Showing posts with label ubat kucing. Show all posts
Showing posts with label ubat kucing. Show all posts

Wednesday, February 29, 2012

memet dah mula nampak perubahan positif

siapa ingat cerita tentang memet tak sihat semalam?
kalau tak ingat, boleh ingat-ingat balik dekat sini.


disebabkan diri ni agak sibuk dan tak mampu nak ambil cuti.
maka tak dapat bawa memet ke pejabat veterinar.
dah la pejabat tu bukak pagi je.


inisiatif lain, gigihkan diri pergi ke farmasi semalam.
walaupun guruh dah berdentum-dentum nak hujan.
tetap gigih jugak pergi farmasi.


bila cerita dekat ahli farmasi tu,
dia sarankan ambil ubat demam dan antibiotik.
tapi aku cakap nak ubat demam dengan ubat cacing je.


selepas 2 kali bagi makan ubat.
pagi ni nampak sedikit perubahan.
memet mula nak berjalan-jalan.
cuba nak main.
tapi masih belum larat sepenuhnya.


harap-harap memet akan terus sihat.
dan cergas macam dulu.

dan boleh main panjat-panjat macam dulu lagi.

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...