Showing posts with label lagu raya. Show all posts
Showing posts with label lagu raya. Show all posts

Wednesday, July 23, 2014

layan lagu raya jommm

assalamualaikum...


Tinggal 4 hari je lagi nak raya kan. Dan yang paling syiokkk sekali, tinggal 2 hari je lagi nak kerja. Sekarang ni tengah berdoa dan berharap bos tak ada jumaat ni. Boleh cabut awal. Haha.



Disebabkan entah mana folder lagu raya dalam PC ni aku letak, meh la kita layan lagu raya kat youtube jom. Dan semestinya, lagu pilihan adalah lagu-lagu klasik. Tak berkenan lah lagu-lagu raya baru ni. Tak ada feel langsung. Lepastu, banyak pulak retis yang sibuk barukan lagu-lagu lama. Tetap tak best jugak.


Sambil buat kerja, sambil dengar lagu raya. Barulah tak mengantuk mata ni nak buat kerja. ^___^

Tuesday, July 31, 2012

download lagu raya. yeay!

disebabkan laptop dah rosak. maka koleksi lagu raya pun dah tak ada. haruslah kena download yang baru cepat-cepat. baru terasa suasana nak raya tu. ^___^


tapi lagu raya ni syok lagu raya lama-lama je. sedap je dengar. lagu raya siti pun best. bila dengar lagu raya ni, mesti aku terbayang dok shopping baju raya. haha. sebab selalu kan time shopping tu kan, diorang suka pasang lagu raya.



dekat radio pun dah start ada lagu raya dah kan. ^__^

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...