Showing posts with label hadiah. Show all posts
Showing posts with label hadiah. Show all posts

Sunday, March 24, 2013

hadiah untuk ayah

assalamualaikum semua.

mesti anda-anda semua lama tak nampak jejak saya kan?
maaf.

dah lama tak BW.

kerja sekarang bukan semudah yang disangka.
tiada istilah punch card pukul 5.
tiada juga istilah dapat selalu weekend.
balik kerja, kejap je mata dah suruh tidur.


seperti biasa, bila sampai je birthday abah.
harus kepala pusing nak bagi hadiah apa.


should i give him perfume?
or wallet and belt?


ohhh. sangat-sangat tak tahu.


tapi semalam jalan-jalan.
nampak bantal best yang sangat comfort.
should i give him pillow?


sangat best kot macam tu.
tapi tak kan nak beli satu.
mesti partner untuk mak sekali kan.
sooo..simpan hadiah tu untuk bagi masa anniversary nanti lah.


and now, mula pening dan pusing lagi nak bagi hadiah apa.
-____-"


note : my current weight is 60kg!!!!
ohhh no!
makin stress makin naik berat.
makin banyak kerja luar, makin banyak makan.



Tuesday, January 1, 2013

hadiah untuk sepupu


hadiah purse dari aku untuk sepupu yang dapat 8A PMR hari tu.
blurrr sangat nak hadiahkan apa.
ingat nak bagi beg.
tapi bila tengok purse, macam best je.
^__^



surprise dari abah.
haha.
tak sah kalau tak mengenakan orang.



semoga dia akan terus belajar rajin-rajin and tak leka dengan kejayaan sekarang.



p/s : sekarang tengah sibuk packing barang. dah macam budak sekolah nak balik asrama dah rasa. 


Monday, December 31, 2012

DIY - painting mug untuk kekawan


4 ketul mug yang dah siap aku conteng-conteng atas tu khas untuk kekawan office.
boleh lah buat kenang-kenangan kan.



hari ni last day kerja dekat office lama ni.
huuuu.. sedih!


bos susah hati sebab still tak dapat pekerja baru.


Thursday, November 22, 2012

hadiah teka teki

hari ni nak update dua ketul hadiah yang dah dapat minggu lepas lagi. punya lah pemalas nak transfer gambar. heeeee. dua-dua ni dapat sebab jawab teka-teki. ^__^


ni serbuk cheese yang sangat yummyyyy.

 datang sekali dengan keychain dari sabah.

dua ketul hadiah serbuk cheese dengan keychain tu datangnya dari blog MATHARI. thanks a lot ye. ^__^



 haa..yang atas ni pulak, shawl yang dah siap dijahit manik kat atas kepala tau. datang dari kak dana. cantik kan.
haa.. ni pulak gambar tengah pakai. gigih ni belit-belit sebab lama dah tak main belit-belit. hihi. thanks a lot ye kak dana. ^__^


Wednesday, October 10, 2012

birthday hana mustika

 lilin sebatang menandakan baru setahun. huhu.



 alahai. payah betul nak suruh posing depan kek.
ada ke disepaknya kek tu. haha.


hahaha. lawak tengok muka tika time ni.
muka nak nangis je. takut sangat orang kacau hadiah-hadiah dia.


hadiah cincin kecik cenonet dari Tok K dengan embah.


 bola besar gedabak, hadiah dari pok su.
besar bola dari tika. -____-"


hadiah baby dalam stroller dari mak uda.



-
-
-


 hahaha. lego saiz besar gedabak.


ini la yang aku beli hari tu. nak beli yang jenis kecik-kecik tu, macam payah la pulak. tika ni kan baru setahun. bagi yang saiz besar macam ni, senang sikit kot dia nak belajar and pegang. hari tu aku dah ajar dia sambung dengan bukak dua lego. punya lah excited tikanya bila pandai sambung dengan bukak. siap gelak and tepuk tangan lagi. haha. good, good. ^__^


mainan ni semua, belum sempat tika rasmi, bebudak lain dah rasmi dulu. habis semua dah dimain. memang langsung tak pandang makanan. haha. lantak lah mereka. tapi kesian tika. nak pegang mainan tu tak boleh. sebab dia yang paling kecik. harus lah kalah. haha. balik je semua, dia main puas-puas sampai tak nak tidur. -___-"

Friday, October 5, 2012

hadiah untuk tika dah beli.


haaaa. dalam ni lah dia hadiah untuk tika tu.
dah siap bubuh dalam kotak.
gigih pergi kedai runcit cari kotak.
tapi pembalut hadiah pulak tak ada.
kena sorok dulu hadiahnya.
sebab mommy tika tu selalu curik-curik baca blog aku ni.
tak surprise lah kalau dia dah tahu apa hadiahnya.
hihi.


