelaut la kan. Malas wehhhhh. T___T

Tuesday, August 26, 2014

Sambutan Aidilfitri Office

Minggu lepas sempat la buat jamuan raya dekat office. Konon-konon nak buat potluck je. Bos request nak staff dia masak. Tapi sekali duia nak jemput ramai pulak. Idok la kita nak masak banyak-banyak. Penat gaduh dengan bos. 

Last sakali, makanan utama kita order, yang sampingan tu staff bawak sikit-sikit. Senang cerita.


Ni hasil dari oven aku. Haaaa.. Gebu lasagna aku ni wehhh. Hasil air tangan suami. Rajin dia tolong masakkan. Siap dapat pujian lagi dari bebudak office. Bangga bini dia ni ha...


Sebahagian makanan. Meriah dengan makanan kitorang ni.

Ni pula sebahagian kuih raya, kekacang, jajan-jajan hasil sumbangan staff-staff office.


Ni pula buah-buahan.


Banyak lagi sebenarnya. Belum sempat ambil gambar, dah habis kena serbu dengan staff department lain. Meriahhh. 

Monday, August 4, 2014

Raya di rumah Mertua

Tahun ni merupakan tahun pertama aku beraya di rumah mertua. Perasaan? Bagi aku perasaan tu biasa sahaja. Tak adalah nak sedih sangat. Sebab kita kena anggap family mertua tu sebagai family kita juga. Sayang suami, sayangkan juga keluarganya. 


Pengalaman yang paling stress adalah, Jemmmm!! Haha. Almaklumlah, sebelum ni steady je balik Sekinchan kan. Lengang je tak payah nak ngadap jem beria-ia. Kali ni, balik ke Jengka. Hambik kauuuu.. Sepatutnya 2 jam dah boleh sampai golek-golek atas katil, ko golek-golek lah dalam kereta 8 jam. 

 

Haaa.. Nampak duyut-duyut kereta tu? Dari gelap bawak ke tengah hari ko baru sampai. Subuh pun tepi highway je. Sebab tak sempat nak sampai RnR. Tapi ni semua pengalaman. Kalau tak, tak merasa la jem balik kampung kan. heeeee..


Dekat rumah mertua, tak beraya sangat sebab tak ramai sangat kaum kerabatnya. So, dah pesan dkat suami siap-siap, ready stamina untuk raya dekat rumah aku pula raya ke3 sampai raya ke6. Haha.

 

Wednesday, July 23, 2014

layan lagu raya jommm

assalamualaikum...


Tinggal 4 hari je lagi nak raya kan. Dan yang paling syiokkk sekali, tinggal 2 hari je lagi nak kerja. Sekarang ni tengah berdoa dan berharap bos tak ada jumaat ni. Boleh cabut awal. Haha.



Disebabkan entah mana folder lagu raya dalam PC ni aku letak, meh la kita layan lagu raya kat youtube jom. Dan semestinya, lagu pilihan adalah lagu-lagu klasik. Tak berkenan lah lagu-lagu raya baru ni. Tak ada feel langsung. Lepastu, banyak pulak retis yang sibuk barukan lagu-lagu lama. Tetap tak best jugak.


Sambil buat kerja, sambil dengar lagu raya. Barulah tak mengantuk mata ni nak buat kerja. ^___^

Thursday, July 10, 2014

mood raya : jom hias office

assalamualaikum..

Macam biasa, seperti tahun lepas, mood nak decorate office dengan hiasan-hiasan raya ni dah mula datang. So, dah mula list barang nak mintak staff tolong belikan.


so, anyone tahu mana nak cari lampu pelita yang jenis elektrik macam ni?



tahun lepas banyak guna lampu liplap dengan hiasan gantung-gantung. lepas tu kaw kaw kena kutuk dengan bos. Jadi tahun ni kena simple simple ajeee..

Monday, October 29, 2012

letih dan lemau

selamat pagi semua. amacam cuti? seronok? ke ada yang tengah cuti lagi hari ni?


hari ni pergi kerja dengan keadaan yang sangat letih dan lemau. semua ni sebab pengisian cuti aidiladha yang sangat padat. mula hari khamis petang, redah jem gerak ke PD. raya rumah kakak dekat sana. tapi tak macam raya pun. lebih macam, lepak-lepak rumah kakak. haha.


jumaat petang pulak, gerak ke keratong, pahang. bermalam dekat sana 1 malam. sepupu bertunang hari sabtu tu. harus lah rewang-rewang juga kan. padahal rewang sikit jek pun. makan je lebih. -____-"


sabtu petang pulak, gerak ke jengka, pahang. bermalam dekat sana 1 malam. sebab makcik buat kenduri tahlil dan buat korban. rewang lagi. tapi, still makan je lebih. ada sup tulang dengan ikan patin masak tempoyak tu. mau tak bermangkuk-mangkuk masuk dalam perut. 


