Saturday, March 10, 2012

nuffnang oh nuffnang

rajin tak korang semua bukak web nuffnang?
seriously, aku hari-hari mesti bukak.
kadang tu sehari berkali0kali.
haha
gigih kan?


sebenarnya bukak sebab saje je nak tengok visitor blog ni.
bila nampak menaik je, rasa lebih gigih nak update blog ni.
almaklumla, tak banyak pun visitors nya.
lepas tu syok tengok keywords.
nak jugak tengok, apa yang orang search dekat blog ni.
^___^


kalau nak tengok earning?
jeling-jeling je dekat earning tu.
sebab tau memang tak naik punya lah.
-___-"

momot layan je kena cari kutu



 time ni tengah cari kutu yang merayap kat badan momot ni.
seronok pulak momot ni.
mata pun kuyu je.
layan je dia ye.



lama-lama..
tidur pulak si momot ni.
amboi....

lambat pergi kerja. -___-"

hari ni lambat 10 minit datang kerja.
itupun memang pecut lah bawak kereta tadi.
kalau ada speed trap habis lah.
-____-"


lambat ni bukan sebab bangun lambat.
tapi sebab si debab ni.



duduk main melayan debab ni.
sampai tak perasan dah lewat nak pergi kerja.
sekarang ni tak sabar nak balik.
nak main dengan debab lagi.


update : untuk mengelakkan kekeliruan, si debab ni anak buah je..
sebab tuan blog belum kahwin lagi..hehe

adnan sempit 2 buat orang ketawa terbahak-bahak

sebelum ni banyak tengok review orang yang dah tengok adnan sempit 2 ni.
memang orang kata kelakar lah kan.
so semalam baru dapat tengok.
seriously.
terbahak-bahak ketawa.
nasib baik tengok dekat office.
kalau kat rumah, mesti ketawa guling-guling.
^___^

Friday, March 9, 2012

hari yang sibuk

hari ni tak sempat nak blogwalking.
apatah lagi nak tinggalkan komen.
sebab hari ni khusyuk sangat nak settlekan kerja.
next week dah nak kena hantar.


so, petang ni kerja dah siap.
tinggal nak discuss dengan bos aje.
so, sementara tu, boleh la layan adnan sempit 2.
yeay..
bergelak tawa lepas tension kira-kira.
boleh juga blogwalking sekejap sementara tunggu pukul 5.
^__^

adnan sempit 2 full movie di youtube

sekarang ni adnan sempit 2 dah ada dekat youtube
dan aku pula gigih nak loading.
baru nak tengok lah katakan.


copp..
jangan la kata aku kedekut pulak ye tak nak tengok kat wayang.
panggung wayang tu dah la jauh.
tak ada kawan pulak nak tengok.
nak ajak mak karang.
habis sepanjang perjalanan kena bebel..
haha



sekarang ni, tengok lah luck macam mana.
kalau internet laju berlari-lari.
dapat lah tengok.
kalau lambat berjalan macam siput.
kena tengok dekat astro first sajelah.


nak tengok dekat youtube?
klik sini.


Thursday, March 8, 2012

game untuk penggemar matematik


sekarang ni tengah ketagih main game ni..
seronok jugak main kira-kira ni.
nak tengok, selaju mana boleh kira congak mencongak ni.


siapa yang suka main kira-kira.
jom lah main.
dekat sini.

lunch hour hari ni tak boleh tidur-tiduran

selalunya bila sampai time lunch hour,
confirm laju-laju nak tidur-tiduran.
tapi hari ni tak dapat lah kan.
sebab banyak benda nak buat time lunch hour ni.


nak pergi bank.
nak pergi bayar motor adik lelaki.
nak pergi beli tiket bas azee hana.
nak pergi kedai handphone, sebab handphone beli hari tu dah ada problem. -__-"


yeay..saya memang kakak yang baik.
hahaha.
sekali sekala puji diri sendiri.
-____-"

SEGMEN AY DAN RR

ramai-ramai klik banner ye...
tak pun klik sini.


esok boleh jumpa si gendut hana mustika


dah masuk 5 bulan dah anak buah aku ni.
makin menjadi-jadi kegendutan dia.
bulat-bulat.
berat pulak dah 7.2kg.
rindu ni nak main-main dengan tika ni.
^__^

