alkisahnya cerita, petang tadi aku tidur. sedar-sedar bunyi guruh. tapi buat tak tau je la. tutup latop sambung tidur. memang lena habis. bangun je pergi lah turun makan. waktu ni lah mula dengar kisah yang tadi bukan guruh semata-mata. ribut sampai habis pokok tumbang.
jadi, misi aku, sakinah dan zetty adalah untuk melihat keadaan baby lisa kepunyaan sakinah (sebuah kereta bernama kelisa) yang diparking dekat kolej sebelah. sekali tengok, memang betul banyak pokok tumbang.
pihak keselamatan mengawal lalu lintas dan uruskan pokok yang tumbang
keadaan lalu lintas mula stabil.
model signboard. sipi sahaja hampir terkena kereta
dahan pokok mana pun tak tau.
model lagi. kereta itu hampir-hampir dihempap pokok besar
kurang 1 pokok besar di padang. (gambar ini diambil dari facebook)
salah 1 kereta yang dihempap pokok. takziah kepada empunya kereta even x tau sapa. (sumber dari facebook juga)
tengok facebook tadi, lagi banyak pokok-pokok yang tumbang. memang mengerikan. macam mana lah aku boleh tidur lena sangat sampai x sedar langsung ada ribut.
3 comments:
Astaghfirullahal'azim...
teruknya ribut tu.. huhu...
ya Allah...teruknya..mujur tak ada kemalangan jiwa..alhamdulillah..
takutnya tengok ek..huhu
kejadian alam..itulah salah satu cara Allah nak tarik apa yg ada dr kita sekelip mata kan..huhu
Post a Comment