jadi, ahad petang semalam, baru lah gerak balik ke rumah semula. gerak dari jengka pukul 3 petang. sampai rumah pukul 1 pagi. perghhhh. kematu punggung. memang jem teruk sangat-sangat. 


maka, pagi ni datang kerja dengan lemau dan letih. kalaulah bukan disebabkan kehabisan cuti, memang sah aku cuti hari ni. tapi angan-angan je lah. sebab AL tinggal 2 hari jek. sehari nak guna jumaat ni. sehari lagi kena simpan kot-kot terpaksa guna nanti kan.


so, macam mana cerita cuti raya anda-anda semua?

Tuesday, September 4, 2012

baraan keluarga pula

eh? cerita raya tak habis lagi? haha. boleh pulak terlupa yang cerita raya ada lagi.kalau sebelum ni cerita tentang baraan kampung. kali ni nak cerita tentang baraan keluarga pula.


baraan keluarga ni memang family kitorang akan buat tiap tahun. tapi start pun baru dalam 7 atau 8 tahun lepas kot. tahun ni, kitorang buat raya keempat. tahun depan buat raya pertama pula. selang seli tiap tahun antara raya pertama dengan raya keempat. sebab tahun ni kebanyakan family kitorang raya rumah mertua dulu.


tahun ni berkumpul di rumah aku dulu. ehh.. copp. rasanya tiap tahun berkumpul kat rumah aku kot. haha. maklumlah, ketua dia, haruslah abah aku. ^__^  tu dalam gambar tu, tuan-tuan rumah tengah nak bagi duit raya.  untung la bebudak raya rumah ni, dapat 3 duit raya serentak. ^__^



aku dan sepupu-sepupu yang dah meningkat jadi anak dara. haaa..kecuali yang kanan sekali pakai baju hitam tu ye. itu mak dara.. haha.


kami 3 beradik bersama wakil kakak aku. si tika gendut. kiranya kami ni still selim-selim lagi sebab kerusi 2 orang boleh muat kitorang bertiga. ^__^



biasanya beginilah. kaum wanita, perempuan dan gadis-gadis, tempat dia memang di bawah. duduk lah bersantai dekat lantai sambil bergosip dan melantak kuih raya.


dan inilah sebabnya kaum wanita kena duduk atas lantai. sebab segala kerusi akan dikuasai oleh kaum lelaki tau.


dah nama sedara-sedara kitorang semuanya sekampung je. maka kalau setakat rumah sebelah-sebelah tu, jalan kaki sudahhh.


bergilir-gilir tunggu giliran bersalaman dengan tuan rumah. ni rumah tok sedara aku ni. adik kepada nenek aku.


haaaa.. yang rumah jauh sikit tu, naik motor lah kita ye. yang tak cukup motor tu, pepandai lah naik kereta. tapi nak ikutkan, kompem la senang lagi naik motor kan. sebab dekat-dekat je.



bergilir-gilir berebut ambik makanan. haa.. time berebut tu yang best. buat jadi selera je nak makan. balik semua perut ke depan. haha.



ni pula hidangan wajib rumah sepupu abah. seee. raya-raya dia hidang shisha wehh. tapi opkos la khas untuk lelaki-lelaki sahaja.


cukup lah gambar. letih pulak nak memilih gambar yang ok.tapi nampak blur la pulak gambar. maybe sebab aku compress kan kecik sangat kot. -___-"


total yang ikut baraan keluarga tahun ni, 68 orang. total rumah pula dalam 15 buah rumah.












Thursday, August 30, 2012

lagi cerita tentang baraan raya

lepas buat entry tentang baraan sekampung tadi, ramai juga yang tak tahu tentang baraan ni ye. heee..meh sini nak bercerita lagi.


rumah aku ni dekat kampung pasir panjang, sekinchan selangor. kampung jawa lah katakan. ^__^  dari cerita abah, baraan ni memang dari dolu-dolu lagi. dari aku kecik-kecik pun ada dah. tapi jarang sangat dapat ikut. bila dah besar ni, dah duduk rumah sendiri, memang wajib kena ikut. nanti tak ada pulak wakil baraan perempuan dari rumah kitorang.


sekeping gambar sebelum mulakan baraan. ^__^

tujuan baraan ni cuma untuk datang beraya rumah orang kampung. rasanya, kalau tak ada baraan ni, tak terlarat nak beraya sekampung kan. mesti pergi rumah orang-orang terdekat je. 

