Showing posts with label riadah. Show all posts
Showing posts with label riadah. Show all posts

Thursday, April 26, 2012

aktiviti menjala ikan

assalamualaikum semua..:)


tengah godek-godek gambar dalam folder, jumpa pula satu gambar nih. rasanya gambar ni dah lama sangat-sangat. krismas tahun lepas. hakhak. kalau makanan, entah tahap apa entah kulat yang tumbuh kan. lama sangat peram nya.



insan dalam gambar tu lah bapaku yang tersayang. semangat sungguh tebar jala. ini lah akviti kitorang kalau bosan-bosan tak tahu nak buat apa. menjala, memancing dekat bendang (sawah padi.). untung-untung dapat jugak ikan puyu ke, ikan sepat ke, ikan keli ke, ikan haruan ke. sedap tu..


pernah jugak aku mintak diajarkan cara-cara menebar jala ni. tapi hmmphhhh!! tak pernah dibagi peluang untuk belajar. memandang rendah pada kewibawaan aku. padahal memang takkan aku boleh menebar jala tu. payah kott.



jadi, hanya memancing sahajalah yang boleh aku buat. gambar atas ni cilok adik bujang aku punya. tapi joran tu dia cilok aku punya. haha. tak nak kalah jugak kan. tapi dah memang aku bukan kaki pancing. haruslah ikan dapat beberapa ketul sahaja. -__-"

Friday, January 27, 2012

tips mendapatkan badan idaman

nak tips mendapatkan badan idaman setiap orang?
yang kurus dan cantik?
yang sihat dan cergas?





g beriadah sana.
berjogging ke.
bersukan ke.
dah petang ni.
^___^

Monday, January 16, 2012

hari dah petang. sila beriadah.

kalau masa kecik-kecik dulu, lepas asar je mesti kena keluar rumah.
harus beriadah tau.
kalau tak kena marah dengan abah.
semua orang termasuk emak pun kena riadah.


time ni kitorang main je lah apa-apa yang abah ajak main.
macam badminton, kasut gergasi, baling selipar, sorok bola, and macam-macam lagi lah.
seronok sangat.
abah cakap..

"KALAU MAIN, JANGAN MAIN-MAIN. KENA MAIN BETUL-BETUL."

maka kitorang adik beradik akan beriadah betul-betul.
tapi bila dah besar, dah xde nak beriadah.
tapi tetap ikut abah jalan naik motor ronda kampung.
^___^




ayahku garang tapi mesra. ^_^

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...