Saturday, December 10, 2011

gigih bekerja di hari sabtu

hari ni hari sabtu. ye. memang semua orang tau hari ni hari sabtu. tapi aku tetap nak bagi tau sebagai intro cerita. hari sabtu sepatutnya cuti. tapi aku bekerja. memang office aku kerja separuh hari untuk sabtu minggu 2, 4 dan 5. 

tetapi, walaupun jam sudah pukul 1.00, aku still duduk tercegat dalam office. gigih nak adjust harga tender. semalam bos cakap lain, hari ni lain pulak. ohhh.. harus ikut sahaja lah rentak beliau. walaupun fikiran kusut masai, tetapi bibir senyum je lah. 


SELAMAT BEKERJA untuk diri sendiri. ^_^

buntu mencari idea menulis blog?

bagi aku, menulis blog ni tak tentu. idea datang tu yang tak menentu. sekali idea tengah banyak, sampai mencurah-curah di ladang gandum. itu pepatah iklan coco crunch. waktu tu memang menaip je lah. susun entri-entri tu ikut jadual. sebab nak auto publish lah kan. tak kan dah taip 5 post, dan dan je nak publish 5 sekali gus kan. kena la susun slow-slow. 

tapi bila idea tengah degil tak nak keluar, memang itu sudah jadi kes buntu. tak tau nak tulis apa. muka menghadap blog dengan pandangan yang kosong. keadaan tu memang tengah menghantui aku sekarang ni. seriously buntu nak tulis apa. 

kata hati : aku tak suka post aku tak ada gambar. tapi dah tak tau nak letak gambar apa. takkan nak letak muka sendiri lagi kot. haha.

Friday, December 9, 2011

mataku ada simbol RM, tapi aku bukan mata duitan



sekarang ni aku dah jadi macam gambar dekat atas. tapi coppp. ini bukan bermaksud aku ni seorang mata duitan. jauh sama sekali. memang mata aku dan fikiran aku tengah nampak duit je. tapi ini disebabkan kerjaku yang terpaksa mengisi harga tender-tender dokumen. 

asyik isi harga bangunan je. memang lama-lama macam ni, confirm semua harga bahan binaan aku tau. tidaklah aku merungut. sebab inilah jalan yang aku pilih. dan ini jugaklah sumber aku mencari rezeki untuk menyara diriku sendiri. so, ikhlaskan hati. bila hati ikhlas, mesti kita kan gembira sahaja walaupun banyak kerja. ^__^

Thursday, December 8, 2011

si gomok hana mustika yang semakin gomok


rindu sangat dekat si cilik hana mustika ni. ehh cop.. hana mustika ni dah baru masuk 2 bulan. tapi berat dia dah 5.4kg. tengok je lah muka dia yang bulat tu. so, dia sekarang dah gomok. tak boleh panggil si cilik lagi. kena panggil si gomok hana mustika. haha. saya makcik yang kejam.

tengah tunggu next week untuk jumpa si gomok hana mustika ni. dah gomok macam ni baru nak buat kenduri cukur jambul. ^__^

tengah syok-syok memandu, tiba-tiba terkejut beruk

korang pernah tak mengalami kejutan sewaktu memandu ataupun bawak motor? kejutan tu bukanlah bermaksud kejutan elektrik. tetapi kejutan akibat kenderaan lain. 

bagi aku, kalau naik motor tu memang selalu lah terkejut-kejut ni. terutama sekali kalau dengar bunyi hon. fuhhh..memang lemah semangat aku ni. nak pulak hon lori yang kuat tu. memang nak terbabas je rasa. padahal orang tu bukan hon kita pun. kenderaan lain yang kena hon, tapi kita yang terkejut. sebab tu aku memang tak suka bunyikan hon. takut orang lain pun terkejut juga.

pagi tadi memang aku terkejut beruk lah bila dengar tayar lori meletup. nasib bawak kereta. kalau bawak motor, tak tau lah terkejutnya macam mana. lagi-lagi kalau ada dekat belakang lori tu. tak dapat nak bayangkan. dah la lori-lori yang besar gedabak tu bawak bukan main laju. tau la jalan lurus je. tapi agak-agal la jugak kan.

