assalamualaikum semua..
weekend hari tu agak tak ada kerja nak buat. tak juga keluar ke mana-mana. so, masa banyak dihabiskan belajar quilling. try punya try, best jugak rupanya. cuma penat nak potong-potong kertas. nak cari mini paper shredder tu payah jugak.
ni lah antara hasilnya. bunga-bungaan.
lepas aku memperkenalkan aktiviti quilling ni dekat adik aku,
azee. dia pun dah mula ketagih buat benda alah ni.
meja bersepah tu memang normal lah kalau main dengan kertas ni. tengah kitorang sebuk buat quilling ni, adik bujang aku pun sibuk je nak komen. dia kata
"asyik bentuk sama je." ahhh..sibuk je. tapi adik bujang aku tu pun sibuk jugak menyemak nak join quilling ni.
see..hasil qulling adik bujang aku tuh. nak buat motor kononnya. cheh!