Showing posts with label fesyen. Show all posts
Showing posts with label fesyen. Show all posts

Saturday, May 12, 2012

tampil berseluar jeans di majlis doa selamat

assalamualaikum semua..:)


siapa tak kerja hari ni? jeles ni dengan orang-orang yang cuti hari ni. sebab aku kena kerja. -___-" nak cuti nak cuti nak cuti. heh. mengada sungguh. haha.


pagi tadi, dapat mesej dari bos. jemput majlis doa selamat dan bacaan yassin sempena pembukaan reban baru dia pukul 10 pagi. perghh..dah nak pergi naik kereta, baru perasan mesej tu. hari ni sabtu, haruslah dah siap-siap pakai blouse dengan jeans sahaja. nak tukar memang tak sempat lah kan. mula gelabah tak pasal-pasal.


laju-laju capai baju kurung yang tak payah nak iron dengan tudung. sumbat je dalam kereta. nanti dekat office je lah baru salin. sampai office, tengok semua pakai seluar je. sebab semua kes tak sempat nak salin baju dah. diorang pakai seluar, haruslah aku ikut diorang sekali kan. maka, akan lah kami ke majlis doa selamat dan bacaan yassin dengan hanya berseluar jeans. tapi mungkin pergi lewat sikit kot. segan nih. -___-"

Friday, May 4, 2012

sepit-sepit rambut kecil lagi comel

assalamualaikum semua..:)


alkisahnya waktu jalan-jalan cuci mata haritu, jumpa sepit-sepit rambut comel-comel. terasa macam, "wahhhh..comel banget ni..." colourful lagi. nak beli untuk diri sendiri? haruslahhh tidak. tak kuasa duduk rumah nak hias-hias rambut bagai barbie doll. lepastu rambut dah comel-comel, bantai baring-baring, golek-golek tengok tv. -__-"


disebabkan masa tu anak sedara ada dekat rumah, terus terasa nak beli untuk hana mustika. bukan beli seketul dua tau. berketul-ketul. rasanya berpuluh bijik ada. haha. gila punya mak ngah. "nasib lah tika dapat mak ngah macam ni." siaplah rambut tu nak dikerjakan.


 keluar je kedai, terus aku sepit rambut budak tu. haha


 haa..nampak comel sikit ada aksesori rambut tu..


ni masa dia nak balik port dickson dah hari tu.
haruslah aku yang mendandan si kecik ni.
kan nampak gugurl banyak sepit tu. ^__^

Tuesday, January 31, 2012

tudung pilihan kaum hawa

 antara shawl, tudung bawal dengan tudung awning,
yang mana menjadi pilihan anda?


pilihanku pula...

 selendang?
 selalu pakai bila naik motor.
senang sebab bila pakai helmet, tak la kelepet kelepet.

tudung bawal?
 pakai bila tengah rajin sebab malas nak gosok gosok.

  
 tudung awning?
tudung pilihan sekarang.
sebab selalu malas iron, malas lilit-lilit.
sarung je. cepat dan ringkas.
keluar jalan-jalan pun selalu pakai tudung ni je.
^__^


coppp..kenapa pose ambek gambar tu sama je. =___=


Saturday, December 24, 2011

girang gumbira dapat beli beg murah dan cantikkkkk

jumaat lepas aku pergi ke masjid india.
memang lama sangat aku tak ke sana.
tapi hari tu hujan, maka tak dapat aku nak merewang sampai ke jalan TAR. sob sob.


tapi, disebabkan aku berteduh dekat bazaar masjid india yang berbumbung tu dalam jangka masa yang lama..
maka...dapatlah aku hasilnya yang sangat membuatkan hatiku melonjak girang gumbira..





see..dua bijik beg tangan aku dah sebat. 
padahal ada lagi tu yang berkenan dekat hati..
tapi terpaksa menahan diri ni kuat-kuat supaya tak tergoda..
tapi ye la..murah sangat..
2 bijik ni baru RM26..
maksudnya, sebijik RM 13 je la..
aku tengok kat uptown, beg sebijik macam yang merah tu RM25. 
nasib baik aku dah beli dulu..hihi



 ni bahagian dalam beg warna hitam tu.
dalam dia memang macam wallet..siap ada tempat letak kad-kad lagi..
tu yang memang aku suka sangat tu..
tak pernah lagi aku ada beg macam ni..^__^



kata hati : haishh..macam nak pergi lagi je masjid india nih..

Monday, December 19, 2011

baju ropol-ropol memang feberet lah..


ohhhh.. seronok dapat menghabiskan duit. 
sebab dah sangat teringin nak membeli, terus kebas satu baju. tu lah bila dah masuk 1 kedai baju yang sangat best. baju semua cun-cun. sangat geram nak beli banyak-banyak.
nasib baik aku masih boleh nak kawal nafsu ni.
kalau tak memang lebih la aku bawak balik. heeee..

aku memang suka baju ada ropol-ropol macam tu. 
bak kata ayahku, "baju zaman 50an."
rupanya aku ni berjiwa klasik ye..
yang penting baju ni labuh dan longgar. 
selesa dan tak payah nak tarik-tarik baju..

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...