bawak elok-elok ye lori-lori sekalian..

buah-buahan tempatan sangat enak dan baik untuk kesihatan


gambar dekat atas tu adalah hasil kutipan aku bila pulang ke rumah di felda sungai tengi selatan hujung minggu lepas. ada durian, rambutan and manggis. memang semua sedap sangat lah...paling favorite mesti lah manggis kan. pernah jugak dengar-dengar yang manggis ni elok kalau ada masalah cirit birit. tidak tahulah pula aku tentang kesahihannya. ^_^

makan buah ni bukan je sedap.tapi boleh mengenyangkan perut. makan banyak-banyak, confirm tak nak makan nasi dah lepas tu. sebab perut dah full. aku suka makan rambutan pagi-pagi. kadang tu jadikan sarapan lagi. lepas tu mula lah cari toilet.

Wednesday, December 7, 2011

bila dah ketagih bermain game

aku suka bermain game. tidak kisah la game tu main online ataupun offline. semua aku suka. tapi tengok jenis-jenis jugak lah kan. tidak lah semuanya aku bantai main. tapi sekarang ni aku nak bercerita tentang game di facebook. aku suka try game-game dekat facebook ni. mana yang best, aku teruskan. mana yang tak berkenan di hati, aku stop terus. 

ini antara game yang aku tengah main sekarang. 


tapi aku tidaklah mahu bercerita mengenai asal-usul mahupun kisah mengenai games tersebut. kalau nak tau, cuba lah main. yang sebenarnya, aku nak bercerita tentang orang-orang yang bermain game ni. disebabkan game dekat facebook ni memerlukan jiran tetangga yang baik-baik hati, maka haruslah kita invite orang kan. 

walaupun kita tak pernah tegur orang tu dekat wall mahupun comment, tapi invite dekat game menag selau berbalas-balasan. sampai daku dah kenal siapa yang kaki game. and aku pun selalu dapat banyak invitation game. nampaknya, muka aku sudah dikenali sebagai kaki game. haha. so, moralnya, main game pun boleh eratkan silaturrahim apa. ^__^

yeay..contact lens cun melecun dah sampai.

hari itu aku ada tulis yang aku ada membeli contact lens baru. akhirnya, hari ni aku sudah dapat lens tersebut. sooo, mood hari ni sangatlah bahagia. yeayyy. sooo, tengok je lah gambar-gambar ni ye...


sudah sampai parcel ini. pakai alamat office je senang. confirm-confirm aku ada kat office.

wahhh. teruja bila dah bukak.. ^__^

haaa.. total 6 pasang semua sekali. tapi tidaklah aku gila lens sampai bolot semua. aku punya 3 pasang sahaja. lagi 3 pasang tu adik dan kakakku yang punya.

 ni crystal hazel. aku tengok officemate aku pakai cun la pulak. tu yang beli tu. akak and adikku pun beli yang ni jugak.


ni pulak crystal blue. tengok officemate pakai pun cantik. tu yang beli jugak. heeee. hari tu beli kira-kira blue tak nampak sangat colour dia. ni nak try yang lebih terang. sesekali nak belagak jadi orang pituh. haha

haaa..yang ni pulak bod one black. memang hitam je lah. tapi tengok akakku pakai, cun la..dia beli satu, and aku beli satu.
okey, semua lens tu aku beli sebab tengok dekat mata orang memang cun. sebab aku tension tengok gambar cun, bila pakai sangat tak kena. hihi.

losyen apa yang best ye?

sekarang aku ada masalah kulit tangan yang kering-kontang. walaupun sekarang musim tengkujuh, tapi tangan daku tetap kering. sangatlah tak selesa. rasa tegang-tengang je. kasar pulak tu. dah tak dapat nak ada tangan yang lembut seperti kulit bayi. -__-"

sekarang haruslah aku pergi mencari losyen. sememangnya sudah lama tangan ini tak dimanjakan dengan losyen. tapi nak pakai losyen apa ye? ada suggestion? nanti boleh lari pergi guardian jap beli losyen. ^_^

Tuesday, December 6, 2011

sangat ketagih mahu shopping banyak-banyak

aku sangat mahu bershopping. lagi sakan lagi lah aku mahu. tapi.... apa yang nak aku beli? 

