Showing posts with label artis. Show all posts
Showing posts with label artis. Show all posts

Sunday, June 24, 2012

alahai azwan ali - masterchef celebrity

rancangan masterchef celebrity ni memang rancangan wajib tengok lah sekarang ni. sampai dah minggu keberapa ni, tak pernah terlepas lah. 


mula-mula tengok dulu, memang menyampah sangat tengok azwan ali tu. sebab? sikit sikit nangis. sikit sikit nangis. alahai....tension tengok.


tapi sekarang ni, seronok pula tengok si azwan ali ni. walaupun mulut dia bising, tapi dia sangat lah ikut kata. orang suruh buat itu, dia buat. suruh buat ini, dia buat. dia pun tak malu nak tanya itu ini dengan orang. tak macam sesetengah yang agak bossy. hakhak.


bila fikir balik, kalau lah si azwan ali tu keluar, mesti tak meriah dapur tu kan. so, jangan keluar lagi lah ye azwan ali.. haha. tetiba je cerita pasal artis.

Friday, May 11, 2012

contest by nora danish

assalamualaikum semua..:)


saya meminati pelakon nora danish kerana i love her soooo much!! kagum sangat tengok, walaupun nora danish dah ada anak, tapi nora sangat-sangat macam gadis remaja. kalau saya ada anak nanti, nak nampak remaja macam dia!! nora danish pun boleh berlakon jadi keanak-anakan and jadi wanita matang. jadi sangat tau.

jom join contest by nora danish jom. bukan senang dapat join contest artis ni. ^__^  nak join, klik sini ye.



p/s : sorry sangat dekat semua sebab hari ni agak busy. tak mampu nak blogwalking. balas komen. tengah kejar deadline hantar sebut harga ni.

Monday, May 7, 2012

siti nurhaliza berselendang agak litup

assalamualaikum semua..:)


seperti biasa, seperti hari-hari lain. rutin harian adalah bukak beautiful nara. nampak sangat suka baca gosip artis. hakhak. seronok apa baca tentang dunia hiburan. mana tau ada gosip-gosip hangat. ^__^


hari ni bila bukak beautiful nara, tengok gambar siti nurhaliza pakai selendang yang agak litup jugak la. cuma nampak leher sikit. copp..bukan nak gosip tentang nampak leher ke apa tau. cuma aku rasa siti nampak cantik sangat. nampak lebih muda bila pakai selendang macam tu tau..


kredit gambar : beautiful nara


cop...siti nurhaliza dan khairul famhi? itu gambar masa ujibakat simplisity star search. khairul fahmi kan salah sorang duta untuk perfume simplysiti. nak tengok lagi gambar siti? pergi terjah post siti nurhaliza di KB mall untuk simplysity star search.

siapa hermantino?

assalamualaikum dan semat hari isnin semua..:)


hari sabtu lepas, sementara tunggu ayah tengah menyelesaikan sedikit urusan, duduk jelah melangu tak tahu nak buat apa. datang seorang pakcik dan dua orang makcik. seperti biasa, hadiahkan senyuman. :)


pakcik tu sangat lah peramah. macam-macam ditanya nya. buat urusan apa. dari mana. duduk mana. kerja mana. aku pun jawab je lah. bila pakcik tu tak tnya dah, aku senyap lah termenung semula. bila pakcik tu tanya lagi, aku jawab lagi.


last sekali, pakcik tu bagi soalan cepu emas dekat aku.

pakcik : kenal saya tak?
aku : tak. (sambil senyum dan buat muka pelik.)
pacik : saya hermantino.
aku : oooo..(sambil senyum lagi..)


perghh. jujur je aku cakap tak kenal. memang ku tahu siapa itu hermantino. tapi jujur aku tak kenal rupanya macam mana. -__-"  maaflah pakcik. mesti dia rasa bebudak sekarang tak kenal artis dolu-dolu ni. satu family gelakkan aku hari tu.

Monday, February 27, 2012

gambar kahwin ana raffali yang cantik

selepas melihat gambar nikah ana raffali.
terus tiba-tiba rasa teruja.
"wehhhh, cantik la.."
"baju dia pun cantik sangat..tak over.."
"cantik la ana raffali ni pakai tudung.."
"muka ana raffali ni nampak berseri sangat.."
semua ni kata-kata dalam hati je..
sebab sebelah-sebelah kiri kanan tak ada orang..
haha.




gambar pertama : gambar kasut.
cantik kan kasut ni..
kan kan kan.
nak cari buat kasut raya tahun depan lah.
lepas tu tanah lecak sebab hujan.
-___-"


cantik kannnnn....

 double cantikkkk...





Thursday, January 19, 2012

hrithik roshan handsome wehhh..

sumber : beautifulnara


alahai. handsome lah dia.
cuma, butang baju tu kena lah tutup sikit.
mesti lagi smart.


yang penting dia handsome.
haha. serious ini entri tak de kerja namanya.

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...