Friday, April 15, 2011

buat header guna gimp

ni header baru buat.. saja-saja baru nak belajar.. ^_^

edit picture using gimp 2

memang aku tengah ketagih edit gambar. lepas gambar ini dan gambar itu, aku belajar lagi. konon nak belajar sampai pandai.. tapi tak pandai-pandai pun lagi.. =_="


ni gambar ori. waktu QS family day


apa dah jadi bila kena edit?

-
-
-
-



ni lah jadinya.. tiba-tiba dekat taman bunga.. haha.. okey, still belum cantik lagi..

Wednesday, April 13, 2011

follower dah kembali



yeay...kotak follower dah kembali..gumbira.. ^_^

nasib baik kotak follower tu tak pergi holiday lama-lama.. kalau tak bersedih lah aku.. haha..

kepada semua follower aku, thanx sebab follow blog ni ye.. ^_^


kotak follower hilang!!

aiyyyooo..kenapa kotak follower tu kosong.. mana dia pergi.. pergi jalan-jalan ek..

kalau pergi jalan-jalan, balik cepat-cepat tau..

musykil ni macam mana boleh hilang.

kereta cantik dan mewah


minggu ni minggu last kuliah.

minggu depan study week (yang selalu aku gunakan untuk balik. yeay)

minggu lepas tu exam. dalam 2 minggu. walaupun 3 paper, aku yakin 100% aku takkan dapat buat dengan baik.

seminggu cuti duduk berehat di rumah bersenang lenang. tapi tak boleh online sebab dekat rumah tak ada internet.

selepas itu mulalah kerjaya aku sebagai pelajar praktikal juruukur bahan. 12 minggu tu. cuak weh,.

tapi boleh tak sekarang nak mula berangan nak beli kereta apa? ^___^ nak kereta yang cantik. lepas tu nampak mewah.. boleh ke? berangan je lebih..


~ini muka mengada~

cerita lawak yang gila


tiba-tiba teringat pulak cerita kelakar daripada akak aku. sebelum ni aku ada buat cerita lawak dari dia jugak. cerita ni bukan rekaan tau. serious jadi betul-betul. semuanya daripada pengalaman dia menjadi kauselor sekolah.

cikgu : apa nama mak you?
pelajar : i dont know, teacher.
cikgu : you tak tahu nama mom you? why? you and your mom tinggal seperate ke?
pelajar : no lah teacher. dari kecik sampai besar i just paggil dia 'mom'. so i tak tahu nama dia apa.
cikgu :@#$%^&


gila betul. dah sekolah menengah tak tahu nama mak.


i love my mom sooo much!! my dad too!!

nescafe 3 in 1 rich yang menyengat

Fb013_nescafe-3-in-1-rich-coffee-mix

semalam gara-gara nescafe hijau tu lah aku bersengkang mata semalaman. langsung tak boleh nak tidur. mata segar bugar lagi bulat. itu pun lepas mengenakan paksaan dekat mata, baru boleh tidur.

aku suka yang hijau. sebab tak manis. pahit. aku kurang gemar air yang manis. nak muntah rasa minum manis-manis.

yang penting, jangan harap malam ni nak minum lagi. ada yang jadi beruang panda kang. seba tidur tak cukup.


entry merapu. tak ada idea.

Tuesday, April 12, 2011

parah dah pelajar ni

ini kisah benar.

di suatu yang tidak berapa indah, seorang cikgu sedang mengisi borang untuk pelajar bola balingnya.

cikgu : nama?
pelajar : mohd hafiz, cikgu.
cikgu : kelas?
pelajar : f04.
cikgu : nombor i/c?
pelajar : 950800...
cikgu : salah tu. lagi sekali.
pelajar : 950801 - 07 - xxxx
cikgu : confirm?
pelajar : confirm, cikgu.
cikgu : birthday awak berapa haribulan?
pelajar : bulan 8 la cikgu. 5 haribulan 8.
cikgu : ????

* hey, tak akan la form 4 tak ingat no i/c sendiri? macam mana no i/c dengan tarikh lahir tak sama? parah dah pelajar ni.

si cikgu tergelak-gelak. dan si pelajar terpinga-pinga. hari yang tak berapa indah menjadi semakin indah.

Monday, April 11, 2011

edit picture using gimp

sebelum ni ada buat entry edit gambar jugak. memang tengah ketagih edit gambar. jom tengok hasilnya.



ni sebelum


selepas

-
-
-

haha..nampak sangat tipu punya gambar..tak menjadi pulak dah..

sungai cantik dan bersih dan best sangat

minggu lepas ada buat Quantity Surveying Family Day.

lokasi : kalumpang resort, kuala kubu bharu.

best tempat dia.. sungai bersih. ye la, nak masuk kena bayar RM10 sorang. mesti la agak terjaga kan.

ni dekat terminal bas UM lagi

salah satu game yang disediakan

muka ceria nak mandi sungai. tapi aku tak mandi sangat pun. sikit-sikit je.

duduk dekat batu tengok orang mandi.

syoknya kahwin

hari tu aku ada buat entry tentang " perlu ke kahwin lepas belajar?"

entry ni telah di review oleh sis pinky momma.



kat bawah balasan komen sis pinky momma kalau orang ayik tanya je pasal kahwin ni.


best jugak idea sis pinky momma tu. cakap dengan nada kerek sikit..haha..

tak pun, tiba-tiba terfikir satu idea. orang tanya, jawab macam ni.

