Showing posts with label tikus. Show all posts
Showing posts with label tikus. Show all posts

Tuesday, July 10, 2012

angkara cik tikus rupanya

yeayyyyy. akhirnya dan akhirnya. internet kembali pulih. encik-encik technician TM tadi dah datang dan dah bagi tau punca masalah internet sebelum ni. puncanya, masalah wayar. wayar dekat atas siling tu dah putus. ni sah kerja cik tikus. sabor je lah. 


solution nya, tak nak buat wiring dah. nanti kena kerjakan lagi dengan cik tikus. maka, semua komputer guna wireless je. kompem tak ada wayar yang nak digigit oleh cik tikus. kehkeh. padan muka tikus.


nanti akan blogwalking ke semua yang dah tinggalkan jejak kat sini. ^__^

Thursday, April 12, 2012

usb handphone kena gigit tikus. cisss.


seee. siapa nampak kesan gigitan tikus yang baik hati tu.?
haishhhhh..bikin orang geram saje.
nasib baik lah sikit je dia gigit.
kalau sampai putus, memang kena sembelih lah tikus tuh.
bikin sup pun sodap.
hakhak.


disebabkan usb tu masih berfungsi dengan baik,
haruslah kena saletep kuat-kuat.
selagi boleh pakai, harus kena pakai.
jimat wehhh.
kumpul duit nak kahwin.
-__-"

Thursday, March 29, 2012

tikus curik choki choki


ini lah rupa choki-choki yang aku simpan dalam laci pejabat.
ingatkan boleh buat stok makanan.
rupanya buat stok makanan tikus.
habis dibedalnya.
kurang hasam punya tikus.

Monday, March 5, 2012

tikus besar akhirnya mati juga

dekat pejabat aku ni memang ada tikus.
ada je meninggalkan tahi-tahi dia.
wayar telefon pun habis putus digigit.
apatah lagi kertas-kertas.
laci meja pun sampai berlubang.
-___-"


hari-hari letak racun tikus dalam bekas.
cun-cun je letak bawah meja dengan dekat dalam laci meja.
pagi-pagi tengok, mesti habis licin racun tu.
bangkai tikus mati tak ada jugak.


akhirnya, pagi ini..
selepas beberapa minggu tunggu.
ada jugak sekor mati.
elok je mati tergolek dalam sink dekat pantri.
bau?
dah confirm la boleh buat nak termuntah.
tapi memang besar sungguh la tikus tu.
besar botol air mineral 500ml tu lah lebih kurang.
nak ambil gambar memang tak de la kan.
ada yang muntah dekat bangkai tu nanti.


sekarang tengah tunggu tukang bersih pejabat datang.
untuk buang bangkai tikus tu.


..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...