hari jumaat dua minggu lepas, sempat teman my sis pergi interview lesen kaunselor dekat hotel gold course, klang.
sebab husband dia tak dapat nak teman dia, maka dia angkut aku sebagai driver dia + baby sitter hana mustika.
aku pulak, asal perbelanjaan semua ditanggung, beres aje.
jalan free. sape tak nak kan. haha.
kebetulan si
azee pun cuti, angkut dia sekali.
disebabkan pagi sabtu tu tak tahu nak buat apa, dan tika pun dah menunjukkan tanda-tanda kebosanan duduk dalam bilik je, maka turun lah kitorang ke kolam renang.
budak kenit ni memang sangat suka main air.
kalau kat rumah kitorang, sehari rasanya lebih 5 kali jugak lah dia mandi.
yeayy..dapat mandi swimming pool.
dah tak sempat dah nak pakaikan baju.
tak sabar sangat dia nak masuk dalam kolam tu.
kenit kan tika tu. paras dada tu air dia.
maka, si azee lah yang terpaksa terjun sekali dalam swimming pool untuk pegang si tika ni.
menjerit-jerit dia kat dalam kolam tu sebab terlampau excited.
nasib lah ada berapa kerat orang je kat situ dik oii.
haha..ni mesti sebab dah penat sangat ni.
boleh pulak budak ni tidur sendiri.
meniarapkan dia, bukak kan tv.
tau-tau, dah lena rupanya.
itu memang pesen dia tidur sekarang ni ye. huhu.
cak!! bangun sudahhhh. ^__^
kalau mata dia dah bulat macam ni,
maka nak main lagi lah tandanya tu.
^__^