terima kasih pada semua yang dah bagi cadangan.
^___^

idea hadiah untuk kana-kanak setahun

hoyehhhhhh. dah jumaat. suka sangat. oh ye, esok kitorang nak sambut birthday hana mustika yang pertama. tapiiii. aku masih blurr nak bagi hadiah apa. habis satu sungai besar aku dah pusing. habis semua kedai aku dah masuk. tapi tetap blurrrrr. -____-"


agaknya nak bagi hadiah apa ye yang best. nak bagi baju, aku dah ulang alik belikan dia baju. nak beli mainan, aku tak tahu mainan apa yang sesuai untuk budak setahun. itulah cucu sulung. banyak benda dah dibelikan. sampai dah tak tahu nak bagi apa dah. hahaha.


ada tak idea yang best? akak-akak yang dah ada anak tu, boleh la suggest kan benda yang best. kalau boleh, benda yang boleh merangsang minda dia. ^___^  oh ye. tika ni dah pandai jalan tau. ^__^


p/s : hari ni genap setahun dah konvo. kejap je masa berlalu.

Tuesday, September 11, 2012

dapat hadiah tupperware

haru khamis lepas kan aku cuti. tetiba dapat call dari nombor area sungai besar. rupanya dari pejabat sebelah office aku ni. rupanya bungkusan aku sampai dekat office diorang. -___-" dulu dah sekali dah posmen salah hantar. ni lagi sekali. bila tengok alamat, betul dah. tak salah alamat tu. -___-"


hadiah ni hadiah aku menang giveaway blog my alia.com dulu.


 tupperware oren.


 dalam dia siap ada isi lagi.


haa..ni la isi dia. lemon blackcurrent cake. ^__^


terima kasih kak zuhaini.. ^__^

Wednesday, July 11, 2012

hadiah dari yui







hadiah untuk teka teki yui dah selamat sampai. dah sampai last week lagi dah. tapi sebab internet problem, baru hari ni dapat update. comel kan brooch tu. 

yang geramnya, ada ke posmen tu salah hantar barang ni. dia pergi hantar dekat pejabat produa. ada la selang 5 bijik kedai. alamat dah betul dah. cuma posmen tu je yang tengok tak betul -___-" nasib baik yui ada letak nombor telefon atas sampul tu.

Wednesday, May 16, 2012

hadiah teka teki

assalamualaikum semua..:)


hari tu blog intan berlian ada buat teka teki. aku pun saje-saje je lah teka kan. tak sangka mengena tu. dapat jugak lah habuan nya kan. semalam sampai dah hadiah dari intan berlian.



dapat fridge magnet ikan ni. ^__^
terima kasih kak..


Friday, April 13, 2012

hadiah birthday untuk ayah

minggu lepas sempat celebrate birthday bapa tersayang.
seee..cerita minggu lepas diperam lama tau.
kes malas nak transfer gambar punya pasal.
-___-"


tapi tidak lah celebrate buat birthday party bagai.
setakat beli kek dan ditambah dengan air cendol beli tepi jalan.
tu pun sudah memadai.



kek untuk beliau.
kek ni sedap tau.
ala-ala coklat indulgance je.
tapi ni murah sikit lah kan. beza doploh ringgit je pon.
tengok bilangan lilin, dah boleh tahu umur beliau berapa kan?



setelah berpening kepala dan bergaduh adik beradik nak beli hadiah apa,
maka terbelilah kerusi mals boleh goyang-goyang ni.
share 3 beradik.
syok tau lepak atas kerusi ni.
sambil layan cerita tv.


abaikan bilik bersepah tu.
-___-"
 

Tuesday, April 3, 2012

hadiah untuk ayah

hari khamis ni, birthday abah.
haruslah celebrate kan.
tapi tidak lah sampai buat party.
just celebrate 1 family je.


dan harus juga beli hadiah.
tapi setiap kali nak beli hadiah,
mesti pening.
serious tak tahu nak bagi apa.


any suggestion?

Thursday, November 10, 2011

logik ke pantang larang ni?

kalau dulu selalu dengar orang kata, "jangan bagi baju dekat boyfriend atau girlfriend. nanti putus." aku start dengar benda tu masa aku sekolah menengah. sorang kawan aku geram bila boyfriend dia bagi baju dekat dia. dia takut putus.

aku tak tau sejak bila pantang larang ni wujud dekat dunia ni. bagi aku, ikutlah kalau nak bagi hadiah apa. yang penting, benda yang elok and ikhlas. soal putus atau tak tu, itu soal jodoh. kalau ada jodoh, tak akan lah ke mana. setakat ni, aku pernah bagi baju and aku pernah dapat baju. alhamdulillah, tak ada apa yang terjadi.

adoi..entah kenapa ntah tiba-tiba je mengarut pasal pantang yang dah berkurun ni. hahaha. 

kata hati : adoi. sebut pasal baju, tiba-tiba teringin nak shopping. lamanya tak shopping.. T__T

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...