Showing posts with label mi siput. Show all posts
Showing posts with label mi siput. Show all posts

Tuesday, September 9, 2014

mengidam mi siput

Tiba-tiba hari tu terasa teringin sangat nak makan mi siput cicah sambal merah. Perghhh. Terbayang-bayang je sentiasa. Masalahnya pulak, mi siput ni ada dekat johor nun jauh tu.

Mula la tanya bebudak office, kot-kot ada yang nak balik Johor. Boleh la kirim. Tapi sedihh. Time tu juga tak ada yang nak balik Johor. Tak ada yang nak outstation ke Johor. 

Jadi aku pun siap google lagi kot-kot ada yang jual online. Haha. Gigih. Tapi memang malang sebab tak ada pun orang jual online. T__T

Hari Jumaat lepas, lunch hour tu biasalah kan. Rehat lama, maka pergi merayap la jalan-jalan cuci mata. Masuk office semula, tengok ada bungkusan plastik atas meja. Sekali buka...

Tadaaaa...

Mi siput weh!!!! Ya Allah.. Happy sangat.

Ada sorang kawan office jumpa mi siput ni masa dia pergi Halfest last week. Terus dia belikan. Suka sangat rasa. ^___^

Alhamdulillah. Rezeki baby dan ibu dia sekali. Heeee..

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...