Showing posts with label barang baby. Show all posts
Showing posts with label barang baby. Show all posts

Monday, October 20, 2014

rezeki baby - comforter baby comel

 

 Alhamdulillah. Rezeki baby dapat comforter comel free. Hari tu ada join conest like & win di facebook. Tak sangka bertuah.


Terima kasih buat penganjur contest Junita Khalid.


Sesiapa yang tengah mencarai comforter baby comel-comel, alas stroller, set tilam, barut baby dan macam-macam lagi, boleh tengok page beliau : Lil Junior Baby Booth. Comel-comel semuanya. Geram tengok. 


Friday, October 10, 2014

barut comel handmade


Ni lah dia barut comel-comel untuk bakal baby nanti. Sebab tak tahu jantina, maka buat je lah pink dengan biru terus. Alah.. Pakai pun dekat dalam baju kan. Bukan orang nampak pun. Kalau tengok orang jual, memang geram nak beli. Lagi macam-macam warna dan corak yang menggugat nafsu.


Sebenarnya hari tu ada beli kain cotton dekat nagoya untuk buat sarung tilam baby. Murah je. RM5 semeter. Beli 2 corak terus. Boleh buat 2 set terus. Beli 3 meter x 2 set = baru RM 30.


Tapi mustahil lah aku jahit sendiri kan. Mesin jahit pun tak ada. Haruslah hantar kampung, mintak tolong mak jahit. Hihi. Ada lebihan kain tu, mak buatkan barut terus. Dapat lah 8 helai. Jimatttt. 

Thursday, October 9, 2014

tommee tippee murah


Haaaa... Selamat sampai dah botol susu tommee tippee. Sebab tak menahan tengok botol ni comel berkaler-kaler yang mengancam. Terbeli jua akhirnya...


Penat survey mencari harga yang super duper murah. Dari google menggoogle, facebook, mudah sampai lah instagram. Finally, jumpa juga. memang aku mencari orang yang menjual loose pack. Sebab tak nak beli banyak pun. Risau kot beli mahal-mahal, anak tak nak hisap. T____T


Botol ni dibeli dengan harga RM20 sebotol tak masuk postage ye. Postage tambah RM6. Aku beli dari facebook Special4youshop. Servis cepat sangat. Mulanya nak kaler purple, tapi tinggal 2 kaler ni je yang tinggal. Nasib baik comel jugak kaler dia.


Ooohh..harap baby suka botol ni macam ibu dia.


ingin bercuti di Port Dickson? klik Hanamustika Homestay.

Tuesday, September 30, 2014

kolam mandi ntuk baby



memang sebelum ni sibuk mencari tempat mandi baby. Terfikir juga sama ada nak beli jenis kolam tu ke, atau jenis besen mandi tu.


Memang niat di hati nak beli jenis kolam. Sebab nampak lebih safety untuk mommy mommy yang baru nak ada anak ni. Akak aku pun memang suggest beli jenis kolam ni. Dia dah guna untuk 2 orang anak dia. heeee. Tapi tengok harga? Erkk.. Mahal-mahal rupanya. -____-" Maka beralih lah niat nak beli besen mandi sahaja. 


Kebetulan ahad lepas pergi cash converter Shah Alam. Konon-konon nak tengok besen mandi dengan bottle warmer. Dulu pergi masa beli stroller tu, tengok ada benda-benda ni. Tapi seperti biasa, kalau memang kita mencari benda tu, memang selalu benda tu tak ada. -____-"


Tapi...Alhamdulillah...Jumpa ini...

 Kolam mandi!! Yeayyy. Harga pula hanya RM39. Dekat Cash Converter ni, kena pandai cari. Sebab kadang-kadang benda-benda alah ni tersorok-sorok. Kena rajin belek sana, belek sini.


Dan, Tadaaaa..

Suami yang gigih meniup kolam dengan mulut sendiri sebab tak ada pam. Comellll je tengok kolam mandi ni. 




nota : ingin bercuti di Port Dickson? Klik SINI..









Thursday, September 11, 2014

Rezeki Baby - Tilam Kekabu

Alhamdulillah...

Dalam mencari-cari tilam baby, yang rata-rata tengok mahal-mahal semuanya. Ada kawan office hadiahkan tilam dekat atas ni. Syukur sangat. 


Sebab tak tahu baby boy atau girl, dia belikan je dulu warna biru. Lelaki ke Perempuan ke, boleh je pakai. 


Murah rezeki anak ibu ni. ^__^

Friday, August 29, 2014

hari-hari survey barang baby online

Sekarang ni, hari-hari aku dok survey barang baby dekat internet. Nak survey jalan-jalan memang malas lah sekarang ni. Berat nak membawa badan. Baru jalan-jalan shopping sikit, habis sakit badan, sakit kaki. Normal ke sakit-sakit kaki ni ye? 


Maka, ulang alik la survey online. Siap konon-konon nak beli, tapi tak beli-beli. Sebab kompius. Mahal ke tak? Ke dekat luar lagi murah? Membazir ke tak beli benda ni, benda tu? Last sekali, apa pun tak beli lagi. Hihi.


Lagi seronok godek-godek barang baby dekat instagram. Kalau ikut nafsu, macam-macam nak beli. Comel kot. Tapi tahan je. Tak nak membazir. 


Petang ni nak pergi rumah akak dekat Port Dickson. Dia dah suruh ambil barang-barang anak dia yang banyak tak pakai. Heeee.. Dah boleh jimat. Yeayyyy!!


..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...