Wednesday, March 7, 2012

berkenalan dengan gimp

selama ni kalau edit gambar, banyak guna gimp.
gimp ni software macam photoshop.
cuma tak lah advance sangat kan.
dulu-dulu nak download photoshop free, tak reti.
so, download je gimp.
memang confirm free.
download di sini.


kalau search dekat uncle google pun,
boleh dapat macam-macam tutorial.
contohnya macam website ini.
brushes pun boleh download je.
kat website ni contohnya.


ni antara benda-benda yang aku pernah buat guna gimp ni.



itulah antara kerja yang dibuat guna gimp dan di post dekat blog ni.
nak buat tutorial dekat sini, memang tak pandai lah kan..


sekarang ni dah ada photoshop.
nak belajar guna photoshop pulak.
tapi malas je.
-__-"

lazatnya kfc..kalaulah...


gambar cilok google.


yummyyyyyy..
lazatnya tengok kan.
belum tambah gambar air dia yang berais-ais tu.
tambah lagi dengan cheesy wedges.
memang berbunyi-bunyi je perut nih.


tapi apakan daya..
dalam usaha nak berdiet.
so, hanya mampu tengok je lah.


tapi, kita tengok la sejauh mana boleh tahan makan ni.
selalu kejap je la.
haha.


p/s : boringnya ot sorang-sorang. 

kalkulator apek kedai runcit

kalau dulu, zaman belajar.
pakai kalkulator nak yang canggih je kan.


majoriti pakai jenis ni la kan.
kalau tak buat kira-kira.
boleh buat cermin untuk betulkan tudung.
-__-"


sekarang ni bila dah kerja.
pakai la kalkulator apek kedai runcit.

 
ini lah kalkulator apek kedai runcit.
sebab kalau kat kedai runcit, diorang semua pakai kalkulator macam ni kan.


setakat nak kira harga tender.
main tambah, darab, tambah.
guna je lah yang ini.
nombornya besar.
tak ada lah silap tengok nombor kan.
nak kira harga sampai juta-juta.
kalau silap, naya je wehhh..


tapi yang tak best tu, 
kalau salah kira sikit je..
kena ulang balik kira semula.
-____-"


sumber gambar : pokcik google.

rahsia kekal kurus

satu-satunya rahsia untuk tampil kurus dan maintain slim adalah dengan exercise.
exercise tak semestinya nak kena jogging.
kalau siapa yang suka berjalan-jalan tu.
tu pun boleh kira exercise.
ini semua cuma pengalaman sendiri.


meh sini nak imbas kembali zaman belajar dulu.


dulu pergi fakulti daripada kolej, mesti jalan kaki.
dah la berbukit.
walaupun bukit yang landai, tapi terasa penatnya.
lagi-lagi kalau kena panjat tangga tingkat 4.
mengah tau. macam tak cukup nafas.


lepas tu pulak selalu pergi jalan-jalan.
kalau pergi mid valley ke times square ke.
tak sah kalau tak pusing banyak-banyak kali.
belum lagi jalan dari masjid india ke jalan tar dan terus ke sogo.
lepas tu patah balik semula ke masjid india.


walaupun dulu makan banyak.
and selalu makan lewat tengah malam.
selalu makan fast food.
tapi still boleh maintain kurus.


ouh. terasa kurus pulak dulu.


sekarang...
jarang sangat jalan.
pergi mana-mana pun naik kereta.
park betul-betul depan kedai.
dekat rumah, kereta park betul-betul depan rumah.
terasa lebih gemuk sekarang.
dulu dengan sekarang..
dah bertamh 5kg kot.
-_____-"

Tuesday, March 6, 2012

astro bella dah ganti b4u

sejak semalam, dah tak ada dah astro b4u.
sedih tak terkata ni.
sebab itu siaran favourite untuk tengok cerita hindustan.
sekarang tinggal siaran astro zee je.
dah tak boleh nak pilih cerita hindustran yang best.
sobs sobs.


tak nak tengok cerita telenovela ni.
tak gemar wehhh..
kalau macam ni, rugi la ambil pakej mustika ni.
nak cerita hindustan lagi...
huuuuuu...

bihun goreng pataya itu pelik ke?

