Showing posts with label pregnant. Show all posts
Showing posts with label pregnant. Show all posts

Wednesday, October 29, 2014

kisah pregnant : check up 36 minggu

Alhamdulillah...


kandungan dah 36 minggu. Isnin lepas dah mula check up di hospital dan dah mula kena check up seminggu sekali. Penat check up ni. Sebab kena tunggu lama. Lenguh pinggang kaki semua. Tapi seronok.. Sebab dapat tengok perkembangan baby. :)


Alhamdulillah, scan baru ni, kedudukan baby elok je. Kepala dekat bawah. Dah masuk pun laluannya. Semoga dipermudahkan bersalin nanti.


Dan doktor kata baby dalam perut ni "semangat". Hihi. Dah 3kg dah rupanya. Patut la berat semacam. Tak sia-sia hari-hari berdoa supaya baby dalam kandungan membesar dengan sihat dan sempurna. Ni memang nak ikut jejak aku ni. Dulu aku lahir berat 4kg. Hihi.


Cuti bersalin pun dah minta. Sedih juga sebab cuma dapat 2 bulan je. tak aci betul beza-bezakan staff kontrak dengan permanent. Dah 2 tahun kot kerja. Hukhuk. lagi 2 minggu lebih je nak bercuti. Yeahhhhh. ^__^

Monday, October 13, 2014

pregnant minggu ke 34



Alhamdulillah. Harini dah masuk 34 minggu 3 hari. Baru je selesai check up. Last check up dekat klinik. Lepas ni dah kena check up dekat hospital pula. Adehhh. Malas nak ke hospital yang jem ituuu..


Sekarang ni, badan dah makin berat. 80kg koooo. Nak pengsan kejap tengok timbang tadi. Patut la berat betul nak membawa badah ni. hukhuk. 24kg naik sepanjang pregnant ni. Syabas Anis!!!


Bila dah berat ni, badan makin cepat penat. Berdiri lama tak boleh. Duduk lama tak boleh. Baring lama pun tak boleh. Semua serba tak kena dan tak selesa. Tapi rasa macam magic sebab bila baby gerak-gerak dalam perut, rasa seronok sangat. Rasa dah tak ingat perasaan-perasaan yang tak best tadi. 


Kerja rumah pun banyak suami yang buat. Kadang-kadang masak pun suami yang buat. Dah tak larat nak berdiri lama dekat dapur tu. 

http://photos-h.ak.instagram.com/hphotos-ak-xaf1/10727328_1481675195445095_750596791_n.jpg

Haa... Bila aku yang masak, menu simple macam ni je lah yang mampu aku hidangkan. Nasib baik suami jenis yang tak merungut dan tak kisah. 


Sebenarnya, masak bihun goreng ni pun aku google resepi tau. Haaa.. Ini la padah bila sebelum kahwin tak pernah pegang periuk. Jadi lepas kahwin, nak masak apa je pun, harus aku google dulu. Google senyap-senyap tak nak suami tahu. Hikhik.


Jadi akak-akak sekalian yang selalu berkongsi resepi dekat blog, terima kasih banyak-banyak sebab sangat berguna untuk orang macam aku ni, Heeee..

Wednesday, October 8, 2014

mengandung jangan malas-malas okeyhhhh!



Hari ni mood ke laut sikit. Baru masuk kerja lah katakan. Dengan malam tadi tak boleh tidur. Menangis sakit perut dengan ari-ari. Langsung tak selesa nak tidur. Hukhuk. 


Sekarang ni sakit di bahagian ari-ari dengan atas perut makin terasa. Duduk lama sakit. Baring pun sakit. Sampai tak tahu dah nak relax macam mana. Baru 32 minggu. huuu..Nak menghadap minggu-minggu seterusnya.


Alhamdulillah, ada rezeki lebih, raya hari tu aku dan suami ada join korban lembu dengan family. Biasalah duduk kampung. Gotong royong memang dah jadi amalan. Dari tua ke muda ke budak. Semua turun padang. Meriah. 4 ekor lembu selamat dikorbankan pagi tu.

sesi melapah lembu.


Sebab keadaan aku yang sakit dan tak daya nak bergerak banyak, maka aku duduk diam-diam dekat kerusi. Sambil minta tolong adik-beradik ambilkan makanan itu dan ini. Heeee. Kuat makan lah katakan. 


Dan ada lah suara sumbang yang mengata aku ni pemalas. Duduk je kerjanya. Bandingkan pula aku dengan seorang lagi yang mengandung yang jalan kehulu kehilir. Panas je hati dengar.


Kadang-kadang orang ni tahu mengata je. Dia tak tahu kehidupan harian kita macam mana. Bukan dia duduk dengan kita. Kita kerja keluar subuh balik maghrib. Naik tangga hari-hari 5 tingkat. Dekat office jalan sana jalan sini. Takkan itu kita nak bagi tahu diorang supaya faham, Ye Dok.?


Jadi kesimpulannya, lantak lah orang nak kata apa. Bukan dia tahu apa yang kita rasa. ^___^

Thursday, September 25, 2014

pregnancy minggu ke 31

Assalamualaikum..


Alhamdulillah..Hari ni kandungan dah cecah 31 minggu 6 hari. Means dah nak masuk 32 minggu. Badan makin berat dan jadi cepat penat. Nak naik rumah tingkat 5 pun dah mengah-mengah. Sampai rumah memang terlentang je lah atas katil. Heee.


