Saturday, April 11, 2015

Borong baju baby dekat expo baby klcc

10-12 hb sekarang ni ada motherhood expo dekat klcc. Alang-alang dah office ngadap klcc tu, ada pulal gang mak mak yang anak sebaya sebaya husna kat office tu. Memang menjadi la. Rehat hari jumaat kan lama. Terus la jalan kaki pergi terjah.

Mula2 sampai, macam sunyi je. Betul ke tak ada expo ni. Dah risau dah. Ketiak dah basah dah ni jalan kako tengah hari buta.

Bila masuk, okay betul ada. Tapi yang tak bestnya, expo ni tak ada pampers. Patut la x ramai orang.

Stroller banyak la. Huhu. Avent, pureen, nuk, lagi apa entah yang ada.

Sebab tak ada apa2 plan nak beli apa2, maka...borong baju je la. Tu baju kat gambat atas tu, semua sehelai rm5 kecuali gaun tu. Rm10. Nasib tak bayak pilihan sangat. Kalau tak rasanya banyak lagi kot rembat.

Tak dapat la nak borong pampera. Hari tu dah borong sebelum gst. Tapiii...husna dah tak bape muat saiz m. Dah jual 1 pek kat member office.


Friday, April 10, 2015

Tropicana Corporation Berhad : Dream investment contest

https://cdn3.antavo.com/images/25211/MjhiNzQwZTg.NT9jbGFzcz0maWQ9.jpg 

Jom join contest ni jom.

boleh ikut cara-cara kat bawah ni. 


atau boleh klik SINI.

Hadiah???

27-inch iMac with Retina Display, Samsung Galaxy Note Edge and iPad Air 2

 

 
Jom join jom. Contest habis 16 April ni. Tak lama dah.

Thursday, April 9, 2015

Bengkel penulisan laporan berkualiti

Finally, habis dah bengkel penulisan laporan ni. 2 hari jugak tersengguk sengguk. Hehe.

Tapi, seriously lepas habis bengkel ni, rasa macam banyak benda belajar. Lagi-lagi bab tatabahasa. Perghhh... lama sangat tinggal tatabahasa ni. Lepas ni kena belek balik nampaknya kamus dewan. Google2 tulis ayat yang betul.

Confirm buat report lepas ni ayat kebabommmmm.. haha.


Wednesday, April 8, 2015

DIY : Headband crochet

 

Selesai 1 headband untuk anak buah sorang ni. Seronok jugak main kait kait ni. Sekarang tengah nak siapkan 1 headband untuk budak office. Dah ada yang menempah. alhamdulillah..:)

Tuesday, April 7, 2015

Husna : 4 bulan

 

Alhamdulillah. Husna dah masuk 4 bulan. Tadi dah bawak check up. 6.8kg dah. Nampak susut sikit. Dah makin lasak sekarang ni. Nak mencapai itu ini. Dalam kereta pun dah sibuk nak ambik itu ini tak nak duduk diam. 

 

Monday, April 6, 2015

soseh soseh abpbh 2014 : HAMBAR!!

Malam tadi sempat la juga melayan ABPBH 2014. Tapi seriously ABPBH malam tadi sangat tak best. Hambar je.

Bila tengok, banyaknya artis yang tak kenal.

Pengacara yang biasa-biasa aje. Penyampai-penyampai trofi pun tak best. Persembahan pun majoriti tak best. Nasib baik ada persembahan BOCEY dengan Yasin. Terhibur jugak boleh gelak-gelak.

Tengok persembahan atilia dengan salamiah hassan tu, kesian mikrofon rosak. Mesti stress diorang. huhu.

Yang paling menyampah sekali, banyak pulak orang terjerit-jerit. Tak paham betul peminat-peminat yang over fanatik macam tu. Terpekik sana, terjerit sini. Bingit. Yang terjerit jerit tu suara-suara perempuan pulak tu yang lebih banyak boleh dengar.

Tapi kagum dengan Fafau dengan AG. Malam tadi dekat Genting, pagi-pagi tadi dah dekat konti dah kerja. Berbaloi dengan award yang Fafau menang tu.

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...