Showing posts with label konvo. Show all posts
Showing posts with label konvo. Show all posts

Monday, November 3, 2014

Majlis konvokesyen adik perempuan di UPM

 

 Alhamdulillah. Dah selamat konvo dah adik pompuan aku sorang ni. Untung budak ni konvo. Sebab sebelum konvo lagi, dia dah dapat kerja. Dah mampu beli kereta sendiri. Maka, dia sorang je antara kitorang adik -beradik yang konvo dengan relax. Beli baju sendiri. Bayar photographer sendiri. Dah ada duit sendiri lah katakan. Huhu.


Meriah tengok orang konvo ni. Semua muka bahagia, seronok je. Baling-baling topi. Lompat-lompat. 


Dalam hati aku, jangan seronok sangat ye adik-adik. Sebab lepas konvo ni lah cabaran sebenar bermula. Gigih nak mencari kerja. Gigih nak mendapatkan kerja yang elok. Gigih nak berdepan dengan macam-macam manusia. 


Apa pun, tahniah buat semua yang konvo dan good luck di alam pekerjaan. ^__^

Thursday, November 10, 2011

akhirnya, gambar konvo hari tu siap jugak. padahal dah berminggu-minggu dah siapnya. =p

gambar-gambar ni belum sempat nak frame lagi. baru nak pergi tempah frame jap nanti. ^__^


 


p/s : nak tengok gambar pre wedding Zahiril Adzim dengan Shera Aiyob? meh tengok SINI. Cun sangattttt..

Sunday, October 16, 2011

sedetik kisah konvokesyen UM 2011

alhamdulillah. akhirnya aku berjaya juga menamatkan pengajian di universiti. wahhh. aku gembira. walaupun pencapaian tidaklah memberangsangkan, tapi, aku tetap bersyukur. nasiblah kalau belajar main-main kan. nak buat macam mana. 

hari tu aku ada cakap nak share gambar-gambar konvo. kali ni beru ada peluang nak share. maklumlah. baru dapat anak buah ni, sibuk sikit. haha. so, tengok je lah gambar-gambar yang sikit ni. ^__^







seriously, tak banyak gambar yang aku ambil. tak dapat pun nak bergambar dengan kawan-kawan. sedih.. T__T. sebabnya aku nak cepat hari tu. nak terus ke port dickson. sebab akak aku nak bersalin waktu tu. so, gambar yang sikit tu je lah yang ada.. T___T

Friday, September 30, 2011

malu wehh kereta mati dekat fly over..

akhirnya, sesi pengambilan jubah konvokesyen telah selesai aku laksanakan semalam. dah selesai satu benda. tinggal nak tunggu konvokesyen je hari rabu depan. sebenarnya senalam, buat pertama kali aku drive pergi um. first time jugak tu aku drive masuk highway. berdebar-debar giler lah. 


ha.. tengok gambar dekat atas tu pun dah tau betapa aku fokus nya memandu. haha. tapi adik laki aku ada dekat sebelah. tolong ajar. hihi. spec mata hitam tu sebab aku ada rabun silau yang sangat tinggi. kalau tak pakai time drive tengah-tengah hari macam tu, mata mesti sakit dan berair. 

pemanduan aku tak lah lancar sangat semalam. sebab kereta mati dekat fly over. wehh..malu tau. dengan gelabah lagi. nasib baik kereta belakang cool je. haha. nasib baik adik aku yang dekat sebelah. kalau ayah aku, mesti dah kena marah punya lah. hihi.


akhirnya, jubah dah dapat ambik. yeay. ^_^

Wednesday, September 28, 2011

yeay..esok nak ambik jubah konvo..^__^

setelah sekian lama tak menjejakkan kaki ke um, esok aku bakal ke sana sebentar. untuk urusan pengambilan jubah konvo. wahhh. macam tak percaya je aku dah habis belajar. rasa macam baru semalam masuk um. haha. tapi kalau cakap kat ayah aku macam tu, mesti ayah aku cakap, "abah rasa lama je nak tunggu korang habis belajar. sebab abah yang keluarkan duit." huhu.

maka esok pagi aku akan selesaikan urusan pengambilan jubah. selepas itu, aku nak pergi membeli baju kurung untuk konvo nanti dekat jalan TAR. yeay..^__^

tapi sebenarnya, segala dokumen yang aku nak kena bawak, aku tak print pun lagi. haha. nak buat macam mana, printer tak ada. rumah ni pulak jauh nak ke bandar. maka, esok je lah singgah print. =p

Tuesday, September 20, 2011

inilah akibat menjadi penganggur

penganggur. perkataan itu sangat sesuai untuk aku. ataupun erti kata lain, satu jawatan yang sedang disandang oleh aku sekarang ini. eh, bukan setakan sekarang. tetapi dah sebulan lebih sebenarnya. siapa kata seronok jadi penganggur ni. tak seronok sangat pun.

bulan depan, aku akan menghadiri majlis konvokesyen. walaupun aku tak mampu konvo dengan pencapaian yang memuaskan, tapi aku puas sebab lulus. yeay. tak sia-sia 3 tahun aku belajar (lebih banyak bermain-main). tetapi, disebabkan jawatan penganggur yang aku pegang sekarang ni, aku tak dapat nak shopping pakaian yang nak aku pakai time konvo nanti. T__T

tak dapat beli baju, tak dapat juga beli kasut meletop macam dekat bawah ni. sedihh..


over betul konvo nak pakai kasut macam ni. sekali tergolek atas pentas, padan muka!! haha

p/s : wahai majikan-majikan sekalian, tak mahu kah mengambil aku bekerja? ^__^

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...