Showing posts with label baby. Show all posts
Showing posts with label baby. Show all posts

Friday, April 17, 2015

review : nasal aspirator (sedut hingus baby)

https://igcdn-photos-h-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xaf1/t51.2885-15/10986190_1548149558768631_1338667964_n.jpg 

Ni nasal aspirator brand pigeon. Nasal aspirator first yang aku beli. Tak ingat rm berapa. Rasanya tak sampai RM20 kot. Bagi aku, nasal aspirator ni best guna. Hingus tu pun duduk bertakung je dalam tabung tu.

Tapi terpaksa buang sebab anti backflow dia dah tercabut cabut. So, dah beberapa kali aku dengan suami termakan hingus husna. haha. Tapi puas hati la semamng memang kitorang guna dengan sangat-sangat kerap.

Lepas tu nak beli baru. Aku cari brand ni tak jumpa dekat Manjaku. Dah habis stok katanya. So, nak tak nak aku ambik brand Autumz. RM29.90. Bapak mahal. Ke sebab GST??

Autumnz - Nasal Aspirator - Click Image to Close 
Ni benda alahnya.. Nampak tak gambar tu?

Autumnz - Nasal Aspirator

Ni la rupanya. Yang bestnya, nasal aspirator autumz ni lebih lembut dekat corong hidung tu. Pigeon lebih keras. Tapiii yang tak bestnya, nasal aspirator ni kalau tungang tebalik, hingus tu keluar semua kat corong tu. So, aku prefer brand pigeon lagi.


Husna sekarang anti wooo dengan benda alah ni. Dia akan tarik dan pegang kuat-kuat.

Thursday, September 11, 2014

Rezeki Baby - Tilam Kekabu

Alhamdulillah...

Dalam mencari-cari tilam baby, yang rata-rata tengok mahal-mahal semuanya. Ada kawan office hadiahkan tilam dekat atas ni. Syukur sangat. 


Sebab tak tahu baby boy atau girl, dia belikan je dulu warna biru. Lelaki ke Perempuan ke, boleh je pakai. 


Murah rezeki anak ibu ni. ^__^

Wednesday, September 3, 2014

bermula pencarian pusat asuhan

Sebagai bakal ibu yang bekerja sepenuh masa, confirm dah terfikir siapa yang akan jaga baby bila dah lahir nanti. Kalau ikutkan hati, memang nak menjaga sendiri. Tapi duduk KL macam ni, memang sesak kalau tak kerja.


Mak dekat kampung dah banyak kali offer nak jagakan baby nanti. Tapi aku tekad cakap tak nak! Bukan apa, kalau boleh aku nak tengok sendiri perkembangan baby setiap hari. Nak jaga sendiri. Nak rasa sendiri pengalaman seorang ibu. 


Sekarang ni aku kompius sama ada nak mencari pengasuh yang mengasuh di rumah atau hantar ke taska. -___-" Officemate ada hantar anak dia dekat pengasuh di Wangsa Maju ni. Tapi harga dia. RM400. erkkkkk. Telan air liur kejap. Memang range harga macam tu ke?


Semoga urusanku dipermudahkan.

Friday, August 29, 2014

hari-hari survey barang baby online

Sekarang ni, hari-hari aku dok survey barang baby dekat internet. Nak survey jalan-jalan memang malas lah sekarang ni. Berat nak membawa badan. Baru jalan-jalan shopping sikit, habis sakit badan, sakit kaki. Normal ke sakit-sakit kaki ni ye? 


Maka, ulang alik la survey online. Siap konon-konon nak beli, tapi tak beli-beli. Sebab kompius. Mahal ke tak? Ke dekat luar lagi murah? Membazir ke tak beli benda ni, benda tu? Last sekali, apa pun tak beli lagi. Hihi.


Lagi seronok godek-godek barang baby dekat instagram. Kalau ikut nafsu, macam-macam nak beli. Comel kot. Tapi tahan je. Tak nak membazir. 


Petang ni nak pergi rumah akak dekat Port Dickson. Dia dah suruh ambil barang-barang anak dia yang banyak tak pakai. Heeee.. Dah boleh jimat. Yeayyyy!!


Monday, August 25, 2014

baju first untuk baby

Ni lah dia barang first untuk baby nanti. Huhu. Ni pun sebab kebetulan jalan-jalan dekat parkson semalam. Suami tanya, "Cukup ke sepasang je?" 

Heee.. Cukup je dulu. Nanti jalan-jalan lagi, jumpa lagi, beli lagi. Nanti setiap tempat beli banyak, dah jadi menimbun. Sebab tak baby ni main sorok-sorok jantina, maka kita beli lah warna yang unisex. ^__^


Thursday, August 14, 2014

beli stroller graco second hand

Memang sebelum ni dah ada survey-survey stroller untuk baby nanti. Tapi semua harga mak datuk kau. Mahal. Mula-mula cadang nak grab Halford. Dah bajet-bajet dalam RM800 ++ macam tu. 


Tapi masih lagi survey stroller lain yang lebih murah. Sebab target aku dengan sumai nak beli yang jenis travel system tu. Yang siap ada car seat. Jumpa online jenama Mydear, RM500. Dah siap ambik contact number dah untuk contact nanti.


