Showing posts with label makanan johor. Show all posts
Showing posts with label makanan johor. Show all posts

Tuesday, September 9, 2014

mengidam mi siput

Tiba-tiba hari tu terasa teringin sangat nak makan mi siput cicah sambal merah. Perghhh. Terbayang-bayang je sentiasa. Masalahnya pulak, mi siput ni ada dekat johor nun jauh tu.

Mula la tanya bebudak office, kot-kot ada yang nak balik Johor. Boleh la kirim. Tapi sedihh. Time tu juga tak ada yang nak balik Johor. Tak ada yang nak outstation ke Johor. 

Jadi aku pun siap google lagi kot-kot ada yang jual online. Haha. Gigih. Tapi memang malang sebab tak ada pun orang jual online. T__T

Hari Jumaat lepas, lunch hour tu biasalah kan. Rehat lama, maka pergi merayap la jalan-jalan cuci mata. Masuk office semula, tengok ada bungkusan plastik atas meja. Sekali buka...

Tadaaaa...

Mi siput weh!!!! Ya Allah.. Happy sangat.

Ada sorang kawan office jumpa mi siput ni masa dia pergi Halfest last week. Terus dia belikan. Suka sangat rasa. ^___^

Alhamdulillah. Rezeki baby dan ibu dia sekali. Heeee..

Sunday, January 15, 2012

mee siput yang sedap khas dari johor

dah sekian lama asyik teringat mee siput
dulu selalu makan masa sekolah dekat batu pahat.
sejak habis sekolah tahun 2006, langsung dah tak merasa.


setelah membodek-bodek ex classmate time sekolah dulu,
akhirnya berjaya jugak menikmati mee siput.
sungguh baik rakanku itu yang duduk dekat yong peng.
sanggup membelikan dan mengepos mee siput.



siap beserta surat "cinta" lagi.
coppp..haiipp..mana datang pulak baby yang meleleh air liur tu.. =__=


ini la rupanya mee siput tu..



ini pulak lepas digoreng.
sedap wehhh..cicah ngan sambal kicap yang pedas.
dah nak habis, baru teringat nak snap gambar. ^__^

tapi lagi sedap kalau dapat makan dengan sambal merah makcik @star yang menjual time sekolah dulu. T__T

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...