Friday, July 11, 2014

2nd time check up

Assalamualaikum..


Semalam ada appoinment dengan doktor untuk check up my baby. Alhamdulillah.. Dah masuk 5 bulan. ^__^


 

Tapi yang tak bestnya, doktor untuk scan tak ada semalam. tak boleh nak tengok baby dalam perut ni ha.. Tunggu sebulan lagi lah ye baru scan.



Macam biasa, bekalan ubat dari doktor. Kalsium wajib sebab aku tak minum susu. Iberet Folic tu doktor ganti obimin sebab hb aku rendah.


* Bila doktor tanya, ada rasa gerak-gerak tak? Seriously aku tak tahu. Aku tak tahu macam mana rasa gerak-gerak baby tu. huhu.
 

Thursday, July 10, 2014

hantu durian

Before puasa hari tu, sempat la melayan anak buah dua orang ni makan durian. Makan durian sambil menikmati angin laut. Syiokkkkk!!

Tika dengan Aqid ni memang suka makan durian. Lagi-lagi si kakak. Tak habis-habis, duyan, duyan. Untung la ada Tok K yang rajin melayan cucu-cucunya ni..

 

mood raya : jom hias office

assalamualaikum..

Macam biasa, seperti tahun lepas, mood nak decorate office dengan hiasan-hiasan raya ni dah mula datang. So, dah mula list barang nak mintak staff tolong belikan.


so, anyone tahu mana nak cari lampu pelita yang jenis elektrik macam ni?



tahun lepas banyak guna lampu liplap dengan hiasan gantung-gantung. lepas tu kaw kaw kena kutuk dengan bos. Jadi tahun ni kena simple simple ajeee..

Wednesday, July 9, 2014

mencanting batik di Taman Mini Malaysia





 last month, masa bercuti ke melaka, sempat singgah ke Taman Mini Malaysia. Seronok pergi sana. Dapat tengok jenis-jenis rumah mengikut negeri yang ada dekat Malaysia ni. 

Masuk dekat rumah Negeri Terengganu, diorang ada buat 1 aktiviti mencanting batik. Untuk beli lukisan corak bunga tu, RM 10. Lepastu boleh la kaler-kaler sendiri.

 haaaa... ni lah hasilnya. Hasil seni adik beradik ipar duai.


Seronok jugak bila Taman Mini Malaysia buat aktiviti macam ni. So, orang yang datang tak lah bosan sangat tengok rumah je kan. 

Dekat rumah Negeri Perak pula, diorang buat aktiviti bermain gasing. Sangat mengimbau zaman sekolah dulu. Seronok!

 

rumah sewa area wangsa maju

assalamualaikum.


 korang-korang dah mintak cuti raya? aku baru je isi form tadi.. kalau dah raya isnin selasa, confirm kena mintak cuti rabu sampai jumaat, ye dok? tutup je lah office seminggu. huhu. 


sekarang ni aku tengah sibuk mencari rumah sewa lain. sekarang aku duduk dekat seksyen 2, wangsa maju. bukan rumah tu tak okay. okay dan selesa bagi aku yang baru berkeluarga ni. cumaaaaa.. rumah tu tingkat 5, tak ada lift. pergh!!! hari-hari semput koooo.


kalau boleh, aku tetap nak cari rumah area wangsa maju juga. sebab senang. my husband pergi kerja naik lrt. tapi...betapa susahnya nak mencari rumah yang tak perlu mendaki tangga dan harga sewa yang berpatutan. semuanya harga mencekik darah. -____-"


hukhukhuk. sampai bila aku kena mendaki naik tangga nak naik rumah. kurusnya tidak lah juga.


anyone yang tahu rumah sewa yang okay area Wangsa Maju, Setiawangsa atau Keramat?
Bajet bawah RM 1200 sebulan.

Monday, July 7, 2014

Our big family

Alhamdulillah...
Makin lama, makin besar family kitorang..
Makin meriah, makin seronok rasa..
Gambar ni masa short vacation last month.. Bukan senang nak dapat berkumpul semua macam ni. Lepas ni tunggu raya baru nak berkumpul lagi.
^___^



 

Tutorial kain gendong baby

assalamualaikum.
pagi-pagi ni jumpa video ni dekat facebook. macam comel sangat tengok wrap baby macam ni.
tak payau susah-susah beli penggendong bayi tu.
boleh pakai ni lah nanti bila dah ada baby nanti. ^__^


..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...