Monday, August 30, 2010

salasilah keluarga kucing

hari ni mood tak berapa nak baik. so, teringat pulak kat kucing-kucing dekat rumah. rasa rindu. kucing-kucing ni la yang selalu jadi penghibur.

jom berkenalan dengan mereka..^_^

1) hitam

kucing jantan yang gemok, pemalas, manja dan penakut.
kucing first yang datang dekat rumah.
sangat suka makan nasi + kari atau kicap dan keropok.
umur dia tak ingat pulak. mungkin 3 tahun kot.
last timbang, berat 4.5 kg. sekarang tak tau pulak.
kucing kesayangan azee.


2) kecik

mungkin badi nama dia kecik, badan dia tak reti nak membesar.
ini kucing aku.
dia datang waktu kecik lagi. dalam umur 2 bulan kot.
sangat garang dan tak suka dipegang.
sudah beranak 2 kali. kali pertama, semua anak mati kena makan kucing tua jahat.
jangan tertipu dengan gambar, sebab tu waktu dia anak dara lagi. sekarang dah kurang comel.
memilih bab makan.


3) upin

dia datang baby lagi. dalam umur sebulan mungkin.
datang dengan kembar, ipin. tapi ipin dah mati.
sekarang umur setahun lebih.
baru beranak sekali.
suka masuk almari, kotak, beg dan mana-mana tempat yang sempit lagi gelap.
tersangat manja dan x makan saman.
buruk makan. semua benda dilahapnya.
ini pun gambar waktu kecik, sekarang dah besar sangat.
kesayangan kak ain.


4) opel

baru lagi dibela. waktu datang penuh kurap. tapi sekarang dah sihat.
anak susuan upin.
kucing jantan.
suka ikut mana upin pergi. dah macam mak dia je.
upin lebih sayangkan opel dari anak-anak dia sendiri. (kejam)
tak suka dipegang macam kecik.


5) 8 ekor anak kucing

4 anak kecik, 4 anak upin.
beza lahir selang 2 hari.
3 daripada 8 ni dah mati. (2 ekor oren and kelabu putih)
anak upin even kecik2, tapi aktif terlebih.
anak kecik besar2, tapi lembik sangat.
cara mandikan, isi air sabun dalam besen, mandikan semua serentak. ala-ala macam swimming pool. haha.





7 comments:

Encik Tikus said...

kucing ipin mane ? haish~ mane bole upin jea dapat name ;P

nur anis said...

ipin ada jugak..tapi dah mati time kecik dulu..x dapat selamatkan..

palimol said...

Ramainya kucing kamu.

Ayu Ibrahim said...

akak pon bru ura2 nk bela kucing nie...

Tapak Kaki said...

bagus mandikan dorang ni dengan pili bomba.. lagi senang..aku rasa upin kucing paling chomel dari reramai tu.hehe

nur anis said...

palimol : memang ramai betul. x masuk kucing jiran yang selalu ziarah rumah kitorang.

ayu ibrahim : kalau akak nak anak2 kucing tu ambik je..banyak sangat..x larat kitorang nak jaga..huhu..

tapak kaki : nasib rumah aku x de pili bomba..kalo x aku guna dah..haha..ko jgn tertipu dgn gambar upin yang kecik tu..sekarang x comel langsung..( ayat kejam)

Nurul Husna Mohd Hassan said...

suke tgok kecik.mate bulat :)

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...