Showing posts with label simply sity. Show all posts
Showing posts with label simply sity. Show all posts

Monday, June 24, 2013

Borong simplysiti

Tadaaaaaaa....


Borong barang simplysiti dekat guardian khamis lepas.
Total RM 198.
  
Ada sale time tu.
And bila kira semula,
Aku dapat jimat hampir rm100 di situ. 
Happppyyy!

Yang best dengan simplysiti ni, dekat facebook dia, dia akan update setiap sale yang dibuat.
Sale dia lain-lain tau.
Kat guardian lain, kat watson lain, kat tesco lain.
Yang penting tiap tempat lain lahhh.


Sooooo...harus bijak pilih tempat yang tawarkan sale terbaik!

Friday, October 19, 2012

review produk : simply siti bejeweled powder foundation

salam jumaat semua... ^__^


kali ni aku nak review simply siti bejeweled powder foundation.


seee. blink blink gituu kan. sebelum ni aku pakai compact powder 2 way cake tu je. memang syokkk sangat. after 10 months, baru bedak tu habis. lama betul bedak tu bertahan.  bila pergi watsons hari tu, compact powder 2 way cake tu tengah tak ada sale.  so, harga dia dalam RM60 macam tu la. and, aku nampak bedak kat atas tu tengah ada sale. harga dalam RM48++ . kalau tak harga dia RM60++ jugak lah. so, aku pun beli lah yang murah sedikit kan. jimattt. yang penting, simply siti. haha.. ^__^



ni dalam dia. aku ambik kaler medium. dia ada dua kaler je. light and medium. and haruslah ambik medium kan. bukannya aku putih pun. kang ada yang jadi tepung gomak. haha. tapi sebenarnya, kaler medium pun agak cerah jugak. tak ada lah gelap pun kaler dia.


kalau nak dibandingkan dengan compact powder 2 way cake, saiz bejeweled powder foundation ni agak kecik sikit. sikit je lah. lagipun dia tak ada penutup dekat bahagian bedak tu. and bagi aku, aku suka lagi pakai compact powder 2 way cake. sebab lebih gebusss gebuss gitu. yang bejeweled ni pun gebus, lembut jugak. tapi mungkin dah pernah pakai yang lagi gebusss kan.


and aku rasa, bejeweled powder foundation ni tahan lama juga. sebab dah berkali-kali tenyah dekat muka, logo simplysiti dekat atas bedak tu still belum hilang. mungkin the next 10 months baru habis jugak kot. huhu. 


p/s : aku bukanlah peminat siti. seriously, dulu-dulu, aku tak minat pun dia. biasa-biasa je. tapi sejak dia ada produk ni, aku suka pulak. haha. dan memang aku suka produk-produk dia. ^__^





Monday, May 7, 2012

siti nurhaliza berselendang agak litup

assalamualaikum semua..:)


seperti biasa, seperti hari-hari lain. rutin harian adalah bukak beautiful nara. nampak sangat suka baca gosip artis. hakhak. seronok apa baca tentang dunia hiburan. mana tau ada gosip-gosip hangat. ^__^


hari ni bila bukak beautiful nara, tengok gambar siti nurhaliza pakai selendang yang agak litup jugak la. cuma nampak leher sikit. copp..bukan nak gosip tentang nampak leher ke apa tau. cuma aku rasa siti nampak cantik sangat. nampak lebih muda bila pakai selendang macam tu tau..


kredit gambar : beautiful nara


cop...siti nurhaliza dan khairul famhi? itu gambar masa ujibakat simplisity star search. khairul fahmi kan salah sorang duta untuk perfume simplysiti. nak tengok lagi gambar siti? pergi terjah post siti nurhaliza di KB mall untuk simplysity star search.

Wednesday, April 25, 2012

i love simply siti compact powder!!

assalamualaikum semua..:)




lepas 4 bulan berbedakkan bedak simply siti ni, terasa macam "wahhhh..i really love this compact powder!!" tak takk. tak ada lah over sangat macam tu sebenarnya. cuma rasa tak rugi beli bedak nih. lepas ni boleh beli lagi. kenapa kenapa dan kenapa?


sebab jimat. mula-mula nak beli tu memang rasa mahal. 50 hinggit kot. waktu tengah belajar dulu, tak ada maknanya lah nak beli. baik shopping baju. -__-"  sebelum ni beli compact powder yang harga belasan-belas ringgit tuh. banyak kan. macam-macam jenama ada. pilih je mana nak.tapi pakai sebulan dua, dah nakpak besi bawah tu. (means dah nak habis lah bedak tu.) tapi pakai bedak simply siti ni, even dah 4 bulan, nampak macam tak luak lagi. 


kalau bab tekstur bedak tu, tak tahu lah. sebab tak berapa ariff dalam bab tu. tapi yang penting memang best!! tak payah susah-susah nak pakai foundation dah. ^__^

Friday, December 23, 2011

review product compact powder simply sity


ececeh..dah pakai simply sity pulak ko ye anis..

nak bedak yang mahal je. pakai je la yang murah tu. 


sebenarnya, aku takde pun plan nak beli bedak ni..
ye la, make up pun dah jarang sekarang ni.
tapi hari tu akak aku pesan suruh beli compact powder simply siti ni.


aku pun dengan baik hatinya jalan-jalan la tengok product simply sity dekat sogo.
belek punya belek..
tengok-tengok tengah sale wehhh..
harga dalam RM47.80 gitu la..
selalu kan RM 50+++
mana nak menahan ikut beli..
alih-alih, terbeli jugak. =__=


promoter pulak lelaki yang lembut sikit tu..
memang dia promote terus cair aku.
copp..bukan cair aku suka kat lelaki lembut tu.
tidak sama sekali..
maksudnya, cair terus hati aku nak beli..haha..


ni perbualan aku dengan promoter tu.

aku : saya sesuai bedak kod berapa ye?
promoter : emmm..kod 3 rasanya.
aku : ouh..ok.
promoter : ehh..tak..saya bukan nak cakap u gelap tau.
aku : (dalam hati aku, aku tak terasa ponnn. haha)
aku : eh. takpela..memang saya nak cari yang betul-betul match dengan kulit saya pun..

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...