tadi, akibat kelaparan yang teramat sangat.
terus pergi kedai makan dekat bawah pejabat nih.
terbayang-bayang bihun goreng yang sedap.
tapi mesti lagi sedap bila dibalut dengan telur goreng.
atau lebih senang, bihun goreng pataya.


setelah order dan duduk berangan sambil tunggu order siap.
siap juga makanan yang dipesan.
bukak tengok kuantiti sos.
sebab hari tu order nasi goreng pataya, dia letak sos punya lah sikit.
semangat je tambah sos banyak-banyak.


naik office, laju je bukak nak makan.
sebab memang dah kelaparan dah ni.
tapi..
alangkah kecewanya bila makan.
bukan bihun goreng pataya.
tapi nasi goreng pataya.


mungkin budak pelayan tu dengar pataya.
terus ingat nasi goreng pataya.
tak pun budak tu dengar betul.
tapi tukang masak yang silap.


sebab malas sangat nak turun pergi kecoh-kecoh kat kedai makan tu.
suap je lah dalam mulut.
sambil hati kempunan bihun goreng.
T____T

post tidak bergambar sangat lah suram

sejak beberapa hari ni..
setiap post yang di publish dekat blog ni tak ada gambar-gambar yang di ambil sendiri oleh tuan blog.
terasa suram lah pulak.
nak bercerita pun tak semangat.
sebab gambar tak ada.


gambarnya ada dalam telefon nih.
cuma nak transfer tu malas.
sebab sekali transfer gambar dalam komputer tok kaduk ni.
dengan mak bapak virus sekali ikut masuk dalam telepon nih.
kira dah macam sistem barter pulak.
aku bagi gambar dekat komputer.
komputer bagi aku virus.
cis cis.


sebab setiap kali habis transfer gambar, 
mula talipon ni nak terkedip-kedip.
nak restart bebanyak kali.


maka, gambar yang ada cumalah ihsan google.

Monday, March 5, 2012

overtime

sekarang ni office dah kosong.
terpacak lah aku sorang-sorang duduk office.
nak menyiapkan kerja yang banyak lagi ni.
tak sempat siap karang, naya je.

kempunan blueberry cheese tart

malam tadi, dapat mimpi yang sedih.
mimpi blueberry cheese tart dekat kedai kek favourite dah naik harga.
dari RM1.80 seketul jadi RM3.00 seketul.
sedih wooo..
nasib baik mimpi je. haha.


so, hari ni laju-laju pergi beli cheese tart.
tapi..... kenapa?
kenapa hari ni korang tak jual cheese tart?
sobs sobs.

isnin yang lemau

walaupun jam dah tengah hari.
tapi still belum dapat mood kerja.
masih ber mood malas.
dan mood mengantuk.
walaupun sudah tidur awal malam tadi.
-__-"



sudahnya, dalam beratus-ratus helai BQ yang nak diisi,
cuma sehelai je yang aku isi pagi ni.
-____-"

sharifah aleya dah bercerai


seriously, bila baca kisah sharifah aleya ni bercerai,
memang agak terkejut lah kan.
sebab tak pernah pulak baca gosip diorang ni gaduh-gaduh ke apa.
tup-tup, buka beautiful nara, dah bercerai diorang ni.


tikus besar akhirnya mati juga

dekat pejabat aku ni memang ada tikus.
ada je meninggalkan tahi-tahi dia.
wayar telefon pun habis putus digigit.
apatah lagi kertas-kertas.
laci meja pun sampai berlubang.
-___-"


hari-hari letak racun tikus dalam bekas.
cun-cun je letak bawah meja dengan dekat dalam laci meja.
pagi-pagi tengok, mesti habis licin racun tu.
bangkai tikus mati tak ada jugak.


akhirnya, pagi ini..
selepas beberapa minggu tunggu.
ada jugak sekor mati.
elok je mati tergolek dalam sink dekat pantri.
bau?
dah confirm la boleh buat nak termuntah.
tapi memang besar sungguh la tikus tu.
besar botol air mineral 500ml tu lah lebih kurang.
nak ambil gambar memang tak de la kan.
ada yang muntah dekat bangkai tu nanti.


sekarang tengah tunggu tukang bersih pejabat datang.
untuk buang bangkai tikus tu.