Showing posts with label family day. Show all posts
Showing posts with label family day. Show all posts

Friday, December 14, 2012

program sehari riuh sekampung - part 2

intro sudah. part 1 pun sudah. now part 2 pulak. hoyehhhh!
kali ni meh tengok gambar game pulak.


haaa..ni acara pertama.
explorace?
no no no...
nama acara ni NOSTALGIA.
kenapa kitorang namakan nostalgia? apa pulak game dia?
sebenarnya, ni game tangkap ayam.
haaaa...kitorang bagi nama nostalgia sebab nak menggamit kenangan dolu-dolu tau.
sebab kan dulu, kalau nak makan ayam, mesti kena kejar, kena tangkap ayam sendiri kan.
tak macam sekarang. ayam dah terhidang depan mata. huhu.
hambekkk, sampai ke kebun kejor tangkap ayam.


haaa..ni pulak game terompah gergasi.
perghhhhh. payah kot benda alah ni.
tengok bebudak main macam senang je.
tobat tak nak main dah. haha.

seee..kan dah cakap tadi.
tengok budak kecik ni relax je main. huhu.


ni pulak acara lari dalam guni kategori dewasa.
haaaa.. game ni best.
^___^


 lari dalam guni kategori kanak-kanak.
penuh 1 guni.
hikhik.


my cousin yang sangat buas tapi pemalu.
bila kena sorak, langsung taknak gerak.
sampai kena tarik guni tu sampai lah ke garisan penamat.
sampai sekarang kitorang dok bahan dia.
haha.


kita minum dulu......
nanti kita sambung lagi ye.
^___^


Thursday, December 13, 2012

program sehari riuh sekampung - part 1

hoyeh hoyeh hoyehhhhh!
cousin dah upload gambar program dalam facebook.
tak payah susah-susah nak transfer gambar.
hikhik.
lagipun gambar aku secoet je.
busy sangat main game sampai lupa nak ambik gambar.
^____^



dimulakan dengan senam pagi ye sedare-sedare semua.
hoit. penat okeyhhhh senam ni.
belum game semua dah mengah.
-___-"


lepas tu, majlis perasmian oleh embah kitorang.
embah kumpualn biru, so pakai serkop rambut kaler biru.
cayalah embah!
gigih aku godek-godek kat youtube nak buat bunga reben tu.
akhirnya, jadi jugak. syabas anis!


dah penat semua, kita kasi lantak makanan ye.
nasi lemak sambal sotong dengan sambal udang.
sedap tuuu. ^__^


syurga makanan wehhhh!.
hilang diet.
penat je buang lemak senam pagi-pagi.
nasik lemak ada, nasik goreng, bihun goreng, kuew tiaw goreng.
kuih segala jenis kuih ada.
ni baru sarapan pagi okeyh.
mau tak gemoksss!
oh ye, makanan ni semua tak lah kitorang masak kat rumah embah semua tu.
ada keluarga tu bawak ni, ada keluarga tu bawak yang ni pulak.
tu yang jadi banyak ni.


puas hati kot dengan ajk minuman.
air sentiasa ada.
air sedap-sedap pulak tuh.
kejap air tembikai, kejap air limau asam boi.
nanti tukar pulak air fruit cocktail.
kang dah petang sket, dorang mesin air tebu pulak.
perghhhhh kembung air semua.


okeyhhh. habis part 1. nanti sambung part game pulak ye.
terasa dah panjang bebenor entry ni.

Wednesday, December 12, 2012

program sehari riuh sekampung



ini banner kami buat sendiri. nak jimat kos punya pasal. siap salah eja lagi tu. dengan comot. haha. lantak lah. janji program berjalan dengan jayanya!!


sebab gambar lupa nak transfer dalam pendrive, maka kali ni just nak buat intro pasal hari keluarga sabtu lepas. alhamdulillah, target cuma 20 keluarga. yang datang 25 keluarga. super duper happy tau.


sebenarnya, bukan senang nak jalankan aktiviti macam ni. memang kena ada pengerusi program tau. baru boleh jalan program ni. masalah besar dia adalah, pilihan tarikh sesuai. ada orang tu nak tarikh ni. ada orang ni pulak nak tarikh lain. kalau nak puaskan hati semua orang, memang tak berjalan-jalan lah program ni. maka, kitorang pilih tarikh yang majoriti ada. yang tak dapat hadir tu nak buat macam mana kan. maybe next time.


kitorang pilih buat dekat rumah embah sebab nak bagi semua orang balik kampung. lagipun, payah nak buat kat tempat lain. lagi banyak halnya. lagipun, bila buat tempat lain ni, mesti banyak kos. jangan kita tak tahu, orang ni kalau pasal duit, memang payah sangat. ye lah kan. tak semua orang berduit. kita kena faham semua tu. tak ke seronok nenek kita bila tengok rumah dia meriah semua anak cucu cicit datang berkumpul.


alhamdulillah, program hari tu sangat meriah dan semua yang datang pun seronok. siap request tahun depan buat lagi. insyaallah. ^__^

Saturday, December 8, 2012

family day lagi! yeay!

esok, bersamaan hari ahad, family kitorang akan buat family day lagi. ni kali ketiga diadakan. dan alhamdulillah, tahun ni penyertaan bertambah. sukaaaa kooo. tak sia-sia buat kertas kerja, pos dekat adik beradik abah yang jauh-jauh.


kalau sebelum ni petang je, tapi tahun ni up sikit dari pagi sampai malam. tapi malam tu just penyampaian hadiah je. bukan selalu kan. alang-alang dah buat, pulun kasi habis. acara sukaneka pun haruslah bertambah. baru lah meriah. barulah berbaloi yang jauh-jauh tu datang balik kampung.


sooo..petang ni nak siapkan persiapan padang. eh! padang lah sangat. buat kat depan rumah embah je ponn. hihi. tak sabar nak tunggu esok. ^__^



Saturday, December 31, 2011

sukaneka bersama family memang best!!

seronok wehhh ada acara family macam ni.
dari nenek, anak, cucu, cicit.
semua ada.
dah la memang mulut semua kepoh-kepoh.
memang riuh tak ingat dah.
jom layan gambar jom..



apa ntah yang sibuk sangat tu..

ini acara bowling kelapa. aku fail. sumpah malu wehhh..

pemandangan dari jendela. acehhh..jendela. memang suasana kampung betul..

upacara penyampaian hadiah. ni hamper untuk tarik tali.

ni sebahagian ahli keluarga yang hadir memeriahkan suasana. ni baru separuh ni..

ni acara mewarna. 
(nampak ngat malas susun gambar. dah penyampaian hadiah, tiba-tiba aktiviti sukaneka lagi. )


ni acara pancing botol.
ni makcik aku yang sulung.
memang sempoi lah sukan pakai kain batik. ^__^


see.. siap ada bendera-bendera segi tiga tu lagi.
siap buat track lagi.
baru la meriahh..

sebenarnya banyak lagi acara lain. cuma tak tertangkap gambar je.
dok sibuk terjerit-jerit.

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...