Showing posts with label cuci gambar. Show all posts
Showing posts with label cuci gambar. Show all posts

Wednesday, August 20, 2014

cuci gambar online di eoe online

Masa kahwin hari tu, ada dapat banyak hadiah frame gambar. Tapi malas nak cuci gambar. Gantung je la frame kosong yang ada gambar sample mat saleh peluk-peluk tu. Bila family datang rumah, hambekk asyik kena kutuk je sebab gantung frame kosong.

Jadi tekad la nak cuci gambar. Kalau nak harap pergi kedai gambar memang super duper malas. Harga cuci dekat kedai pun boleh tahan mahal. 

Teringat dulu pernah cuci gambar online. Terus bukak website eoe online. Upload gambar yang nak dicuci. Bayar. Esoknya, sampai dekat office. Yeayyy. Jimat tenaga, jimat peluh, jimat lemak.



Ni lah hasilnya. Memang tak pernah mengecewakan. Kualiti gambar cantik. Sekeping aku cuci saiz 12R. Besar gedabak gantung dalam bilik. Bangun tidur je, boleh feeling-feeling pengantin baru tengok gambar kahwin sebesor-besor alam kat bilik. Haha. Sebab aku bosan gambar formal dekat pelamin, aku cuci besar gambar dengan kereta kesayangan kitorang. 


Untuk saiz 12R, harga dia RM30. sangat berbaloi dengan harga tu. Yang lain cuci je saiz 4R biasa. 30sen je sekeping. Kumpul banyak-banyak sampai harga RM35 ke atas, dapat free postage. ^__^


Monday, October 1, 2012

cuci gambar online terbaik!!

akhirnya gambar raya dah siap dicuci. suka sangat. ^__^. sebelum ni pergi cuci gambar dekat kedai sangat lah mahal (50sen sekeping). tapi kali ni tak lagi. kak lia ada suggest cuci gambar dekat eoe online.


memang murah laaaaa. untuk 4R, cuma 30sen je sekeping. memang nampak tak jauh beza kan 30 sen dengan 50 sen. tapi cuba bila cuci banyak banyak. ketara tu perbezaannya. senang pulak tu nak cuci. upload gambar dekat website dia. bayar. tunggu gambar sampai depan pintu. ^__^  hari tu gambar aku sampai dalam masa 3 hari bekerja je. ^__^


 bekas ni diorang letak gambar yang saiz 8R dengan 10R. tak de lah keronyok-keronyok gambar tu nanti. buat tabung pun macam best je bekas ni. huhu.


 gambar saiz 10R. RM13 sekeping. kualiti gambar, bergantung pada pixels gambar yang kita upload tu ye. tapi dekat website dia ada tulis minimum saiz pixels untuk gambar tu tak pecah bila dicuci.


 ni pulak saiz 8R. RM6 sekeping.


dan saiz 4R. kalau nak tambah album pun boleh. caj RM1 per album.


dan kesimpulannya, aku sangat berpuas hati. dari segi harga, kualiti dan cepat. ^__^  officemate aku pun dah siap cuci jugak. kompem lepas ni, apa sahaja event, akan aku cuci gambarnya.



Thursday, June 28, 2012

gambar dah siap dicuci



gambar bercuti pergi melaka hari tu dah siap dicuci. pilih-pilih yang terbaik dari beratus gambar. dah lama rasanya tak cuci-cuci gambar ni. tapi bila tengok gambar yang dah siap cuci macam ni, lebih puas dari tengok dekat komputer kan. ^__^


p/s : mahal juga ye cuci gambar ni. sekeping 50 sen. itupun kalau banyak.

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...