Thursday, August 30, 2012

raya lagi - baraan sekampung

setiap tahun, mesti akan ada baraan dekat kampung kitorang. raya kedua, baraan lelaki. raya ketiga pulak, baraan perempuan. seeloknya, setiap rumah, kena lah ada wakil yang ikut baraan tu. kalau rumah tu tak ada wakil, maka rumah tu kompem tak akan di singgah. tapi ada jugak yang ikut baraan, tapi tak nak rumah diorang disinggah.


baraan ni mula pukul 8.30 pagi. habis pulak pukul 7.00 petang. haaa..lama tak lama. penat weyh. bayangkan lebih kurang 100 bijik rumah. pergi dengan perut selim melim. balik dengan perut ke depan. haha. -___-" satu rumah tu singgah tak lama pun. dalam 5 minit macam tu je.


jom nak share antara gambar baraan lelaki. gambar baraan perempuan tak ada gambar. tak rajin dah penat penat, nak ambik gambar. baraan lelaki ni, adik bujang aku yang sibuk ambik gambar.


 warga baraan tengah berpusu-pusu masuk rumah aku.
tak muat wehh..kena ada yang berdiri. -__-"
menu kitorang hari tu, wedges goreng.


 mercun cina dibakar menandakan baraan dah sampai rumah.
copp..rumah tertentu je yang bakar mercun ni.
antaranya, rumah aku, rumah nenek aku dengan rumah pakcik aku.
ehh..kenapa semua family kitorang? -__-"


 berpusu pusu orang naik motor.


 berpusu-pusu orang naik rumah orang.


berpusu pusu lagi orang keluar rumah.


fakta baraan 1 : tiap tahun, makin banyak rumah bagi duit raya dekat bebudak. sebab tu hari tu aku angkut tika ikut baraan sekali. kutip duit raya. haha. dan tu buatkan makin ramai bebudak ikut baraan.

fakta baraan 2 : baraan perempuan selalu lambat. kalau lelaki, sharp 8.30 dah jalan. kalau perempuan? 9.30 tu baru jalan. -__-"  kalau lelaki, singgah 1 rumah tak sampai 5 minit. kalau perempuan, 5 minit tu kompem.

23 comments:

MISS Z BERCELOTEH said...

wah!!! meriahnya :)
Selamat Hari Raya :)

ros_reeza said...

seronok kan macam ni... kat tempat Ros, tak ada macam ni :(

nuyui a.k.a miss YUI said...

beshnya suasana cmtu..

Hanamiko Sakura said...

aaaa.. org jawa ek? hehehe..

ramai gila ikut baraan.. meriah! :)

:: Mrs.Eady :: said...

perrgghh..ramai nyer!!

Nurul Husna Mohd Hassan said...

kawasan kg. kat sgor n johor mesti buat baraan ni. memang meriah sangat :)

♥ Wina ♥ said...

baru tau pasal baraan nie ;-)

IntaNBerliaN said...

wah.. best betoi raya camgini.. meriah sungguh ni..

pinky said...

bestnyer anis klau blh joint sama...kat kg akak xde benda2 mcm ni...

A_Ain said...

hahh?? baraan.? ktne ni,,,
xpenah dgr...
n xpenah join tradisi cmni..
best nye!! raye ramai2... kan kan..

Cik Saila said...

anis,akak sgt impress dgn 'baraan' ni..first time akak tau adanya 'baraan'..teruja gila akak bc entry anis ni :)

anyway,baraan ni tujuan dia apa ya? melawat2 jiran ke? ramainyaaa..best gila la..kat kl xde sume ni..citer la lebih lagi pasal 'baraan' ni.. :))

baby lydia said...

nyayian baraan paling dya suke sgt kak..lgik time raya kn??

MizzTina said...

terbalik lak dgn kg akak.. pempuan cepat, pastu blm 5minit dh bgn.. tp baraan anak dara la.. hehe

ayut said...

Kalau tmpt ayut fakta ke 2 tu terbalik...pmpuan tak sampai 5 minit.lelaki ye berminit2..lg2 kat umah ayut.sbb abg ayut tu org kg rapat.lame btul dyorg lepak then makan2 :)

nur said...

dear.. oh memang tradisi la ek.. first time ni.. before tak tau pun.. meriah habis gitu..

AnneRaini said...

meriahnya ...tp mesti penat giler..

izan mama mia said...

baraan....baru first time tahu istilah ini,..kat tempat akak,...panggil rombongan saja...hihhi..meriahnya..satu kampung tuu....bestnyer....anis kat mana yer....nak ikut laa thn depan ..boleh dpt duit raya...hihihihihi...memang meriah....best tengok gambar pun...ramai cam nak g kenduri kawen..

ieda said...

memang meriah ..
ramai betul org
jenuh nak masak nie
kalau di JB baraan nie memang popular sgt2 .. belah2 muar dan batupahat ..

huhuhu kena standby duit raya banyak lah nie ;))

Cik Sara said...

Oho.. meriah tuuu...

Nora Karim said...

mak aiii cam gini rupanya baraan... ramainya orang.. huhuhu bestnya...

Sue PeLik said...

pertama kali baca perkataan neh. huhuhuhu

nanakimie said...

mak aih,dari pg sampai ke lewat petang rupanya....mmg ler penat..hee...

sal ya said...

org perempuan nak berceloteh dulu baru blh balik. muahaha...

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...