Showing posts with label kahwin awal. Show all posts
Showing posts with label kahwin awal. Show all posts

Thursday, February 16, 2012

jangan kahwin awal sangat

semalam seorang ibu telah berkata kepada anak perempuannya ini.
"kalau boleh, jangan la kahwin awal sangat. lepas umur 25 boleh la."


itu lah hati ibu kan.
dia tahu, bila anak perempuan berkahwin,
masa bersama keluarga pasti berkurang.


p/s : jangan risau mak, memang itu pun perancangannya. tunggu umur 25. ^__^

Monday, January 9, 2012

KAHWIN.

bila tengok kawan-kawan kahwin, hati mula cemburu.
"hei. nak kahwin jugak."

tapi..
dah bersedia ke jadi isteri?
(kenapa isteri je? sebab yang biasa cemburu ni namanya perempuan. hihi)

1) ada duit tak nak buat kenduri?
kalau setakat nak buat akad nikah takpe.
ni nak buat kenduri yang grand. 
nak baju cantik-cantik.


2) pandai masak tak?
kalau setakat pandai masak sup, tomyam, nasi goreng tu, bukan pandai masak lagi tu.
kena belajar lagi masakan lain yang beribu macam jenis tu.


3) rajin buat kerja rumah tak?
basuh baju, jemur baju, lipat baju, kemas rumah, masak, and segala macam jenis kerja rumah.
kalau hari-hari mak yang buat semua, boleh ke kita buat jugak?


4) mampu ke menjadi isteri yang taat pada suami?
kalau dulu suka keluar sesuka hati, boleh ke berubah?



rasanya banyak lagi kan persediaan untuk berkahwin ni.
sebenarnya, ini peringatan untuk diri sendiri.
sebelum ni cemburu tengok orang dah kahwin awal.

tapi lepas ditegur oleh si dia..
" kahwin ni bukan nak ikut-ikut orang. orang kahwin, kita pun nak kahwin jugak. kahwin ni masa depan. kena berfikiran matang. "

YA! ITU BETUL SEKALI.
sekadar gambar hiasan walaupun rasanya tak perlu. =__=

Thursday, December 1, 2011

hoitt..kau bila nak kawen?


kecoh kan benda alah ni pun nak tunjuk. hahaha. 


fuhhh..dah 4 tahun 4 bulan dan 4 minggu kitorang couple. kalau dah kahwin tu, anak dah dua dah. haha. tu kalau dah kahwin. itu cuma kalau. yang realitinya, masih belum lagi. kalau belum tu, diam-diam je lah.

bila dah kerja macam ni, mula lah orang tanya. "BILA NAK KAHWIN?"  tak pun, "BILA NAK BAWAK CALON BALIK KAMPUNG?"  haishhh. sabar-sabarlah dulu. masak pun belum expert lagi. macam mana nak masakkan makanan untuk anak orang. karang masak meggi je kang, ada yang pergi carik perempuan lain. 

so, buat masa sekarang ni, biarlah orang nak tanya apa pun kan. buat tak tau sudah..^__^

Monday, April 11, 2011

syoknya kahwin

hari tu aku ada buat entry tentang " perlu ke kahwin lepas belajar?"

entry ni telah di review oleh sis pinky momma.



kat bawah balasan komen sis pinky momma kalau orang ayik tanya je pasal kahwin ni.


best jugak idea sis pinky momma tu. cakap dengan nada kerek sikit..haha..

tak pun, tiba-tiba terfikir satu idea. orang tanya, jawab macam ni.

" esok pun boleh kahwin. yang penting tolong lah sponsor semua perbelanjaan ye."

haha..sekali kena pelempang sebijik.

Saturday, April 9, 2011

perlu tak lepas belajar terus kahwin?


tinggal lagi sebulan je dah nak habis belajar. lepastu boleh la praktikal dengan jayanya.. sumpah cuak ok.. bukannya ingat apa yang dah belajar dari first sem dulu tu.. semua hilang dah dari kepala otak ni..

dah nak habis belajar ni, mulalah orang-orang kampung bertanya..

"anis, bila nak bertunang?"

"dah habis belajar ni, kahwinla kan.."

"anis, nak tempah bunga telur?"

haish..tu baru berapa orang yang tanya.. awal lagi la nak kahwin.. baru 22 tahun.. nak kumpul duit pun tak sempat lagi... -__-'


terus mesej si dia : "jom kahwin yang.." haha..ini tipu..

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...