Hari selasa lepas, saja je jalan-jalan pergi Shah Alam dengan suami. Masuk Cash Converters dekat Shah Alam tu.Sekali pusing-pusing, "Eh..Ada stroller la." Siap ada carseat yang macam kitorang nak. Belek-belek, tengok okay lagi. Perfect. Cuma ada la kotor-kotor sikit tu. Biasa la kan. Tengok harga. RM199. Wahhhh. Murah sangat dah ni. Lama giler kitorang belek-belek. Dan lama juga kitorang memikir nak beli ke tak nak. Last sekali, hambik je la. Sebab rasa dah banyak sangat boleh jimat.

Ni stroller yang dah attach dengan carseat tu.

Dan ini car seatnya.

Ha...besar gedabak kan stroller ni. Nasib lah aku beli kereta bonet besooo..haha.


Bagi aku berbaloi juga beli. Lepas ni kalau baby dah besar, nak tukar stroller yang kecik dan ringan pun, tak la rasa ralat sangat. Sebab aku beli stroller ni dengan harga yang dah murah sangat. ^___^


"Sorry sayang...barang second hand je yang ibu bagi kat awak ye.."

Friday, May 4, 2012

sepit-sepit rambut kecil lagi comel

assalamualaikum semua..:)


alkisahnya waktu jalan-jalan cuci mata haritu, jumpa sepit-sepit rambut comel-comel. terasa macam, "wahhhh..comel banget ni..." colourful lagi. nak beli untuk diri sendiri? haruslahhh tidak. tak kuasa duduk rumah nak hias-hias rambut bagai barbie doll. lepastu rambut dah comel-comel, bantai baring-baring, golek-golek tengok tv. -__-"


disebabkan masa tu anak sedara ada dekat rumah, terus terasa nak beli untuk hana mustika. bukan beli seketul dua tau. berketul-ketul. rasanya berpuluh bijik ada. haha. gila punya mak ngah. "nasib lah tika dapat mak ngah macam ni." siaplah rambut tu nak dikerjakan.


 keluar je kedai, terus aku sepit rambut budak tu. haha


 haa..nampak comel sikit ada aksesori rambut tu..


ni masa dia nak balik port dickson dah hari tu.
haruslah aku yang mendandan si kecik ni.
kan nampak gugurl banyak sepit tu. ^__^

Thursday, May 3, 2012

hana mustika the gadis motor

assalamualaikum semua..:)



hana mustika bersama motor barunya.


sebelum ni dapat hadiah kereta baru dari embahnya. kali ni motor baru dari tok k nya. untunglah jadi cucu sulung. balik kampung je dapat barang. belum masuk baju-baju lain lagi. perghh..tak muat kereta daddy dia nak sumbat barang. haha. lain kali balik kampung kena bawak lori.



gambar first tadi nampak macam lelaki. gambar second ni gugurl sikit. siap pakai gaun. seksiiii.sebab si tika ni baru nak masuk 7 bulan, harus lah dia tak pandai lagi naik motor tu sendiri. kaki pun tak sampai. haha. kena pegang. tok k nya memang tak sabar sangat nak belikan motor ni. dari sebelum lahir lagi nak belikan motor ni. padahal tika ni baru belajar meniarap. kihkih.


baru selasa lepas tika balik port dickson. dah rindu pulak dekat dia. tak sabar nak tunggu cuti sekolah. tunggu tika balik kampung lagi.

Thursday, March 29, 2012

bergaya dengan apron baru

"mak ngah..cepat lah suapkan tika makan ni..tika dah ready dengan apron tau.."


"erkkk..alhamdulillah..thank you mak ngah.."


geramnya dengan budak sorang ni.
si bulat bulat.

Monday, March 19, 2012

jom hisap ibu jari kaki


anak sedara aku,
hana mustika dah mula nak belajar hisap jari kaki.
jenuh ditarik-tarik kaki dia tu.
kaki berat sangat.
payah la sikit nak tarik ke mulut.


sebab mummy dia kata, 
hisap jari kaki ni adalah salah satu perkembangan baby,
so, biarkan saje dia berusaha hisap jari kaki tu.

Saturday, February 4, 2012

awas. BMI baby di tahap maksimum

ini anak buahku.
HANA MUSTIKA.
sekarang dah nak masuk 4 bulan.
berat : 6.7 kg.
BMI dia sudah di tahap maksimum.
patut la bulat betul si gendut ni.
baru start bagi makan nestum sikit-sikit.
tapi dah kena warning dengan doktor.
haha.
tapi sebab dia bulat, ramai pulak yang suka dukung dia.

Wednesday, January 25, 2012

seronok bercuti lama-lama

akhirnya keseronokan bercuti selama 4 hari dah barakhir.
sila menyambung kerja masing-masing ye.


mesti ramai yang pergi bercuti kan hari tu.
and mesti ramai jugak yang balik kampung kan?
aku?
menghabiskan masa melayan anak buah je dekat rumah.




inilah si gendut hana mustika.
makin hari makin gendut.
^__^

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...