dalam baraan ni, akan ada 3 kumpulan.  

kumpulan pertama, mualim depan. : kumpulan ni dalam 10 orang. mereka ni akan gerak dulu dari rumah ke rumah. tugas mereka adalah untuk menyusun cawan, menghidang apa pun hidangan yang tuan rumah masak.

kumpulan kedua, warga baraan : kumpulan ni la yang paling ramai. siapa je yang ikut, masuk dalam kumpulan ni termasuk aku. hihi. kumpulan ni, tukang makan je. haha. masuk rumah, selit selit cari port boleh duduk, makan. biasanya akan ada 1 ketua. ketua ni akan jumpa tuan rumah. wakilkan semua warga baraan, mintak maaf salah dan silap dari tuan rumah. (dalam bahasa jawa : peluputanku dingapuro seng akeh-akeh) lepas tu ada tukang baca doa makan. lepas tu ada tukang selawat. selawat sikt menandakan, dah kena bangun, keluar dah.

kumpulan ketiga, mualim belakang. : kumpulan ni dalam lebih kurang 10 orang juga. cuma bezanya, mualim ni akan geram lambat sedikit. kira gerak yang paling last lah ni. tugas mereka, kemas semula cawan pinggan mangkuk tu semua. copp. tak perlu sampai basuh pinggan cawan ye. cuma kemas cawan-cawan semua bawak ke dapur. ^__^


dari segi makanan, tak semua rumah sediakan makanan. ikut kemampuan. sediakan air dengan kuih raya pun dah memadai. makanan ringan pun tak apa. macam kentang goreng, keropok, buah-buah. singgah cuma 5 minit, agak agak la nak makan nasik kan. hehe. itu pun dah cukup membuncitkan perut tau. haha.


kenapa ramai yang join baraan ni? haaa..sebab semua generasi ada. dari budak kecik, budak sekolah, budak remaja, budak belia dan orang tua. kiranya, bila anak cucu cicit balik kampung, semua boleh ikut baraan ni. bila dari kecik dah ajak ikut baraan, maka sampai besar diorang akan rasa seronok dan teruja nak ikut lagi. sebab tu sentiasa ramai je yang ikut baraan ni dari tahun ke tahun.


penat? kompem lah penat. seriously penat sangat. aku hari tu pun curik-curik balik rumah kejap-kejap. siap balik awal lagi. haha. tak baik sebenarnya tau. tapi dah penat sangat. tak larat. -___-" 


ok, cukup kot cerita baraan ni. hehe. panjang sungguh ni. rajin tak korang baca semua? ^__^

raya lagi - baraan sekampung

setiap tahun, mesti akan ada baraan dekat kampung kitorang. raya kedua, baraan lelaki. raya ketiga pulak, baraan perempuan. seeloknya, setiap rumah, kena lah ada wakil yang ikut baraan tu. kalau rumah tu tak ada wakil, maka rumah tu kompem tak akan di singgah. tapi ada jugak yang ikut baraan, tapi tak nak rumah diorang disinggah.


baraan ni mula pukul 8.30 pagi. habis pulak pukul 7.00 petang. haaa..lama tak lama. penat weyh. bayangkan lebih kurang 100 bijik rumah. pergi dengan perut selim melim. balik dengan perut ke depan. haha. -___-" satu rumah tu singgah tak lama pun. dalam 5 minit macam tu je.


jom nak share antara gambar baraan lelaki. gambar baraan perempuan tak ada gambar. tak rajin dah penat penat, nak ambik gambar. baraan lelaki ni, adik bujang aku yang sibuk ambik gambar.


 warga baraan tengah berpusu-pusu masuk rumah aku.
tak muat wehh..kena ada yang berdiri. -__-"
menu kitorang hari tu, wedges goreng.


 mercun cina dibakar menandakan baraan dah sampai rumah.
copp..rumah tertentu je yang bakar mercun ni.
antaranya, rumah aku, rumah nenek aku dengan rumah pakcik aku.
ehh..kenapa semua family kitorang? -__-"


 berpusu pusu orang naik motor.


 berpusu-pusu orang naik rumah orang.


berpusu pusu lagi orang keluar rumah.


fakta baraan 1 : tiap tahun, makin banyak rumah bagi duit raya dekat bebudak. sebab tu hari tu aku angkut tika ikut baraan sekali. kutip duit raya. haha. dan tu buatkan makin ramai bebudak ikut baraan.

fakta baraan 2 : baraan perempuan selalu lambat. kalau lelaki, sharp 8.30 dah jalan. kalau perempuan? 9.30 tu baru jalan. -__-"  kalau lelaki, singgah 1 rumah tak sampai 5 minit. kalau perempuan, 5 minit tu kompem.

