Saturday, April 28, 2012

semalam mc, tapi tak tak melekat kat rumah

assalamualaikum semua..:)


bulan nih je, dah dua kali ambil mc. semalam mc gara-gara mata sebelah tetiba je merah menyala. semalaman macam tu. dengan berairnya. dengan tahi matanya. tapi yang peliknya, lepas je dapat mc, elok pulak mata tu kan. -__-" memang sengaja nak suruh aku cuti. ^__^


maka dari petang sampai malam haruslah berjalan sakan. lagi-lagi jakel tengah ada sale nih. laju je terjah. kata dah gila kain pasang sekarang nih kan. tapi gila-gila pun, setakat beli 2 pasang je lah kan. sepasang untuk emak, sepasang lagi untuk diri sendiri. disebabkan sekarang dah fall in love dengan warna biru, haruslah beli kain pasang kebiru biruan. ^__^


petang semalam sempat ke manjung untuk sedikit urusan. dah alang-alang ke manjung, haruslah terus ke lumut kan. tapi satu pun tak ada gambar. sebab cuaca mak datuk panas ya amat. bila cuaca panas, otak jadi blur. badan jadi penat. maka, hanya shopping jajan-jajan seafood jer.

Thursday, April 26, 2012

aktiviti menjala ikan

assalamualaikum semua..:)


tengah godek-godek gambar dalam folder, jumpa pula satu gambar nih. rasanya gambar ni dah lama sangat-sangat. krismas tahun lepas. hakhak. kalau makanan, entah tahap apa entah kulat yang tumbuh kan. lama sangat peram nya.



insan dalam gambar tu lah bapaku yang tersayang. semangat sungguh tebar jala. ini lah akviti kitorang kalau bosan-bosan tak tahu nak buat apa. menjala, memancing dekat bendang (sawah padi.). untung-untung dapat jugak ikan puyu ke, ikan sepat ke, ikan keli ke, ikan haruan ke. sedap tu..


pernah jugak aku mintak diajarkan cara-cara menebar jala ni. tapi hmmphhhh!! tak pernah dibagi peluang untuk belajar. memandang rendah pada kewibawaan aku. padahal memang takkan aku boleh menebar jala tu. payah kott.



jadi, hanya memancing sahajalah yang boleh aku buat. gambar atas ni cilok adik bujang aku punya. tapi joran tu dia cilok aku punya. haha. tak nak kalah jugak kan. tapi dah memang aku bukan kaki pancing. haruslah ikan dapat beberapa ketul sahaja. -__-"

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...