Sekarang ni selalu sangat rasa sakit dekat tulang rusuk kiri. Rasa macam sakit + sengal. Entah nak cakap macam mana. Sebab apa ye? Baby sepak-sepak ke? Huhu. Sebab scan hari tu, memang kaki baby dekat situ. 


Lepas dah kurang sakit tulang rusuk tu, sakit kat bahagian bawah dia pula. Bahagian perut kiri atas. Haaa.. Macam mana tu. Huhu. Tak tahu nak bagi tahu sakit tu macam mana. Tapi bila tekan-tekan lagi sakit. Macam sakit bengkak gitu kot. Duduk tak selesa. Baring pun rasa tak selesa. 


Jadi, nak minta pandangan akak-akak yang berpengalaman. Heee.. Almaklumlah, ni first pregnancy. Banyak benda tak tahu. 



Friday, September 12, 2014

check up pregnant - berat naik mendadak lagi

Al kisah last month berat naik 3.5 kg.  Rupanya bulan ni lagi teruk! Hurmmm. Penat control makan. Tapi sudahnya,

naik 5kg kauuuu.

Dah, stress. Tak nak control makan dah. Badan tetap naik. Terpaksa la tadah tekak minum air gula minggu depan. T___T


Dan lagi, scan baby tetap baby tak nak tunjuk jantina. Huhu. Seronok ye anak ibu ni nak bagi surprise dekat ibu abah.


Tak apalah, tunggu baby lahir je la baru tau boy ke girl.. Heee..

Tuesday, September 2, 2014

the chubby me!!!

Photo: Ramai mula pulang.. Anis Hana 

Buka facebook semalam, suami tag gambar ni..
huwaaaaa.. nampak sangat kegemukan di situ.
sobs. sobs.
boleh ke nak kurus lepas bersalin nanti... T___T

Friday, August 29, 2014

hari-hari survey barang baby online

Sekarang ni, hari-hari aku dok survey barang baby dekat internet. Nak survey jalan-jalan memang malas lah sekarang ni. Berat nak membawa badan. Baru jalan-jalan shopping sikit, habis sakit badan, sakit kaki. Normal ke sakit-sakit kaki ni ye? 


Maka, ulang alik la survey online. Siap konon-konon nak beli, tapi tak beli-beli. Sebab kompius. Mahal ke tak? Ke dekat luar lagi murah? Membazir ke tak beli benda ni, benda tu? Last sekali, apa pun tak beli lagi. Hihi.


Lagi seronok godek-godek barang baby dekat instagram. Kalau ikut nafsu, macam-macam nak beli. Comel kot. Tapi tahan je. Tak nak membazir. 


Petang ni nak pergi rumah akak dekat Port Dickson. Dia dah suruh ambil barang-barang anak dia yang banyak tak pakai. Heeee.. Dah boleh jimat. Yeayyyy!!


Wednesday, August 13, 2014

6th month pregnancy check up

Assalamualaikum. Alhamdulillah. Semalam dah buat pregnancy check up. Kandungan dah 25 minggu sekarang ni. Sekejap je rasa. Means dah 6 bulan juga aku kahwin.. Huhu.


Kisah check up semalam, berat aku naik 3.5kg kooo. Ni la akibat raya punya pasal. makan tak hingat kan. Sekali berat naik mendadak. Dan nyaris juga kena minum air gula sebab berat naik. Tapi sebab umur masih 25 tahun, doktor still consider lagi. Dia nak tengok next month macam mana. 


Maksudnya sekarang ni aku kena kawal nafsu makan. Tapi baru je breakfast ni habiskan sebekas nasi goreng. T___T


Alhamdulillah sepanjang pregnant ni, aku tak ada morning sickness. Sihat walafiat. Sekali je muntah. Cuma.... Nafsu makan tu sangat membuak-buak dari mula pregnant lagi. Kalau dulu berat 56 kg, sekarang dah 71 kg. Huwaaaa...


 

hahaha..bulat kan. 


alkisah check up semalam juga, dapat la scan baby dalam perut ni. Alhamdulillah, baby sihat. Cuma, memang baby nak surprisekan ibu dan abah dia ni. Baby tak nak tunjuk jantina. Main sorok-sorok ye. 

 

Monday, August 11, 2014

Baby Boy or Baby Girl?

Assalamualaikum...


Alhamdulillah. Sekarang ni kandungan dah masuk 6 bulan. Makin cepat penat dan sakit kaki. Tapi still nak banyak berjalan juga. Aktif berjalan survey barang bay dan aktif juga pergi open house, kenduri kendara rumah orang. Makan wehhhh. Siapa tak nak.


Sekarang ni dah ramai mula bertanya jantina baby. Baby boy or baby girl?? Heeee. Tak boleh nak jawab lagi sebab tak scan pun lagi. Rasanya macam nak surpriseee. Tak nak tahu jantina. Tapi bile survey barang baby, rasa macam payah pula bila tak tahu jantina ni kan. nak cari yang unisex macam payah je.


Tapi seriously naluri aku kuat rasa baby girl. Entah kenapa. Tapi aku tak kisah perempuan atau lelaki. Yang penting sihat walafiat. ^___^

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...