" esok pun boleh kahwin. yang penting tolong lah sponsor semua perbelanjaan ye."

haha..sekali kena pelempang sebijik.

2nd Batch - GiveAway!


jom join 2nd batch giveaway daripada hammieheartshoppe..

Sunday, April 10, 2011

edit picture using gimp

gambar asal lebih kurang macam ni pemandangan dia..

tak dapat bagi gambar ori sebab dah ter'replace' dengan yang edited punya.. T.T

after edit

-
-
-

wahhh..dah tukar background. background sunset pulak.
baru nampak romantis gitu.. haha..

setakat crop gambar, paste kat background baru, orang lain pun boleh buat.. kecoh je aku ni. ^_^

1st Contest Anis:Pic Percutian

anis melon tengah buat contest sekarang ni. first contest oleh beliau.

syaratnya, kena letak satu gambar percutian anda.

so, aku letak lah gambar ni..



letak gambar ramai-ramai nampak meriah sikit. lagi-lagi semua buat gaya gedik. tapi kenapa aku kurang gedik dekat situ? sebab waktu tu aku kurang sihat sedikit. maka, kuranglah kegedikan aku bergambar.. T.T

gambar ni waktu kitorang satu kelas pergi lawatan sambil belajar dekat jogjakarta, indonesia. trip 8 hari 7 malam. lama tu. sekarang ni kitorang bergambar dekat candi prambanan.

siapa yang gemar shopping, dekat luar pintu tempat tu ada sederet gerai menjual barang-barang kraf tau. pakaian pun banyak. serious rambang mata. cantik-cantik and murah-murah sangat.

lagi satu tempat shopping dekat sana, malioboro.. memang heaven sangat nak shopping tau.. kenapa citer shopping je? sebab aku suka shopping.. haha.. pergi sana bawak sejuta lebih, balik tinggal 200 rupiah je.. nampak sangat banyak membeli.. ^_^

ni pengalaman pertama pergi luar negara. itupun sebab ada trip kelas. kalau tak, ntah bila boleh sampai sana..

nak tag :


buah durian

bestnya. sekarang tengah musim durian. teringin nak makan durian banyak-banyak sampai tak larat nak makan dah. minggu depan balik, berkumpul satu family, mesti akan buat pesta durian dekat rumah. ^_^



terliurnya tengok gambar dekat atas tu


tapi ada je orang yang tak suka makan durian. ada jugak yang tak boleh bau. biasalah, tiap orang ada minat dan tak minat yang tersendiri. aku sangat suka makan buah-buahan termasuklah durian. ^_^

3 sekeluarga maut dihempap lori


kemalangan tragis ni berlaku dekat simpang ladang sungai gapi, serendah.. tengok kereta tu hancur macam tu. boleh faham kan macam mana keadaan mangsa dalam tu. tak sanggup tengok lama-lama.. mangsa sepasang suami isteri dan anak mereka yang masih kecil lagi..

nak tahu berita lanjut boleh klik sumber.

hana yori dango (japun) Vs boys over flower (korea)

baru je tengok hana yori dango. before ni ulang-ulang cerita boys over flower je. dua-dua ada kelebihan and kekurangan tersendiri.


hana yori dango (jepun)

Hana Yori Dango 04

cerita lebih pendek dan cepat
konflik pun kurang
heroin lebih comel



boys over flower (korea)


cerita lebih panjang
lebih banyak konflik
heroin sangat pandai buat muka
pelakon lebih handsome and cantik
jun pyo and jan di lebih sweet and kelakar


apa pun, tetap pilih boys over flower.. ^_^

cantik itu penting?


siapa yang tak suka kecantikan. siapa yang suka bila wajah bermasalah. bukan sahaja perempuan, malah lelaki pun sudah ramai yang menitikberatkan soal penjagaan wajah.

wajah harus dijaga. siapa suka kulit kusam. siapa suka kulit berminyak-minyak tak terjaga. siapa suka jerawat tumbuh di muka.

ramai juga yang rajin menjaga wajah. daripada mencuci sampai ke masker. ada juga yang rajin mengamalkan petua tradisional. pelbagai cara. pelbagai usaha.

aku? tidak berapa rajin dan tidaklah terlalu malas. cuma penjagaan yang basic sahaja. pencuci, toner dan pelembap. masih dalam percubaan menggunakan produk baru. harap lebih berkesan. ^_^



perlu kah tepek gambar ini?

kalau aku bukan blogger?


segmen " weh, kalau aku bukan belogger" anjuran The Famous Abang.

kalau aku bukan blogger, aku akan terus menjadi kaki facebook yang tegar. tegar bermain game-game di facebook. aku memang gila game. lebih suka main game dari tengok movie. kalau aku bukan blogger, pasti aku sudah expert main game dekat facebook tu semua. sampai kena tegur sebab main facebook sampai tak buat assignment.

maharaja lawak minggu 2 - jozan agak kurang kelakar?

aku baru tengok maharaja lawak minggu 2.. tengok online je.. baru tengok tadi.. ^_^

first sekali aku mesti tengok JOZAN. sebab aku memang minat sangat dengan johan. dia sangat kelakar.. tapi, kenapa aku rasa persembahan diorang minggu ni kurang sedikit lawaknya? ke aku je yang kurang berperasaan?

YaNa Yassin 1st Giveaway


jom join giveaway dari yana yassin jom.. ^_^

so, kali ni nak tag blogger berikut :

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...