Showing posts with label kedai makan. Show all posts
Showing posts with label kedai makan. Show all posts

Wednesday, January 2, 2013

PAPA Seafood di kapar


kalau jalan dari kapar ke kuala selangor tu, ada dua kot kedai makan ni.
kalau dari kuala selangor ke kapar pulak, ada satu.
semua dekat area kapar ke jeram.


aku suka makan kat sini.
makanan dia sedap.
tempat dia pun selesa.



ni kerabu mangga.
mula-mula sampai tu, tengok macam pelik.
tak macam kerabu mangga biasa.
sekali makan, sedap rupanya.


hari tu kitorang makan biasa-biasa aja.
tomyam, telur dadar dengan kailan ikan masin je.
tu yang malas nak ambik gambar tu.
^__^



p/s : entri autopost. sebab sekarang ni tengah on the way pergi lapor diri dekat hq felda jalan semarak.
ohhh..nervous takut kena campak ke mana-mana.
wish me luck ye.
^__^

Friday, December 21, 2012

steamboat or seafood?

krismas ni nak celebrate anniversary my mom and my dad yang ke 27.
tapi disebabkan cuti aku habis, maka tidaknya aku dapat cuti isnin tu.
sobs sobs.


so, alang-alang sabtu ni dah balik kampung banting,
ingat nak singgah la celebrate makan-makan.


tapi sekarang ni dalam dilema.
sama ada seafood dekat bagan lalang,
ataupun steamboat dekat shah alam?


tanya abah, kompem lah abah nak seafood.
katanya makan steamboat tak puas.
haha.


tapi bila tanya mak, mak pulak nak makan steamboat.
sebab dah bosan ayik-asyik seafood je.
-___-"


kalau kat bagan lalang, seafood kat mana ye best?

Tuesday, October 9, 2012

tak nak makan dekat situ dah!

first time aku makan mee bandung yang tak rupa mee bandung langsung.
selalu kan kuah mee bandung warna merah kan.
ni warna putih-putih cream tu.
bau pulak bau maggi.
sekali rasa...
perghh. sah. rasa kuah maggi.
sekali rasa macam maggi sup. rasa lagi macam maggi kari yang cair gilosss.
haaa. agak-agak rasa apa.?
hahaha.
pelik gila lah dekat tukang masak tu.
tak kan tak tahu masak mee bandung langsung kot?
kalau rasa kurang sedap macam tak cukup perasa tu, boleh lah terima lagi.
ni tak, pakai perasa maggi.
masak sendiri dekat rumah boleh lah setakat nak pakai perasa maggi kot.
ni kedai makan tu.
mintak mee sup pun, tak ada nya orang pakai serbuk perasa maggi sup tu.
memang kompem, tak kan jejak ke situ lagi.


kedai tu dekat tanjung karang.
daripada tanjung karang nak ke sekinchan tu, dia selepas jambatan tanjung karang tu.
ada tulis char kuew tiaw penang sebesar alam.
hahaha. sebab char kuew tiaw tu la kitorang tergoda nak makan.
tapi tak sedap jugak.
-______-"

Tuesday, September 18, 2012

ice kiwi yang yummyyyy!!

ini cerita kurun ke berapa pun aku dah lupa. jumpa gambar dalam handphone. seriously dah lama giloss aku tak transfer gambar dari phone. hikhik. 



ni la ice kiwi nya. yummy sangat. ais kisar dia manis tau. lepas tu buah kiwi dia pun sesangat banyak. sampai tak larat nak habiskan. sebab buah kiwi tu bukan dekat atas tu je. sampai ke dasar mangkuk tu, dia letak buah kiwi tu. harga dia RM3.90. mungkin murah sebab dia pakai mangkuk polistrin je kot. haha. 




ni pilak ice strawberry. pon yummy jugak. yang bijik bulat-bulat tu apa ye? lupa laaa. sagu tak silap. sama macam ice kiwi tu, buah strawberry tu pun ada lagi kat dasar mangkuk tu. harga pon RM3.90 jugak.




copppp. ni seriously lupa apa nama dia. tapi atas tu ice cream. siap ada lapis cokelat lagi. bawah dia puding. aiskrim tu sedap. sebab siap salut coklat kan. tapi puding dia kureng. lagi pun memang aku tak suka makan puding. hihi. RM3.90 jugak kot. entah. lupa. kata dah berkurun lama dah kan. -___-"




sepinggan, kongsi 4 orang. heeee. ni sandwich cheese. sukaaaa. sedap sangat. rangup-rangup gitu. makan seketul pun dah kenyang. nasib kongsi 4 orang. ^___^  harga dalam RM8 tak silap. lupa lagi. -____-"


dah lama rasa tak buat entri makan-makan cenggini. ni makan dekat angel cafe, sungai besar. depan restoran sri kassim.

Saturday, February 11, 2012

mee udang banjir kuala selangor

 ini air carrot susu.
warna dia pelik sikit.
kekuning-kuningan
nak kata lebih susu, tak jugak.
rasa sedap je.

ini mee udang banjir.
harga : RM6.50
rasa sedap sebab cair je kuah dia.
cuma terlebih manis sikit.
tapi tak best udang dia 5 ekor je.
pernah makan tempat lain, sampai 8 ekor udang.
sedap pun sedap, cuma kuah dia pekat yang buat kurang berkenan.

Tuesday, December 27, 2011

kedai makan yang hampeh

apa perasaannya kalau pergi kedai makan, and berhadapan dengan situasi begini :


  1. order lambat sampai walaupun tak berapa ramai orang.
  2. order air kurang manis tapi dapat yang manis betul.
  3. mintak limau kasturi tapi muka pelayan blurr sebab tak faham limau kasturi tu apa. =__=
  4. ada rambut dekat pinggan nasik and bila tunjuk dekat pelayan, dia cuma buang rambut tu tanpa tukarkan nasi and tanpa kata MAAF.
  5. dah dapat semua makanan tapi tomyam tak dapat-dapat. tunggu punya tunggu, rupanya lupa nak masak.  lagi sekali, tanpa kata MAAF. siap nak marah bila cakap cancel je tomyam tu.

memang aku tak nak dah pergi kedai tu..banyak sangat silapnya..

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...