  1. baju?  -  rasanya macam dah banyak. lagipun sekarang aku jarang-jarang sangat keluar berjalan-jalan. setakat keluar dekat-dekat ada lah. tidaklah mahu bergaya sakan kan.
  2. kasut?  - kasut dekat rumah pun ada lagi yang jarang pakai. satu rak kasut, tengok kasut aku je yang penuh. tunggu lah kalau dah tak boleh pakai.
  3. beg?  - rasa macam tak perlu je. bukan nak pergi mana pun. pergi kerja pun beg yang sama je malas nak tukar-tukar.
  4. tudung?  - sekarang ni memang aku jarang pakai selendang. pergi kerja pun pakai baju kurung. selalu pakai la dengan tudung bawal. tak pun tudung indon tu je. senang. semua baju dah ada tudung yang metch.
so? apa yang perlu nak dishoppingkan? kalau shopping hanya ikut nafsu, lupakan saja. baik shopping makanan. ^___^ (nafsu makan tu. nafsu jugak. -__-")
 shopping asam dan jeruk. memang favorite lahhh..

rindu mahu shopping dengan mereka mereka semua..

air manis sangat meloyakan tekak

air yang manis memang boleh meloyakan tekak aku. seriously, memang tekak ni tak boleh nak terima. terasa nak muntah-muntah saje. sebab tu kalau aku teringin minum milo ais dekat kedai, aku mintak milo kosong. sebab kadang-kadang bila kita mintak kurang manis pun, still manis lagi. =__="
kalau minum air gas, aku mesti nak yang berais. and yang aku prefer minum coke, pepsi and 100plus. sebab tak terasa sangat manisnya. tapi memang jarang sangat la kan. tapi aku bersyukur yang aku tak suka manis. sekurang-kurangnya, aku boleh cegah penyakit kencing mains. ^__^

pilihlah air kosong sahaja.. ^__^

lady bird yang comel


hari ni disebabkan borink tak ada kerja, maka aku pun bukaklah software gimp..beberapa lama kemudian, terhasillah lady bird dekat atas tu ha..sekarang ni aku tengah belajar melukis guna komputer pulak. asyik guna tangan je. nak jugak try yang baru. ^__^

bila lukis lady bird tu, teringat pulak zaman kecil-kecil dulu kala. seronok wooo dapat jumpa lady bird. mesti nak tangkap and buat main sampai lunyai. sebab lady bird sangan comel and sangat geram.. ^__^

“The Ultimate Year End Giveaway by Nisa Kay”


jom join giveaway by nisa kay jom. klik banner kalau nak join ye..:)

ha..yang ni pulak senarai sponsor hadiah..
  1. Mrs Lady's Stylo
  2. Eight Designs Boutique (EDZ)

 haaa..banyak tu hadiahnya..apa lagi..jom la kita rama-ramai join jommm.. ^__^

semakan hutang PTPTN

tadi aku sengaja nak godek-godek website PTPTN. konon-konon nak tengok hutang sendiri. aku pernah dapat untuk semester pertama. tapi lepatu aku dah bayar dan stopkan pinjaman untuk semester kedua dan seterusnya. tapi bila aku semak, aku tengok baki pinjaman aku adalah RM3500.00. dan jumlah bayaran balik pinjaman adalah RM0.00. adakah ini bermaksud aku masih berhutang ataupun record tidak dikemaskini sejak 2008? seriously aku tak faham. ada sesiapa yang boleh bagi tahu tak? hihi.

tapi selamat resit dulu tu aku still pegang. kalau ada apa-apa, bukti pembayaran still ada. ^___^

Monday, December 5, 2011

video : ibu berhubungan sulit dengan anak

video 

fuhhh. ada jugak segmen macam ni. memang pengakuan hubungan sulit ibu dan anak.

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...