Showing posts with label anak kucing sakit. Show all posts
Showing posts with label anak kucing sakit. Show all posts

Wednesday, May 23, 2012

momot dah beransur sihat. ^__^

setelah beberapa hari momot demam. setelah beberapa hari kena paksa makan ubat. setelah beberapa hari juga dia berak cirit merata-rata. -___-"  akhirnya, momot makin sihat. wahhhh..bagus lah momot. sihat terus ye.


 "miawwww.."
kelakar beul dengar si momot ni mengiaw. suara serak je. mungkin masa dia demam batuk hari tu, dia tak de suara. sebab senyap je. ni dah boleh bersuara. cuma serak je lah.

mata belum segar lagi. maksudnya momot masih belum sihat sepenuhnya.

Wednesday, February 29, 2012

memet dah mula nampak perubahan positif

siapa ingat cerita tentang memet tak sihat semalam?
kalau tak ingat, boleh ingat-ingat balik dekat sini.


disebabkan diri ni agak sibuk dan tak mampu nak ambil cuti.
maka tak dapat bawa memet ke pejabat veterinar.
dah la pejabat tu bukak pagi je.


inisiatif lain, gigihkan diri pergi ke farmasi semalam.
walaupun guruh dah berdentum-dentum nak hujan.
tetap gigih jugak pergi farmasi.


bila cerita dekat ahli farmasi tu,
dia sarankan ambil ubat demam dan antibiotik.
tapi aku cakap nak ubat demam dengan ubat cacing je.


selepas 2 kali bagi makan ubat.
pagi ni nampak sedikit perubahan.
memet mula nak berjalan-jalan.
cuba nak main.
tapi masih belum larat sepenuhnya.


harap-harap memet akan terus sihat.
dan cergas macam dulu.

dan boleh main panjat-panjat macam dulu lagi.

Tuesday, February 28, 2012

memet lesu dan tak bermaya.

dah dua hari memet lesu je..
asyik tidur je..
tapi masih nak menyusu dan makan.
cuma risau tengok bila memet asyik tidur.
taknak main.


nak bawa pergi pejabat veterinar, tapi tak cuti la pula.
cari ubat kat farmasi, tak ada pula ubat demam.
sekarang tak tahu nak buat apa.
takut memet sakit.

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...