Friday, September 18, 2015

Free sample ; Laurier panty liner

Kemarin aku dapat bungkusan dari pihak KAO. Ingatkan apa benda la. Rupanya free sample panty liner. Hehe. Ni mesti kes dulu-dulu rajin submit registration apa-apa entah.

Dalam paket tu ada beberapa jenis panty liner laurier. Okay gak. Boleh letak dalam handbag. Barang free, siapa tak suka kan?


Thursday, September 17, 2015

Kek milo 3 minit ; simple, mudah dan sedap


Ini lah rupa kek milo microwave 3 minit aku yang tengah famous sekarang ni. Huduh? Alaaaa.. Janji sedap. Kikiki. 

Memandangkan rumah aku tak ada microwave, aku buat projek ni dekat office. Waktu lunch hour tau. Hari Jumaat. Rehat kan lama.. Hehe. Buat ramai-ramai dengan kawan office. 

Resepi?

Simple je. 

4 sudu makan milo
4 sudu makan gula
4 sudu makan susu cair
4 sudu makan minyak
4 sudu makan tepung gandum
sebiji telur
sedikit soda bikarbonat

gaul je semua dalam satu bekas. Masuk dalam cawan, masak 3 minit dalam microwave. SIAP!!!

Satu adunan tu dapat la 3-4 cawan. Mula-mula aku bubuh 3/4 cawan. Hambekkk ko.. melimpah ruah habis. 
Aku buat 3 adunan. Semua main campak-campak je. First adunan, jadi lembab dan cair-cair sikit. Mungkin kurang tepung. 2nd adunan, agak kering. 3rd adunan, gambar atas tu. Balance lembab and kering.

Tapi aku suka lagi first adunan. Dia ada cair-cair, leleh sikit. So, sape nak cair-cair sikit, kurangkan sikit tepung. 

Aku jumpa kat facebook, banyak jenis kek dah diorang bagi resepi. Hishhh. Kena try ni. 


Tuesday, September 15, 2015

Wedding kawan sekolah menengah

Weekend hari tu memang habiskan masa ke kenduri je. Sabtu kenduri, Ahad kenduri. Ahad kenduri roomate waktu sekolah menengah. Alang-alang dekat je dengan kampung, haruslah pergi kan.


Ni semua kawan-kawan waktu sekolah menengah. Memang tak pernah langsung keep in touch. Bawak haluan sendiri je aku. Yang aku contact pun cuma pengantin perempuan tu je. Tu yang gigih pergi wedding dia tu.

 

Merasa naik pelamin lagi sekali.. hihi. Siap suruh pengantin lelaki ambikkan gambar. Nasib laaa. Husna takut tengok pengantin lelaki. Pelik kot tengok orang bertanjak, berkeris bagai.

Alhamdulillah, kawan sebilik kat sekolah menengah dulu semua dah kahwin. :)

Monday, September 14, 2015

shopping di zalora ; Kurung moden gene martino



Hari tu aku ada dapat voucher ZALORA  RM 40. Hishhh. Rugi kot kalau tak guna. Dah tak pasal-pasal terpaksa shopping. Terpaksa tau buka suka rela. Kikiki.


Dann. Finally baju ni jadi piliha. Yang murah-murah sudahlaaaa. Mahal-mahal buat apa kan. Ni harga asal RM119. So, tolak voucher, jadila RM79 untuk sepasang baju kurung. Berbaloi rasanya. Haruslah warna merah terang tang tang tang jadi pilihan. Ni aku ambil saiz M. Dan nasib aku tak ambik saiz S. Sebab kain jenis stretchable tu. Tapi bukan lycra. Kain sedap. Sejuk je. Memang tak panas buat g kenduri tengah hari buta macam ni.

Aku pilih bayar masa delivery. hari ni order, lusa sampai dah. :)


Terus korek dalam box baju husna, cari baju merah untuk Husna. Nak sedondon katanya. Husna muka masam sebab ngantuk nak tidur. 5 minit dalam kereta, terus lena.


Habis dah cerita baju. Nak share gambar je pulak. Husna dan mak udanya.


Dan gambar mereka lagi. Azee marah aku sebab sibuk nak port gambar belakang ada pokok jagung. Hookeyy apa. Baru la hijau mata memandang kan. Kata kampung.


Selfie anak beranak. Penat nak suruh mak selfie sama. Husna tak ada sebab dan tido.

Habis kenduri, kitorang singgah jeti Bagan Datoh, Perak. Kendurinya kat situ jugak. Saje-saje ambik angin. Jerebu teruk kot. Husna memang excited la dapat jalan-jalan.

 

Husna sibuk dengan uda, Tok dengan Embah dia. Ummi Abah boleh la nak bergambar berdua kan. Bukan selalu. :)

 

Teruk kan jerebu tu. Kat KL jerebu. Kat kampung pun jerebu. Harap cepat la elok jerebu ni. Dah rasa duduk dalam asap je.




..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...