Wednesday, July 23, 2014

layan lagu raya jommm

assalamualaikum...


Tinggal 4 hari je lagi nak raya kan. Dan yang paling syiokkk sekali, tinggal 2 hari je lagi nak kerja. Sekarang ni tengah berdoa dan berharap bos tak ada jumaat ni. Boleh cabut awal. Haha.



Disebabkan entah mana folder lagu raya dalam PC ni aku letak, meh la kita layan lagu raya kat youtube jom. Dan semestinya, lagu pilihan adalah lagu-lagu klasik. Tak berkenan lah lagu-lagu raya baru ni. Tak ada feel langsung. Lepastu, banyak pulak retis yang sibuk barukan lagu-lagu lama. Tetap tak best jugak.


Sambil buat kerja, sambil dengar lagu raya. Barulah tak mengantuk mata ni nak buat kerja. ^___^

Tuesday, July 22, 2014

hutang dan hutang

 Assalamualaikum...


Pagi-pagi lagi dah dapatpenyata hutang dari bank. hukhuk. Tapi aku suka dapat penyata hutang ni. Kita tahu berapa balance hutang kita. Cuma yang tak bestnya, bayar bagai nak rak, macam tak luak je hutang tu.



Tapi itu tak boleh nak dielakkan. Ni baru hutang kereta. Belum beli rumah lagi. Semoga cepatlah ada rezeki untuk ada rumah sendiri. Rumah dekat KL ni dah la harga ngeri bukan main. Tapi kalau tunggu dan tunggu, makin ngeri lah harganya.

Monday, July 21, 2014

tiada mood bekerja

Assalamualaikum semua...


Pejam celik pejam celik, dah masuk 23 Ramadhan dah kita. Tinggal lagi seminggu je Ramadhan nak habis. 

Alhamdulillah, setelah sekian lama kompius nak cari baju raya dengan perut yang dah ke depan ni, dapat juga grab 1 baju raya weekend lepas. 1 cukup lah untuk tahun ni. Tak mampu nak melaram lebih-lebih. Hukhuk.


Dah tinggal minggu last kerja ni, seriously langsung dah tak ada mood nak kerja. Malas, Malas dan Malas yang teramat. Mood nak cuti je yang berkobar-kobar. Nasib baik kerja tak banyak sangat time ni. Surat masuk pun kurang. Ni mesti ramai yang dah mood nak cuti jugak ni.



..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...