ini banner kami buat sendiri. nak jimat kos punya pasal. siap salah eja lagi tu. dengan comot. haha. lantak lah. janji program berjalan dengan jayanya!!
sebab gambar lupa nak transfer dalam pendrive, maka kali ni just nak buat intro pasal
hari keluarga sabtu lepas. alhamdulillah, target cuma 20 keluarga. yang datang 25 keluarga. super duper happy tau.
sebenarnya, bukan senang nak jalankan aktiviti macam ni. memang kena ada pengerusi program tau. baru boleh jalan program ni. masalah besar dia adalah, pilihan tarikh sesuai. ada orang tu nak tarikh ni. ada orang ni pulak nak tarikh lain. kalau nak puaskan hati semua orang, memang tak berjalan-jalan lah program ni. maka, kitorang pilih tarikh yang majoriti ada. yang tak dapat hadir tu nak buat macam mana kan. maybe next time.
kitorang pilih buat dekat rumah embah sebab nak bagi semua orang balik kampung. lagipun, payah nak buat kat tempat lain. lagi banyak halnya. lagipun, bila buat tempat lain ni, mesti banyak kos. jangan kita tak tahu, orang ni kalau pasal duit, memang payah sangat. ye lah kan. tak semua orang berduit. kita kena faham semua tu. tak ke seronok nenek kita bila tengok rumah dia meriah semua anak cucu cicit datang berkumpul.
alhamdulillah, program hari tu sangat meriah dan semua yang datang pun seronok. siap request tahun depan buat lagi. insyaallah. ^__^