Monday, August 27, 2012

sesi bermaafan di pagi raya



pagi raya mesti ada sesi bermaaf maafan kan. kalau macam aku, bermaaf maafan dekat rumah sendiri dulu. lepas tu baru jalan pergi rumah nenek. bermaafan dengan nenek dan pakcik makcik, sedara mara yang lain pulak.


tapi..... selalunya suasana bermaafan ni mesti havoc! sebab selalunya lebih kepada sesi mintak duit raya. haha. $___$.  abah pulak, jenis yang suka buat surprise bila nak bagi duit raya. memang ada je gimik yang nak mengenakan kitorang. tapi tahun ni aku terkecuali dah. tak ada dah duit raya. -___-" bila dah terkena dengan abah, kompem la suasana jadi super duper riuh rendah. walaupun dalam rumah cuma 5 orang je. -___-"



Friday, August 24, 2012

merah menyala di pagi raya

 ni lah hasil jahit lace bunga ros hari tu. ^___^
dari kepala sampai kaki merah. haha. malas nak beli tudung baru. pakai je mana ada. tu yang jadi merah membara tu. hikkkss..


1 family merah..haha..pergi rumah orang, semua sakit mata tengok. ^__^

Thursday, August 23, 2012

tradisi "monjong" makanan di pagi raya

antara bungkusan makanan untuk dimonjong di pagi raya hari tu.


tradisi ni dari aku kecik-kecik lagi dah aku tengok. kalau dulu-dulu, siap bagi pakai talam tau. kalau orang bagi kita, kita tukar bagi makanan kita dekat orang. sekarang ni, tak ada dah bertalam-talam. semua pakai plastik je. ^___^


kalau dulu-dulu, kompem semua "monjong" pagi raya. tapi sekarang tak dah. ada yang beberapa hari sebelum raya. ada yang sehari sebelum raya. ada yang pagi raya. kitorang tetap buat pagi raya. sebab baru malam raya masaknya. haha. dan sate! sate tu bakar pagi raya kot. tiap tahun bangun pukul 4 pagi semata-mata nak bakar sate. kira macam makanan tradisi dari rumah kitorang adalah sate. ^__^


disebabkan rumah sedara mara ramai yang sekampung je, harus lah banyak rumah yang nak di "monjong" kan. nak dekat 20 bijik rumah jugak rasanya. nak dekat pukul 7 pagi macam tu, mula lah aktiviti hon mengehon rumah orang. tapi kali ni 2 orang adik aku yang buat kerja menghantar makanan ni.

Thursday, July 26, 2012

kasut raya? tudung raya?

kalau dulu-dulu, nak raya je, harus satu set beli. baju raya dah kompem kompem wajib. lepas tu kena beli tudung raya pulak. konon nak matching dengan baju raya. (padahal mak bebel ada je tudung lama warna sama. -__-") lepas tu nak kena ada kasut raya lagi.


sekarang ni? yang wajib cuma baju raya sahaja. tudung baru? tak payah lah kot. dah berlambak tudung kat rumah tu. sarung je mana yang match kan. ^__^ nak beli kasut raya? yang ni memang nak kena bebel dengan mak. kasut yang ada pun tak terpakai. heeeeee...


so, sebab dah jimat dekat kasut dan tudung, sebab tu lah baju raya tahun ni sampai 4 pasang. hihi. hajat nak tambah lagi. tapi tebayang yang kompem mak akan bebel. dan memang mustahil mak akan jahit baju tu lepas raya nanti. haha.

Monday, August 8, 2011

kuih oh kuih raya. bila nak buat?

hari ni hari ke8 kita puasa. hari ni hari pertama aku dah tak praktikal. jadi hari ini sangat lah bosan tidak tahu mahu buat apa.. so, aku dah mula ajak mak aku membuat kuih raya. tapi mak aku pulak tak nak. awal lagi katanya. haish. baru je berkobar-kobar nak buat kuih raya ni.

sekarang ni tengah lagi fikir-fikir nak buat kuih raya apa tahun ni. sebab ayah aku cakap, tahun ni kuih raya kena buat je. takkan nak buat 5 atau 6 jenis je. macam sikit la pulak. nak la buat lebih sikit. tapi selalu kuih raya ni sampai habis raya pun tah habis lagi. malas nak makan. 

disebabkan menganggur dekat rumah puasa ni, maka boleh la nak habiskan masa touch up baju raya dengan sepenuh masa. tak ada la dah malam raya baru nak touch up dengan manik-manik dah. ^__^

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...